Wednesday, December 30, 2009

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat

Assalamualaikum,
Sekarang kita mulakan semakan kita tentang cara Rasulallah (s.a.w) bersolat dari mula hingga tamat. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari]. Sebelum itu elok kita ambil ingatan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahli bin Sa’din As-Sa’idi (r.a) katanya daripada bapanya dan daripada datuknya (kata datuknya hadith) daripada Nabi (s.a.w), berkata datuknya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada (dikira) bersolat seseorang itu yang tiada berwudu’, dan tiada wudu’ bagi seseorang yang tidak menyebut (Bismillah) semasa berwudu’, dan tiada dikira bersolat bagi seseorang yang tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w), dan tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak kasihkan orang ansar (yakni, orang-orang di Madinah masa itu).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu memberitahu tiga perkara yg berkaitan rapat dengan ibadah solat:
1. Solat itu hanya sah jika kita ada wudu' atau selagi wudu' yg ada tidak batal, jika tanpa wudu' maka solat tidak sah atau dikira;
2. Sekiranya kita tidak menyebut kalimah 'Bismillah' ketika mengambil wudu', maka wudu' kita tidak sah; dan
3. Tidak juga sah solat kita jika kita tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) (i.e. membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, yg kalimah-kalimah yg kita baca termasuk selawat atas Nabi (s.a.w)
Kita telahpun teliti dalam post terdahulu bahawa cara berwudu' mengikut as-Sunnah. Ada dua kelainan berwudu' yg kita lazim lakukan, yg sama sekali berlainan dari syariat berwudu' itu mengikut as-Sunnah, iaitu:
1. Membaca kalimah 'Nawaitu wudu'a ...' atau 'Nawaitu raf''al hadathil asghari ...' dan seumpamanya ketika nak berwudu' (i.e. melafazkan atau menzahirkan niat);
2. Tidak secara conscious membaca kalimah 'Bismillah', ketika memulakan wudu' (lazimnya sebelum membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangannya (3x) sebelum berkumur-kumur sambil memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian meluahkan/menghembuskannya keluar dari mulut dan hidung (3x) atau sebelum membasuh muka (3x); dan
3. Menyapu sebahagian kepala atau rambut sahaja dan tidak menyapu keseluruhan bahagian kepala (atau rambut) dari bahagian atas dahi hingga ke bahagian tengkuk).
'Melafazkan atau menzahirkan niat' tidak ada dalam ketetapan as-Sunnah atau dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Kedua, tiada sandaran nas dan dalil as-Sunnah bahawa menyapu kepala dalam wudu' itu memadai sebahagian kepala/rambut sahaja, kerana dalam as-Sunnah Imam as-Syafie sendiripun meriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) menyapu seluruh kepalanya! Justeru itu, menyapu sebahagian kepala sahaja menyebabkan tidak sah wudu' kita.
Takbiratul Ikhram Solat:
Setelah kita ada wudu' dan berpakaian dengan pakaian yg bersih, menutup aurat (seboleh-bolehnya menutup bahagian tubuh bukan setakat dari bahagian pusat ke lutut sahaja), kita berdiri tegak mengadap qiblat untuk Takbiratul Ikhram. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith bahawa kita mulakan solat dengan membaca Takbir ['Faiza qumtu ilas solati fakabbir ...' [Maksud: Apabila kamu berdiri untuk bersolat maka takbirlah ...].
Jelaslah, ketika hendak bersolat itu Rasulallah (s.a.w) berdiri kemudian dia terus bertakbir (i.e. baca 'Allahu Akbar' sambil mengangkat kedua tangannya dan kemudian melatakkan tangan kirinya di bahagian atas pusat dan tangan kanannya di atas tangan kirinya dengan memegang pergelangan tangan kirinya,dan kemudian membaca Doa Iftitah, Kita akan semaknya hadithnya kemudian nanti.
yg utama kita perhatikan adalah:
1. Rasulallah (s.a.w) berniat dalam hatinya (i.e. tidak menzahirkan niat solatnya);
2. Beliau mengangkat kedua tangannya sambil bertakbir dan seterusnya
Tidak pernah dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) menzahirkan niat solat sebagaimana yg kita lazim lakukan sekarang ini. Kita zahirkan niat dengan menyebut kalimah-kalimah seumpama 'Usolli fardal ... lillahi ta'ala' kemudian baru membaca 'Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan! Rasulallah (s.a.w) hanya bertakbir sambil megnagkat tangan. Jika begitu, dari manakah kita mendapat sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang kata-kata 'usolli ...' itu? Pastilah suatu amalan yg baru. Pastilah kita diajarkan oleh para tok guru atau ulama' dahulu kepada nenek moyang kita dan kini kita warisi pula.
Soalnya: Apakah membuat sesuatu dalam syariat solat yg tiada sandaran nas dan dalil hadith itu dibolehkan? Jika tidak dibolehkan, apakah akibatnya kepada solat kita? Ramai ulama' menyebut itu adalah amalan sunat, yakni melafazkan niat itu perlakuan sunat, tak buat tak apa, dibuat dapat pahala! Betulkah?
Rasulallah (s.aw) bersabda: 'Man amala amilan laisa minnni fahua raddun' [Maksud: barangsiapa mebuat sesuatu amalan (i.e. perlakuan) yg tidak didatangkan dari aku, maka dia (i.e. amalannya) ditolak.'], hadith yg kita telahpun teliti sebelum ini. Jadi perbuatan itu adalah 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau rengkasnya 'bid'ah'. Kalau 'bid'ah' maka solat kita tidak diterima Allah (a.w). Maka rugilah kita! Apa dia 'bid'ah'? Bid'ah adalah segala sesuatu perlakuan atau perbuatan atau bacaan yg menyerupai ibadah atau amalan dalam syariat Islam yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) tidak melakukannya. Para khalifah yg empat selepas beliau tidak melakukannya. Maka perbuatan itu adalah kelainan dalam beribadah atau dalam perlakuan (rukun qauli) solat. Dalam kes ini dalam konteks menzahirkan niat' dalam memulakan solat.
Kita akan teliti kemudian nanti begitu banyaknya cara dan kaedah seseorang itu mengangkat tangan ketika Takbir di permulaan solat itu. Ada yg mengangkatnya tinggi. Ada rendah sahaja. Ada yg seumpama membuat semi circle atau circular movement. Ada yg mengangkat kedua tangan ke paras cuping telinga. Ada yg angkat ke paras bahu. [Nota: Ada ulama' atau ilmuwan Melayu yg menyebut bahawa sesiapa yg mengangkat tangan ke paras kedua bahu dalam solat adalah pengikut Wahabi pula!). Kita akan teliti nas dan dalil al-Hadith tentang mengangkat kedua tangan ini nanti, insya Allah. Apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w) atau apakah nasihat Rasulallah (s.a.w) tentang cara dan kaedah berTakbiratul Ikhram itu?
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment