Assalamualaikum,
Di dunia ini terdapat begitu berbagainya manusia - keturunannya, warna kulitnya, rupa bentuk yg membeza-bezakan satu kumpulan etnik atau bangsa dengan yg lain, pegangan ugamanya, pandangan hidupnya, status dan kedudukannya dan berbagai-bagai lagi. Yg 'common' adalah mereka manusia. Ada dua golongan manusia, iaitu yg Islam dan yag tidak Islam. Memang ada yg tidak Islam percaya dengan kewujudan suatu kuasa ketuhanan - ada yg mempercayai ramai tuhan dan ada yg percayakan satu tuhan agung dengan dibantu oleh tuhan-tuhan kecil. Ada juga yg percaya tuhan itu hanyalah manifestasi manusia sebagai pegangan hidup semata-mata, supaya manusia hidup rukun dan berdisiplin, dan tidaklah seumpama haiwan yg melata.
Yg Islam ada dua golongan utama, iaitu 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan yg bukan ahlus sunnah wal-jama'ah, tetapi meyakini diri mereka Islam kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah, membuat kebaikan (i.e. amal makruf) dan menjahui kemungkaran (i.e. nahi mungkar). Di kalangan yg Islam itu ada yg munafiq (i.e. berpura-pura Islam, yakni mengakui diri mereka Islam tetapi tidak yakin dengan segala ketetapan Islam, malah tidak mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan yg ditegah) dan ada yg pasik (i.e. yg melanggar kesemua atau sebahagian atau satu dimensi ketetapan Islam).
Semua manusia diberi tempoh hidup di dunia, bila sampai ajalnya, mereka akan mati. Tetapi, kematian bukanlah penyudah segala-galanya! Manusia akan diberi suatu tempoh berada dalam kubur dan kemudian ketika kiamat dunia, mereka akan berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan, jika mereka Islam, sebelum akhirnya berada dalam alam akhirat yg kekal tanpa waktu penamat. Semasa berhimpun di padang makhsyar, manusia yg Islam, menunggu Kitab Catatan Amalan masing-masing selama 50,000 tahun, bilamana setiap sehari di akhirat itu sama panjangnya dengan setahun di dunia. Yg tidak Islam tidak akan berhimpun, kerana tidak ada Kitab Catitian Amalan bagi mereka, kerana kesemua perbuatan baik semasa di dunia tidak diberi apa-apa ganjaran oleh Allah (a.w), maka dengan itu tiada suatu apapun nak di kira atau dihisab, mereka terus dihalau ke neraka. Yg Islam, tetapi tidak tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' (atau ahli as-Sunnah wal-jama'ah), menerima Kitab Catitan Amalan yg kosong dari segi kebaikan, tetapi dipenuhi dengan dosa. Kerana segala ibadah dan amalan dari orang yg tidak berpandukan as-Sunnah dan tidak berjema'ah, tidak mendapat sebarang ganjaran pahala!
Maka dengan itu wajib kita sedar bahawa Islam dan syariatnya itu hendaklah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Misi dan tujuan hidup manusia adalah semata-mata apa yg ditetapkan dalam firman Allah (a.w) di atas. Apakala kita menepati ketetapan firman tersebut, maka kita 'bebas' hidup di dunia. Inilah hakikat yg amat utama kita yg Islam akur dan fahami. Kemudian, kita wajib faham firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Sesungguhnya ugama di sisi Allah (a.w) (yakni, ugama yang diredhai atau diterima Allah (a.w) itu) adalah Islam][Ayat 19, Surah ali-Imran]
Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa Allah (a.w) hanya terima ugama Islam dalam konteks Ayat 56, Surah az-Zariat itu juga. Kemudian, manusia diperingatkan pula bahawa:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan, barangsiapa berkehendakkan ugama selain ugama Islam sebagai ugama mereka, maka tidak sekali-kali diterima daripada mereka (segala bentuk pengabdian mereka), dan dia di akhirat kelak daripada orang-orang yang kerugian yang besar (yakni, masuk neraka)] [Ayat 85, Surah ali-Imran]
Dalam firman Allah (a.w) di atas itu, Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa jika mereka inginkan atau anuti ugama selain Islam, segala ibadah dan amalan mereka , apa jua bentuknya, tidak akan diterima Allah (a.w). Justeru itu, di akhirat kelak mereka adalah orang yg paling rugi, kerana dicampakkan ke dalam neraka.
Justeru itu, jika tidak Islam bagaimana baiknya seseorang itu sekalipun, dan bagaimana banyak baktinya kepada manusia dan ugamanya sekalipun, tidak ada makna langsung pada Allah (a.w). Tidak akan masuk syurga. Dan, yg dapat hanya neraka. Maka dengan itulah kita harus mengucapkan syabas kepada saudara kita Mohd Farid Ravi Abdullah dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan orng-orang yg seumpama mereka, kerana membuat keputusan yg amat bijaksana dalam hidup mereka, memilih Islam sebagai ugama mereka, alhamdulillah. Malah, dalam banyak hal, mereka itu lebih taat dan lebih faham tentang Islam berbanding dengan sesetangah kita yg dilahirkan Islam. Kita lahir Islam tetapi kita tidak kerjakan atau kita abaikan apa yg sepatutnya dikerjakan oleh orang Islam. Malah, terkadang kita menjalani kehidupn dunia lebih teruk berbanding dengan orang yg memeluk Islam, atas pilihan mereka sendiri.
Orang Islam itu diperingatkan supaya benar-benar bertaqwa kepada Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah sekuat mampu dengan meninggalkan yg ditegahNya). Ayat ini ditujukan kepada orang Islam bukan kepada orang kafir atau orang musyrik. Sila perhatikan, jika ditujukan kepada orang Islam mengapakah pula Allah (a.w) peringatkan kita supaya janganlah kita yg Islam ini mati tidak Islam? Apakah mungkin kita yg Islam mati tidak Islam? Jika mungkin mengapa dan bagaimana?
Orang Islam itu diperingatkan supaya benar-benar bertaqwa kepada Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah sekuat mampu dengan meninggalkan yg ditegahNya). Ayat ini ditujukan kepada orang Islam bukan kepada orang kafir atau orang musyrik. Sila perhatikan, jika ditujukan kepada orang Islam mengapakah pula Allah (a.w) peringatkan kita supaya janganlah kita yg Islam ini mati tidak Islam? Apakah mungkin kita yg Islam mati tidak Islam? Jika mungkin mengapa dan bagaimana?
Firman Allah (a.w): [Maksud: Wahai orang-orang yg beriman! Bertaqwalah pada Allah (a.w) (i.e. takutlah kepada Allah (a.w) dengan sebenar-benar taqwa padaNya, dan janganlah kamu mati kecuali kamu mati dalam Islam.' [Ayat 112, Surah ali-Imran]
Bukanlah maksudnya kita pada asalnya Islam kemudian mati tidak Islam atau kafir, i.e. murtad! Sememangnya jika kita keluar dari Islam maka kita murtad. Itu mudah kita fahami. Tetapi, yg kita kurang sedari adalah kita 'nampak Islam' tetapi sebenarnya sudah menjadi kafir. Seseorang yg Islam itu menjadi kafir atas sebab-sebab, antaranya, berikut:
1. Kita ikuti ketetapan al-Quran tetapi kita tinggalkan ketetapan as-Sunnah
2. Kita akui Allah (a.w) itu Esa tetapi pada masa yg sama kita juga percaya kepada perkara-perkara yg kurafat. Amalan yg bersifat kurafat banyak diamalkan oleh orang Islam, terutama orang Melayu. Amalan tersebut adalah 'syirik ringan' (i.e. khaufi) yg tidak kelihatan ketara.
3. Kita membuat pembaharuan dalam perkara ugama, yakni 'bid'ah', kerana antara ketetapan as-Sunnah adalah mengamalkan, menyebarkan dan menggalakan amalan yg bersifat 'bid'ah', memungkinkan seseorang Islam itu terkeluar dari Islam tanpa disedari!
4. Yg tidak disedari atau difahami oleh ramai orang Islam adalah menganuti Islam tanpa secara 'berjema'ah' tidak diakui Islam [Nota: Kita akan teliti maksud dan penjelasan sebenar 'jema'ah' ini kemudian nanti. Antaranya kata-kata Omar: 'Tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema'ah ...].
Hadith ini, walaupun sahih, tidak mudah diterima oleh majoriti umat Islam, terutama mereka, yg memahami bahawa semua umat itu adalah satu jema'ah. Tetapi, Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya pegangilan Islam 'secara berjema'ah'. Dan Allah (a.w) juga perintahkan Rasulallah (s.a.w) supaya anuti Islam secara berjema'ah. Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) juga perintahkan umatnya supaya anuti Islam secara berjemaah.
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan, berpeganglah kepada tali Allah (a.w)) (yakni, ugama Allah (a.w), yakni Islam) dengan berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah-pecah atau bermazhab)] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan, berpeganglah kepada tali Allah (a.w)) (yakni, ugama Allah (a.w), yakni Islam) dengan berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah-pecah atau bermazhab)] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Semua yang Islam dan beriman dan berpandukan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah wajib menjadikan panduan tiga ayat ini, iaitu Ayat 103, Ayat 104 dan Ayat 105, Surah ali-Imran ini. Maka dengan itulah kita diperingatkan supaya sentiasalah menjaga diri kita dan keluarga kita dari dimasukkan ke dalam neraka dan tidak mendapat syurga.
Firman Allah (a.w):[Maksud: Wahai orang-orang yg beriman! Jagalah dirimu dan (diri) ahli-ahli kamu (i.e. keluargamu) dari neraka ...] [Ayat 6, at-Tahrim]
Orang yg beriman itu adalah 'calun syurga' dan sewajibnyalah dapat masuk syurga, tetapi terjerumus ke dalam neraka kerana kita tidak memenuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' (i.e. taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran), maka kita termasuk mereka yg digolongkan mereka yg dihukum oleh Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kerana, tidak taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), kita pasti masuk neraka. Sebab, orang Islam wajib patuhi ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr (i.e. kita tidak akur dengan ajaran dan bimbingan Rasulallah (s.a.w)). Sesungguhnya ada banyak jalan menuju neraka, tetapi hanya satu jalan sahaja ke syurga, iaitu kita akur dengan ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Sehubungan itulah juga kita wajib akur dengan firman Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, sandaran nas dan dalil al-Quran supaya kita menetapai as-Sunnah. Dan, antara ketetapan as-Sunnah itu, adalah Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya pegang Islam secara berjema'ah.
Jazakallahu khairah
Assalamu'aliakom, sungguh padat huraian kepada sesiapa yang nak mencari kebenaran, jalan ke syurga. Bukan susah -- bertaqwah, ikut yang Allah perintah jauhi yang Allah larangi. Tapi disebabkan jahil dengan ilmu, ramai yang hanyut dalam kekufuran yang sudah pasti menuju ke neraka.
ReplyDeleteNak cari ilmu yang benar kenalah ngaji Quran & hadith. Bukan setakat khatam tapi kena paham kandungannya dan wajib di amalkan kerana banyak mana pun ilmu tapi kalau tak diamalkan, masuk angin keluar hasaplah jadi akhirnya. Kan rugi tu.
Memandangkan kandungan blog ini sungguh berguna dan mudah dipahami untuk diamalkan, saya syor supaya ramai lagi perlu layari semuga mendapat pertunjuk dari Allah. Dan anda syurkan kepada keluarga yang tersayang membacanya. Saya percaya kalau anda ada kemuskilan, penulis blog ini akan membantu anda, insya'allah.
Ingatlah pesanan dar Nabi SAW, " Aku tinggalkan kalian 2 perkara, Quran & sunnahku, jika kalian rujuk pada kedua2nya, kalian akan selamat selama2nya di dunia dan akhirat." Juga Nabi SAW berpesan , " jangan mengamal sesuatu yang yang kamu tiada ilmunya." dan "sesiapa mengamalkan sesuatu bukan dari amalan ku, akan ditolak." Kan rugi. Ini ramai dar kita yang melakukan perkara2 bidaah, perkara yang Nabi SAW tak lakukan. Ramai ulama2 yang mengatakan Bidaah Hasanah itu tak apa tapi apa dalil mereka. Tepuk dada tanyalah selera. Jangan ikut2 kerana cakap seorang yang bergelar ulama. Padahal, akhirnya kita masing2 yang kena jawab di alam kubur nanti. Nanti ulama itu akan berkata " Aku pun tersalah, yang engkau ikut aku kenapa?"
Assallamu'alaikom, sekali lagi saya kembali dan kali ini saya nak tumpukan perhatian kepada konsep " ISLAM SECARA BERJEMAAH " .
ReplyDeletePada pandangan saya, ini sangat2 mustahak dan perlu dipahami betul2. Kalau kita ibaratkan solat berjemaah mestilah ada imam yang memimpin kita dalam solat tersebut. Jika imam tak ada, maka kita tidak bolih kata kita solat berjemaah, tapi solat beramai2. Betul tak? Olih itu, kalau kita diperintahkan supaya kita mengamalkan Islam secara berjemaah, siapa imam yang memimpin kita? Kalau kita kata imam saya ialah imam Shafei, ini kurang tepat, kan begitu kerana Imam Shafie sudah lama meninggal dan macam mana dia bolih memimpin ( memberi nasihat dan tunjuk ajar jika kita melakukan kesilapan ) kita sekarang? Ini tanda tanya yang besar perlu dicari jawapan yang tepat. Olih yang demikian itu saya rasa kita kena cari jawapannya dalam Quran & hadith dengan mengaji terus menerus hingga matinya masing2.
Insya'allah, semuga Allah memberi kita petunjuk kepada jalan yang benar. Bukankah kita selalu berdoa memohon pertujuk Allah dalam solat ketika membaca surah Al-Fatiha?