Friday, January 1, 2010

Bukan Islam boleh guna 'Allah' sbg nama tuhan mereka?

Assalamualaikum,
Hari ini (1 Januari 2010) penulis terbaca berita dalam Utusan Malaysia di halaman 3 tentang keputusan yg dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Dato' Lau Bee Lan, bahawa Kementerian Dalam Negeri wajib membenarkan permohonan Gereja Katolik, yg diketuai oleh Ketua Padri, Murphy Pakiam, untuk menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mingguannya Herald -The Catholic Weekly.
Apabila membaca berita ini, penulis teringat dengan kata-kata Dr Ridhuan Tee dalam tulisan mingguannya tentang permintaan orang bukan Melayu terhadap segala seuatu yg menjadi kepentingannya dan bagaimana lemahnya orang Melayu termasuk pemimpin mereka terhadap gesaan dan desakan dan permintan kaum-kaum bukan Melayu di Malaysia. Hari ini satu lagi bukti kebenaran cakap beliau. Kali ini permintaan bukan Islam yg mengketepikan sensitiviti ugama, supaya mereka gunakan 'Allah' sebagai nama umum terhadap tuhan mereka, khususnya pengikut Kristian katolik di Malaysia. (Katanya di Indonesia dahpun lama digunakan oleh masyarakat Kristian di sana). Yg anihnya seorang hakim bukan Islam membuat ketetapan bersandarkan pentafsiran beliau tentang Perlembagaan Malaysia dan prinsip 'Hak untuk Bersuara', yg amat terkait dengan ugama Islam. Hakim ini sungguh berani membuat keputusan walaupun dia mengetahui bahawa isu yg diadilinya bukan sebarang isu tetapi isu ugama
Memang benar isu umum mengenai kebebasan masyarakat adalah bidang kuasa mahkamah dan hakim menentukannya berpandukan undang-undang manusia dan prinsip 'freedom of expression' sejagat. Tapi, isu menggunakan nama 'Allah' oleh orang bukan Islam bukanlah isu budaya tetapi isu ugama. Lebih-lebih mentafsirkan sesuatu isu ugama oleh orang yg bukan Islam tentang sesuatu yg basic dalam Islam bukanlah bidangkuasa seorang yg bukan Islam tafsrikan! 'Allah' adalah istilah khusus. 'Allah' adalah nama Tuhan yg Esa pada Islam, maka dengan itu tidak wajarlah digunakan oleh orang yg tidak Islam. Kerana mereka bukan Islam tidak akui Allah sebagaimana yg diakui oleh orang Islam, iaitu Tuhan mereka yg Esa. Orang bukan Islam yg berugama mengakui wujudnya suatu kuasa ketuhanan, tetapi mereka tidak akui hanya ada satu tuhan, mereka percayakan wujudnya banyak tuhan. Orang Kristian - Katolik ataupun Protestan dan seumpamanya - akui 'The Trinity of God', iaitu 'The Holy Ghost' (Nota: yg akan mereka panggil 'Allah' selepas ini), 'Mary' dan 'Jesus', dan Jesus adalah anak tuhan. Merujuk 'Allah' kepada tuhan ugama yg bukan Islam adalah suatu penghinaan trhadap Allah (a.w) sendiri.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) melarang sesiapa yg menyebut bahawa tuhan itu tiga, sebagaimana yg dipercayai oleh orang Kristian.
Firman Allah (a.w) dalam Ayat 73, Surah al-Maidah: 'Sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yg mengatakan bahawa Allah (a.w) adalah salah satu dari yg tiga; padahal tidak ada Tuhan selain Tuhan yg Esa...'[Ayat 73, Surah al-Maidah] dan Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 116, Surah al-Maidah:' 'Dan (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (bertanya kepada Isa (a.s)): 'Wahai Isa (a.s) putera Mariyam! Engkaukah yg mengatakan kepada orang-orang, jadikan aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah (a.w)?' (Isa (a.s)) menjawab: 'Maha suci Engkau (Allah (a.w)! Tidak patut bagiku mengatakan apa yg bukan hakku. Jika pernah aku mengatakannya tentulah Engkau (Allah (a.w) megetahuinya. Engkau (Allah (a.w) mengetahui apa yg ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yg ada padaMu. Sungguh-sungguh Engkaulah (Allah (a.w)) yg mengetahui segala yg ghaib.' [Ayat 116, Surah al-Maidah] Dan, pada Ayat 117, Surah al-Maidah (Isa (a.s) menyambung kata-katanya):' Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka (i.e. kaumku) kecuali apa yg Engkau (Allah (a.w) perintahkan kepadaku (iaitu): 'Sembahlah Allah (a.w), Tuhanku dan Tuhan kamu, dan aku menjadi saksi terhadap mereka ...' [Ayat 117, Surah al-Maidah]
Perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada nama Allah (a.w) hanyalah eksklusif bagi Islam dan eksklusif bagi orang Islam untuk merujuk kepada nama Tuhan mereka, kerana Allah (a.w) merujuk kepada diriNya 'Allah' sebagai namaNya! Kerana Islam sahaja menetapkan bahawa Tuhan itu Esa, ugama lain meyakini tuhan mereka itu lebih dari satu. Ugama Kristian kekal dengan keyakinan bahawa tuhan mereka ada tiga, bukan tunggal! Justeru itu adalah suatu kebatilan untuk menamakan tuhan bagi ugama selain Islam sebagai 'Allah'. Mereka septutunya menggunakan nama yg dipakai dalam Bible mereka, bukan mengambil nama yg digunakan oleh Allah (a.w) dalam KitabNya. Di dalam Bible, kita rujukan orang-orang Kristian, tidak pernah merujuk kepada nama itu sebelum ini. Mengapakah mereka hendak gunakan sekarang? Apakah motif dan tujuan mereka?
Apakah akan jadi kepada para ulama' dan ilmuwan Islam? Apa nak jadi kepada para raja dan sultan yg memegang amanah Islam sebagai ketua ugama? Apa nak jadi kepada kepimpinan Melayu, yg akui mereka Islam, berdepan dengan keputusan sedemikian? Wallahu 'alam. Semoga Allah (a.w) tidak menurunkan balaNya kepada kita kerana tidak sanggup mempertahankan kemulian Allah (a.w) yg namaNya dipermain-mainkan oleh orang kafir.
Tak taulah apa nak jadi ...

No comments:

Post a Comment