Tuesday, January 5, 2010

Carilah ilmu yg haq supaya mudah mencari syurga

Assalamualaikum,
hari ini begitu ramai orang Islam berusaha sedaya upaya untuk mencari ilmu supaya di dunia mereka senang hidup namun, tidak ramai orang Islam yg suka mencari ilmu untuk menyediakan diri mereka dengan betul bagi menjamin amalan dan ibadah serta segala 'amal makruf' diterima Allah (a.w) dan supaya meninggalkan kejahatan 'nahi mungkar'. Ramai juga antara kita yg bersusah payak belajar di menara gading ilmu dunia, sehingga mendapat ijazah Ph D. Tidak kurang juga orang Melayu yg meminati ilmu, berusaha mendapatkan ilmu mengenai ugama amnya dan Islam khasnya, sehingga mendapat Ph D juga.
Tapi ilmu yg dikurniakan oleh manusia, masih tertakluk kepada penilaian manusia dan penerimaan serta kebijaksanaan manusia dari pandangan atau kacamata manusia. Di dalam Islam itu, semua orang boelh mendapat ilmu mengenai Islam dengan mudah, asalkan mereka ingin mencari guru yg faham serta faqih tentang Islam dan syariatnya.
Di dalam Islam, sekiranya kita tumpukan sedikit masa untuk mempelajari ilmu mengenai Islam, yakni mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, bukan sahaja kita terpandu dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w), serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah (a.w) yg baik, tetapi juga diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w). Malah para malaikat sangat menyukai seseorang yg berusaha mencari dan mempelajari ilmu mengenai Islam dan syariatnya, sehinggaklan mereka mendoakan kesejahteraan kepada kita yg belajar. Ingatlah malaikat adalah makhluk yg terhampir kepada Allah (a.w), makhluk yg sentiasa taat 100% kepada Allah (a.w), maka doa mereka itu amat mustajab.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya satu ilmu (mengenai Islam dan syariatnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan sayapnya, dan redha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewarisi dinar dan tidak (juga mewarisi) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan ugamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Dalam hadith di atas disebutkan bahawa orang 'alim atau ulama' itu adalah pewaris para Nabi, kerana merekalah yg menyambungkan ajaran para Nabi yg memberi peringatan kepada umat mereka supaya tidak lupakan tanggungjawab terhadap Allah (a.w), i.e. mencari keridhaan Allah (a.w) dan menjauhkan diri dari siksaan Allah (a.w). Namun jangan lupa bahawa ilmu yg dimaksudkan dalam hadith itu adalah hanya dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. hanya jika dua ilmu ini dikuasai dan difahami, barulah segala amalan dan ibadah kita terpandu, dan menepati ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam sabdanya berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu tersebut baik: (Yang wajib) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Ilmu yg dapat menjaminkan kebenran dalam panduan hidup orang iman serta menjamin mendapat syurga itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. maka dengan itu sesiapa yg mendalami ilmu dalam Islam, hendaklah dia faham dahulu dua ilmu yg haq ini, supaya dia terpandu. Janganlah kita mengikut sesuatu perkumpulan tanpa ilmu. janganlah kita mencari jalan pintas ke syurga dengan mengikuti pergerakan tertentu seperti perkumpulan tarikat atau tasawuf, kecuali kita dan mereka yg mengajar kita itu terlebih dahulu faqih dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak kita akan tersesat!
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu mengenai syariat Islam itu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. Dan meletakkan (atau mengajar ilmu) oleh seseorang selain daripada ahli ilmu seumpama mengalongkan rantai yang diperbuat daripada mutiara, permata dan emas ke leher babi.’ [Hadith Ibnu Majah]
Banyak kebaikan mencari dan memhami ilmu yg haq itu. Dengan ilmu tersebut kita dapat memberi nasihat serta memandu orang lain supaya mereka berada diatas landasan amalan dan ibadah yg benar pula.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu, memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan (kemahuan mencari ilmu) dengan amalannya, tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Justeru itulah, yg dimaksudkan 'ulama' pewaris para nabi' itu, adalah orang yg memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah bukan sebarang ilmu. Kerana para nabi menyampaikan ilmu tentang perintah dan ketetapan Allah (a.w), mengimarahkan ugama Allah (a.w) dan membimbing manusia dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) sejajar dengan ketetapan Allah (a.w), bukan ketetapan manusia.
Mudah-mudahan kita dapat kelapangan untuk mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya segala amalan dan ibadah kita terpimin dan terpandu, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment