Assalamualaikum,
Kita telah teliti rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat menyentuh permulaannya sampai ke peringkat membaca Doa Iftitah. Kita telah lihat 4 versi Doa Iftitah yg biaa dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat. Adakah kita telah gunakan salah satu daripada Doa-doa tersebut sehingga kini?
Penulis diajarkan oleh tok guru dulu baca Doa Iftitah yg disebutkan dalam hadith berikut. Saudara bagaimana? Tapi, Doa Iftitah ini, mengikut hadith ini, adalah untuk dibaca dalam solat-solat sunat!
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Maslamah (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri solat (selepas Takbiratul Ikhram) membaca: 'Allahu Akbaru. Wajjahtu wajhia lillazii fataras-samawati walardha hanifan musliman wama ana minal musrikiina, innas-solati wa nusuki wa mahyaya wa mamatii lillahi rabbil ‘alamiin, la syarika lahu wabizalika umirtu wa ana auwalul.' [Maksud: Aku menghadapkan wajahku kepada wajahmu zat yang menjadikan beberapa langit dan bumi dengan senang hati menyerah aku dan tidak ada aku dari kalangan orang yang engkar (menyekutukan Engkau), sesungguhnya solatku, dan ibadatku, dan hidupku dan matiku bagi Allah (a.w) Tuhan semesta ‘alam, tidak ada yang seumpama Engkau dan dengan demikian diperintahku dan sesungguhnya aku orang pertama dari kalangan orang Islam.] [Nota: Bagi kita, ganti dengan (kalimah 'wa-ana awwalul muslimina' itu dengan) ‘wa ana minal muslimin’]. (kemudian disambung) 'Allahumma antal maliku la-ilaha-illa anta subha-naka wabihamdika’ [Maksud: Ya Allah ya Tuhan kami Engkaulah raja, tiadalah Tuhan selain Engkau, maha such Engkau dan segala-gala puji-pujian bagiMu.', kemudian dia membaca al-Fatihah.’ [Hadith an-Nasa’i]
Kalimah Doa Iftitah ini sering kita orang Melayu baca, kecuali orang yg dikira alim atau ulama' atau ilmuwan yg belajar ilmu al-Hadith mungkin tak baca, kerana mereka tahu, kalimah-kalimah Doa Iftitah ini dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dalam solat sunat malam. Demikianlah mengikut syarah hadith ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment