Monday, December 21, 2009

Dr Asmadi komen Dr Asri .. ?

Assalamualaikum,
Penulis diberitahu tentang jomfaham.blogspot.com oleh seorang rakan. Penulis terbaca komen Dr Asmadi Mohd Naim (i.e. seorang lagi tokoh akademik) terhadap satu tulisan Dr Asri, mengenai: 'Salahguna nama ijma''. Menarik, tapi nyata beliau adalah orang aliran arus perdana mazhab as-Syafie. Maka dengan itu penulis baca tulisannya, tetapi tak ambil berat pandangannya dan tak ambil kira pendapatnya, kerana penulis jelaskan bahawa Islam dan syariatnya dicipta Allah (a.w) untuk manusia yg ingin jadi Islam dan beriman. Mereka ini, apabila diberitahu dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, wajib berkata: 'Aku dengar, dan aku taat'. Bukan mencari pandangan manusia (i.e. mereka yg mengakui diri mereka ilmuwan dan ulama', walhal ilmu mereka tidak dapat mengatasi ilmu Allah (a.w) dan ilmu Rasulallah (s.a.w) tentang Islam! Rasulallah (s.a.w) seorang saja yg tahu secara sempurna dan menyeluruh tentang Islam dan syariatnya. Rasulallah (s.a.w) yg tahu dan mencontohkan kepada manusia bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w), kerana beliau adalah 'uswatun hasanah' (model terbaik bagi ikutan manusia). Ulama', walau bagaimana tinggipun ilmunya atau berjela-jela ijazahnya, begitu tersohor di kalangan manusia, tetap tidak sempurna ilmunya mengenai Islam dan syariatnya!
Dalam komen beliau terhadap tulisan Dr. Asri, beliau (Dr Asmadi) menyebut: ...'Seorang ulama masih lagi ulama walaupun dia mengikut mazhab. Mereka di atas dari golongan muqallid iaitu digelar 'muhafiz' atau 'muttabi'' (istilah ini ada dalam kitab primer (utama) dan tidak ada dalam kitab moden), iaitu mengikut mazhab dengan juga melihat dalil. Sebagai contoh, batal wudu' apabila menyentuh isteri. Dia menyedari ada hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW menggerakkan kaki Aisyah yang sedang tidur ketika Rasulullah SAW hendak bersolat tahajjud. Dia berpuas hati dengan hujah Mazhab Syafie yang mengatakan Rasulullah SAW memegangnya dalam keadaan berlapik. Kenapa dia berpuas hati dengan demikian? Kerana secara umumnya adab 'tidur bersama isteri' ialah dalam keadaan berselimut. Padanya, mana mungkin Rasulullah SAW dan isteri bertelanjang. Boleh baca nas-nas lain menceritakan adab tidur bersama isteri dan sunnah memakai 'izar' ketika mandi. Apatah lagi, di Timur Tengah, malamnya suhu melampau, bila dibuka selimut kaki, terasa sejuk sampai ke tulang! Cuma bagi sesetengah orang, dia terbayangkan seolah-olah Rasulullah SAW macam dia yang tidur tak berselimut dengan isterinya! Wallahu a'lam.'
Katanya itulah logik para ilmuwan. Tetapi, kita telahpun teliti dalam satu post yg lalu dalam blog ini, bahawa Rasulallah (s.a.w) mencium beberapa orang isterinya, kemudian beliau ke masjid dan terus bersolat, tanpa berwudu'. Bagaimana pula begitu? Adakah beliau mencium isterinya di atas kepala yg bertudung atau atas pipi isterinya yg memakai jilbab menutup muka? Atau, zaman itu belum ada amalan mencium isteri atas bibir? Atau, amalan itu khusus untuk Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh dipakai bagi manusia biasa macam kitani?
Allah (a.w) menyebut Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' untuk kita ikuti contohnya dan ikuti ketetapannya (Ayat 7, Surah al-Haysr). Jika begitu segala sesuatu yg dilakukan atau dicontohkan oleh beliau adalah haq (i.e. benar). Justeru itu, menyentuh isteri tidak membatalkan wudu', itulah sandaran as-Sunnah dalam syariat Islam.
Mengapakah para ilmuwan dan ulama' arus perdana yakin dengan hujjah yg menidakkan perkara yg terdapat dalam as-Sunnah? Adakah Aisyah (r.ah) semasa meriwayatkan peristiwa yg disebut dalam hadith tersebut, berbohong atau beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk? Na'u zubillahi min zalik. Pastilah tidak. Yg disebutkan oleh Aisyah (r.ah) itu pasti betul, kerana beliau adalah wanita ahli syurga dan wanita yg tertinggi taraf syurganya di akhirat!
Penulis hanya pasti apabila 'go back to basic' - iaitu ilmu panduan berugama dan panduan hidup itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Yg lainnya adalah batil jika bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Itulah jalan pintas ke syurga. Mengapa perlu bersusah payah cari yg lain atau ikuti pandangan manusia, walhal ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai segala sesuatu amat jelas dan tidak mengelirukan? Kita cuba persoalkan pula?
Mudah-mudahan mereka yg suka menepis ketetapan as-Sunnah dan cuba menidakkan yg haq, akan diberi hidayah oleh Allah (a.w), supaya kembali ke pangkal jalan. Iaitu berpandulah kepada al-Quran dan as-Sunnah, dan janganlah memandai-mandai mengubah sesuatu yg sudahpun sempurna. Amin
Jazakallahi khairah

1 comment:

  1. Assalamu'alaikom,

    Itulah kalau ada orang yang teralalu pandai. Batal wudhu' kalau sentuh isteri mengikut imam Shafei. Tapi kenapa jemaah haji selalu diberi tahu bahawa jika di Mekah nanti kena tukar mazhab lain, kalau tak salah saya mazhab Hambali. Nanti tak sah tawaf kalau tidak dalam keadaan berwudhu'. Ada pula yang berhujah bahawa perbezaan ini adalah perkara kecil. Mana2 bolih pakai. Macam kita tukar mazhab macam tukar baju ke? Atau " when in Rome, do as the Roman do", Atau kalau di USA kita boleh amalkan amalan Black Muslim?

    Tapi pada pendapat saya batal wudhu bukan satu perkara kecil. Tak ada wudhu' tak sah solat kerana solat mesti berwudhu'. Ini isu besar kan?

    Adakah kemungkinan kerana tafsir bahasa "SENTUH" yang dimaksudkan membatalkan wudhu' itu dalam bahasa halusnya bermaksud bersetubuh? Itu tak bolih dinafikan, pasti batal wudhu' mengikut dalil2 yang jelas.

    Olih itu saya yang tak berapa pandai ini ingin menasihati sesiapa yang nak mencari kebenaran dijalan Allah hendaklah terus menerus mengaji Quran & Hadith secara Manqul ( berguru ), Asnat ( bersambung dari Nabi SAW ) dan Mutasir ( yang haq ) dan jangan sekali2 mendengar kepada SIAPA ( seorang Mufti, Ulama unggul ke dsb ) yang berkata tetapi APA yang dikata ( yang mesti bersandarkan dalil2 yang sohih ). Saya percaya penulis blog bolih membantu. Insya'allah, saya pun bolih membantu kalau berminat. email saya: orbee007@hotmail.com

    ReplyDelete