Sunday, December 20, 2009

Perintah Allah (a.w): Solat

Assalamualaikum,
Mulai post ini kita akan teliti ibadah yg paling utama dan penting kepada orang Islam yg mengakui dirinya beriman dengan, antara lain, akhirat. Kita sering diberitahu oleh tok-tok guru dan para ulama' bahawa antara ibadah umat Islam, hanya solat yg tidak diwahyukan tetapi diterima secara langsung semasa peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulallah (s.a.w) . Ibadah dan amalan lain, disampaikan melalui wahyu atau melalui perantaraan Jibrail (a.s).
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menceritakan kepadakdengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku (Allah (a.w)) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud]
Perintah asal Allah (a.w) adalah 50 waktu solat sehari semalam, tetapi atas gesaan dan nasihat Nabi Musa (a.s) supay diminta Allah (a.w) kurangkan, maka akhirnya Allah (a.w) kurangkan menjadi hanya 5 waktu sahaja, tetapi ganjaran pahalanya kekal seumpama 50 waktu solat.
Diriwatakan hadith dari Abi Syihab, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Difardukan (yakni, mewajibkan) Allah (a.w) atas umatku 50 waktu solat (sehari semalam). Maka kembali aku dengan demikian (perintah), sehingga datang aku atas Musa (a.s), maka berkata Musa (a.s): ‘Apakah mewajibkan Tuhan kamu atas umat kamu?’ Bersabda aku: ‘Diwajibkan atas umatku 50 solat.’ Berkata Musa (a.s): ‘Kembali kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian (banyaknya solat).’ Maka kembali aku menemui Tuhanku, maka meletakkan (yakni, mengurangkan) separuh daripadanya. Maka kembali aku kepada Musa (a.s), maka mengkhabarkan aku mengenainya (apabila ditanya oleh Musa (a.s)). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian banyak solat.’ Maka kembali aku menemui Tuhanku. Maka berfirman Allah (a.w): ‘Ini lima solat dan solat ini sama dengan 50 solat (yakni, ganjaran pahalanya). Tidak boleh diganti ucapan di sisiKu.’ Maka kembali aku kepada Musa (a.s). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu’ Maka bersabda aku: ‘Sungguh-sungguh malu aku dengan Tuhanku.’ [Hadith Ibnu Majah, Bab Solat]
Solat itu amat penting dan utama kerana Allah (a.w) berjanji kepada hambanya (i.e. kita semua), bahawa jika kita jaganya, yakni kita kerjakan dalam waktunya, maka Allah (a.w) janjikan syurga, tetapi jika kita tidak menjaganya, maka tiadalah janji tersebut untuk kita. Maksudnya, kita akan diazab dalam neraka, kerana solat adalah perintah Allah (a.w). Ayat 13, Surah an-Nisa' menyebutkan bahawa jika kita taat, kita dapat syurga, jika kita engkar, menurut Ayat 14, Surah an-Nisa', kita dimasukkan ke dalam neraka. Inilah juga ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat]
[Bersambung ...]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment