Tuesday, December 29, 2009

Solat: Janji Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Insya Allah kita akan mulakan perbincangan kita dengan menyemak apakah janji Allah (a.w) kepada kita yg bersolat, dan apakah pula janji Rasulallah (s.a.w) pada kita yg bersolat? Kita teliti dua hadith berikut sebagai panduan asas kita dalam meneliti solat.
1. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya (i.e. mengerjakannya) tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang (di akhirat kelak) dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat]
Hadith di atas itu menyebutkan janji Allah (a.w) kepada kita hambaNya bahawa jika kita tunaikan solat dalam waktunya dan tidak pula menganggapkan solat itu amalan yg ringan dan tidak serius mengerjakannya dan tidak ikhlas pula, maka kita dimansukkan oleh Allah (a.w) kedalam syurga. Sebaliknya, jika kita tidak sempurnakan - kadang-kadang dibuat dan kadang-kadang tidak dibuat, atau kita buat setakat memenuhi syarat sebagai orang Islam, bukan kerana niat yg ikhlsa, kemudian kita ambil ringan pula, sengaja tidak mementingkan waktu solat, maka tiada janji Allah (a.w) bagi kita. Jadi, terpulanglah kepada kerahmatan atau kemurkaan Allah (a.w) terhadap kita. Jika Allah (a.w) ingin memaafkan kita, maka bernasib baiklah kita. Jika, Allah (a.w) kekalkan dengan janjinya, maka diazabNya kita.
Rasulallah (s.a.w) juga berjanji kepada kita bahawa jika kita tinggalkan satu waktu solat faru, maka kita secara otomatis menjadi kafir. Mengapa? Orang yg kafir itu tidak beriman dengan Allah (a.w) dan RasulNya.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa janji antara Rasulallah (s.a.w) dengan umatnya adalah ibadah solat. Orang beriman itu akur dengan ketetapan Allah (a.w), maka dia bersolat. Jika kita engkar, tak bersolat atau bersolat ikut sukahati sahaja, maka kita jatuh kafir. Kerana solat itu amat penting. Solat adalah ibadah utama umat Islam. Yg membezakan orang Islan dengan yang kafir adalah solat. Kerana tiada amalan yg lebih pentng dari solat.
Seperti yg kita telahpun maklum firman Allah (a.w): 'Wama khalaqtul jinna walinsa illa liya’buduni).'[Maksud: Dan Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri (atau beribadah) kepadaKu].’ [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Begitulah bentuk siksaan yg akan diterima oleh orang Islam yg tidak bersolat. Tidak bersolat adalah termasuk dosa yg amat besar. Kerana kita diperintah bersolat, tapi kita tidak bersolat.
Ada pandangan bahawa kita boleh qada'kan solat. Adakah ketetapan as-Sunnah bahawa kita boleh mengqada'kan solat? Mengikut pandangan umat Islam yang majoriti , kita boleh qada'kan -mana -mana solat yg kita tidak laksanakan. Sebenarnya, tiada dalam as-Sunnah menyebut kita boleh qada'kan solat. Yg boleh diqada'kan adalah situasi berikut:

1. Kita tertidur sehingga sampai luput waktunya;

2. Kita terlupa hendak solat sehingga luput waktunya.

Apabila solat yg belum kita kerjakan luput waktunya - kerana tertidur atau kerana terlupa. Jika kita terlupa hendak bersolat Zohor, contohnya, dan sudah pula habis waktu bagi Solat 'Asar, baru kita teringat atau terjaga dari tidur, maka hendaklah kita solatkan Zohor dan 'Asar dahulu, kemudian barulah Maghrib.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment