Assalamualaikum,
Memang benarlah apa sabda Rasulallah (s.a.w) lebih dari 1430 tahun yang lampau apabila beliau berkata di akhir zaman kelak orang Islam memang ramai, tapi seumpama buih di permukaan air lautan sahaja. Takda makna. Hati mereka kosong, adab mereka buruk. Sudahlah kosong, mereka pula tidak mau mengubah diri dan tidak pula menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun mereka ditugaskan sedemikian. Mereka nampak keburukan orang, lupakan keburukan diri. Bak kata pepatah Melayu, kuman di seberang sungai nampak, gajah di tepi mata tak nampak!
Perhatikanlah setiap hari.
Saudara bolehlah ikuti perdebatan hari ini ekoran kontroversi bekas Mufti Perlis dengan JAIS. Kelmarin, ekoran kata-katanya untuk berdakwah kepada mereka yang mengunjungi kelab-kelab malam, keluarkan komen Mufti Selangor, Dato' Seri Tamyis kemudian dibalas pula oleh Dr Asri dan disokong pula oleh blogger Abdullah Bukhari (dari UIAM).
Pandangan saya simple. Semua umat Islam, terutama yang berilmu yang yakinkan dirinya sebagai ulama' atau para ilmuwan, wajib berdakwah dengan apa cara sekalipun dan untuk berdepan dengan golongan apa sekalipun. Malah orang-orang yang menganggap dirinya alimpun wajib didakwahkan. Kerana, mereka sendiri tidak bertindak sebagai seorang yang alim. Apakah mereka alim jika mereka melanggar perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Mereka sendiri menghalang proses dakwah dan program pengilmuan? Mensyaratkan seseorang yang berilmu itu berdakwah supaya ditauliahkan oleh mereka adalah batu halangan, dan ini bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Tambahan pula, mereka yang menghalang tidak pula berusaha mengadakan program untuk berdakwah sekuat mungkin!
Saya amat terkilan dengan mereka yang menyandang pelbagai jawatan keugamaan di Malaysia kerana tidak berusaha sedikitpun untuk mengimarahkan ajaran as-Sunnah. Mereka selkesa dengan ritual amalan yg diwariskan turun temurun dan tradisi. Kita tahu dan mereka tahu. Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa jelas menyuruh kita umat Islam itu fahami perintah Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Kerana kefahaman ini amat penting kerana ia menjamin orang Islam itu mendapat paspot dan menjadi calun syurga, jikalah mereka berpandukan dengan kedua-duanya. Mereka mendapat syurga apabila mereka beramal dengan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Sebaliknya pula, kita tau dan mereka tau bahawa sesiapa yang tiada paspot itu dan melanggar pula peraturan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, mereka adalah calun neraka. Tapi, mengapakan tiada program pengilmuan yang benar-benar berkesan dan menyeluruh bagi membolehkan umat Islam memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Ramai umat Islam yg kekal jahil. Ibu bapa jahil, maka anak-anaknya akan lebih jahil lagi. Justeru itulah, semua orang Islam di Malaysia masih teruskan program hiburan dan perayaan itu dan ini, yg melalaikan mereka, yg melalaikan anak-anak muda. Yg kaya dan mewah hidup pula ada klab sendiri dimana mereka enjoy tanpa pengetahuan orang ramai, berdansa, minum dan membuat pelbagai maksiat, kerana bukan sahaja menari, lebih dari itu ada pelayan muda yg seksi dan cantik pula. Ada pas masuk. Tak semua orang yg inginkan hiburan boleh masuk. Mereka ini bergelar sebagaimana Mufti bergelar - Tan Sri, Dato' Seri, Dato' dan seumpamanya. Yg kaya dan berkuasa pula bersekongkol dgn yg berduit. Mereka inipun perlu didakwahkan juga. Kerana lebih baik bagi mereka menyerahkan (infaq) sebahagian kekayaan diri mereka untuk fi sabilillah...
Kalaulah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yg sewajarnya diajarkan di berbagai lapisan masyarakat, sekurang-kurangnya mereka disedarkan akibat keliaran mereka. Kalau tidak diajarkan, mereka tak tahu. Kerana kejahilan pula, mereka akan akui pula bahawa Islam itu adalah ugama sebagaimana ugama lainnya - Kristian, Buddha dan sebagainya. Mereka akan merasa pula bahawa ugama lain lebih baik dan lebih mudah dan tidak menyulitkan pula.
Semua ini adalah tanggungjawab orang Islam yg berilmu mengilmukan masyarakatnya. Paling utama, terutama, orang yg terasa dirinya ulama' dan ilmuwan, dan lebih utama lagi orang yang dicap ulama' itu ditugaskan secara khusus menguruskan umat atau jema'ah Islam seperti mereka yg bertugas di jabatan-jabatan ugama, seumpama JAIS dan MAIS dan JAKIM, malah badan-badan yg mendapat manfaat dari sumber wang awam dan sumber zakat dan sebagainya seperti IKIM, YADIM dan seumpamanya.
Kita diberitahu bahawa ilmu yg wajib dipelajari itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Maka ilmu yg wajib disebarluaskan supaya difahami oleh semua orang Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini sekolah ugama yg ditadbirkan oleh jabatan-jabatan ugama pusat dan negeri tidak mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi kurikulum ciptaan mereka, dalam banyak dimensi, ada yg bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, kerana mereka yg bertanggungjawab biarkan dan remehkan ilmu dan proses pengilmuan, kenapa tidak dibiarkan saja sesiapa yg ingin mengilmukan umat Islam, dengan apa cara sekalipun, teruskan kegiatan mereka tanpa dibendung...?!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment