Assalamualaikum,
Di dalam blog ini kita akan sentiasa diingatkan dengan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' dan peringatan Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa', selain ketetapan-ketetapan lain. Dua ayat ini penting bagi kita yg inginkan kejayaan akhirat. Kerana janji Allah (a.w) itu janji yg pasti. Ayat 13, Surah an-Nisa' itu mengingatkan kita bahawa:
1. Jika kita taatkan Allah (a.w), dalam konteks kita hari ini, ikuti ketetapan al-Quran; dan
2. Jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w), dalam konteks kita hari ini, ketetapan as-Sunnah;
maka kita dijamin mendapat syurga. Itulah janji Allah (a.w). Janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti. Kemudian, sehubungan dengan itu juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut, perkara yg sama iaitu: Pegang al-Quran dan as-Sunnah:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, hua kitabbullahi wa-sunnatu nabii.' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, sesiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, al-Hadith)]’ [Hadith sahih A. Malik, al-Hakim, at-Termidzi, Ahmad ibni Hanbal, at-Tobrani, ad-Dalamii, dll]
[Nota: Maksud hadith ini jelas di dalam al-Quran, kata para ulama’, apabila Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menyebut kalimah atau ungkapan ‘Kitab’ dan ‘hikmah’. Mengikut Imam as-Shafie, setelah meneliti pendapat dan pandangan para ulama’ yang faqih dengan Ilmu al-Quran, ‘hikmah’ bermaksud ‘as-Sunnah’. Rujuk Surah al-Baqarah (Ayat 129, 151 & 231), Surah ali-Imran (Ayat 164), Surah an-Nisa’ (Ayat 113), Surah ad-Dhuhan (Ayat 34) dan Surah al-Jumu’at (Ayat 2) mengenai ungkapan ‘kitab’ dan ‘hikmah’ tersebut. Rasulallah (s.a.w), dalam sepotong hadith, memberitahu kita bahawa 'as-Sunnah' itu adalah 'ma ana 'alahi wa-ashabi', i.e. apa-apa yg aku (Rasulallah (s.a.w)) berpegang atasnya dan shabat-sahabatku perpegang atasnya (yakni, khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin).]

Apa yg kita boleh rumuskan? iaitu, jika kita berpegang sepenuhnya dengan al-Quran dan as-Sunnah, pasti kita tidak akan sesat mencari 'siratul mustaqim'. Apabila kita temui 'Siratul mustaqim', dan kta ikutinya, kita pasti mendapat syurga. Kerana itu janji Allah (a.w). Malah di dalam al-Quran Allah (a.w) mengingatkan kita bahawa itu saja jalan mendapat keridhaanNya. Jika kita ikuti lain-lain jalan kita terpesong atau menyimpang atau menyeleweng, dan justeru itu kita terjerumus, mencari syurga dapat nereka!
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab) dan hidayah (yakni, petunjuk). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Sebahagian Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Di dalam blog ini kita sering diperingatkan tentang 'bid'ah' kerana 'bid'ah' amat bahaya kepada matlamat dan tujuan kita mencari syurga itu. 'Bid’ah' secara literalnya bermaksud tambahan atau penambahan atau pembaharuan atau pengubahsuaian kepada atau mengadakan yang tiada atau meniadakan yang ada dalam Islam dan syariatnya.]

Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita supaya ikuti hanya al-Quran, kerana itulah sebaik-baik kitab (i.e. janganlah utamakan kitab-kitab karangan manusia) dan ikutilah hidayah Rasulallah (s.a.w), kerana itulah hidayah terbaik bagi seseorang yg ingin mencari syurga, termasuklah jalan pintas ke syurga (i.e. janganlah kita dahulukan atau utamakan pandangan manusia, dan tinggalkan as-Sunnah). Jalan pintas bukan didapati melalui pegangan atas mana-mana mazhab atau mengikuti mana-mana perkumpulan sufi ataupun tarikat!
Kita boleh mengikuti perkumpulan sufi atau tarikat setelah kita faham al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, semua sandaran ilmu dan amalan serta ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan panduan yg simple ini difahami. Jika tidak kita meremehkan yg haq dan mengutamakan yg kabur.
Ingatlah, kalaulah saudara ingin menjadi seorang yg benar-benar 'alim dan bertaqwa dalam mengerjakan ibadah dan amalan, supaya mendapat tahap syurga tertinggi, hanya satu jalan sahaja, iaitu contohilah Rasulallah (s.a.w) dalam segala sesuatu! malah kita tidak boleh lakukan. Kerana Rasulallah (s.a.w) bukan sahaja maksum (i.e. tidak berdosa), hati dan jiwanya sudah dibersihkan. Jiwa kita walau bersih macam manapun tetap kotor. Kita tidak ada stamina, kekuatan rohani serta kesungguhan untuk mencontohi Rasulallah (s.a.w). Janganlah contohi orang lain - ulama' ke atau siapa saja! Namun, contohilah Rasulallah (s.a.w) sebaik mungkin dan sekuatmampu kita. Jika kita lakukan sedemikian, kita pasti mendapat mertabat syurga yg tertinggi.
Semoga kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk melakukan terbaik untuk kesejahteraan akhirat kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment