Tuesday, December 15, 2009

Nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd Abu Zarr (r.a)

[Sambungan ...]
Assalamualaikum, kita lihat dua dimensi terakhir dalam nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr (r.a) yg kita semak 3 post terdahulu:
10. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan keimanan yang terbaik adalah tidak melakukan dosa. Barangsiapa mampu menjaga dirinya daripada berbuat apa jua dosa (yakni, melakukan kesalahan-kesalahan – melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) – adalah orang yang paling tinggi taraf iman atau keimanannya . Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) setiap manusia yang baik perangai dan budi pekertinya akan melakukan paling minimum 2,500 jenis dosa setiap hari. Apatah lagi orang yang perangai dan budi pekertinya jauh lebih rendah, pastilah berganda dan berbagai pula dosa yang dilakukannya. Itu adalah dosa-dosa kecil. Dosa-dosa besar tidak disebutkan. Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus sebahagian dengan mengambil wudu’ dan bersolat dan sebahagian dengan melakukan pelbagai ibadat sunnat lain dan berdoa.
11. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa tidak ada darjat kemuliaan yang paling tinggi dalam Islam selain dari mereka yang memiliki akhlak yang tinggi dan terbaik. Ini adalah salah satu pencapaian yang amat sukar bagi kita dalam meningkatkan taraf dan mertabat keIslaman, keimanan dan ketaqwaan kita. Barangsiapa dapat mengamalkan keperibadian dan akhlah yang luhur dan tinggi sudah pastilah dia mempunyai darjat kemuliaan yang tertinggi. Orang yang mempunyai akhlak sedemikian pastilah dia mencapai kejayaan mendapat syurga Allah (a.w).
Mudah-mudahan apa-apa yg dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dapat kita hayati dan amalkan sentiasa dalam kehidupan kita sehari-harian. Semoga dapatlah sedikit demi sedikit mengikis sifat-sifat dan perlakuan buruk yg bertentangan dengan apa yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) itu.
Penulis sampaikan mesej Rasulallah (s.a.w) semata-mata dengan tujuan menyampaikan segala sesuatu yg kita tahu tentang ilmu yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengamalkannya sekuat mampu kita. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sampaikah dariku walaupun sepotong ayat (i.e. ayat al-Quran).' Sangat bahaya bagi sesiapa yg ada secebis ilmu tidak berusaha menyampaikannya, tidak pula mengamalkannya dan menyimpannya atau merahsiakannya daripengetahuan orang lain.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment