Assalamualaikum,
Kita telah bincangkan kaedah bersolat - rukun kalbi, rukun fe'li dan rukun qauli - dari awal bersolat (i.e. Takbiratul Ikhram) hingga ke akhir solat (i.e. memberi 'salam') dan beberapa perkara lain mengenainya. Kita belum bincangkan apakah amalan yg wajar dibuat mengikut as-Sunnah selepas selesai solat. Kita akan teliti perbuatan Rasulallah (s.a.w) menganai perkara ini kemudian nanti, termasuklah apakah wirid, zikir dan doa-doa yg dibaca Rasulallah (s.a.w) selepas solat dan sebelum meninggalkan tempat bersolat.
Buat sementara waktu, kita teliti beberpa perkara yg penting diketahui oleh kita kerana sesuatu yg berlaku ketika kita solat; antaranya, apa yg wajr dibuat ketika berlaku salah satu perkara berikut ketika sedang bersolat atau ketika sudah selesai bersolat:
1. Kita terlupa berapa rakaat yg telah kita kerjakan (i.e. buat) dalam solat kita ketika kita masik bersolat (i.e. belum selesai solat kita)?
2. Kita terlupa membaca Tahiyat Awal pada penghujung rakaat kedua solat kita, dan kita terus bangun berdiri untuk rakaat ketiga?
3. Lupa kita bilangan rakaat sehingga kita kerjakan hanya dua rakaat dalam solat yg empat rakaat atau kita bersolat sampai lima rakaat bagi solat yg hanya empat rakaat?
4. Lupa kita sehinggakan kita buat dua rakaat kemudian salam walhal solat itu adalah empat rakaat?
Demikianlah beberapa perkara yg mungkin berlaku ketika solat. Sebagai manusia kita mungkin tersilap dan terlupa walaupun dalam solat. Sekiranya kita kurang khusyuk dalam solat mungkin fikiran kita mengembara mengingatkan pelbagai prkara ketika kita sedang bersolat. Tapi, mungkin kita sedar dari lamunan kita iti ketika masih dalam solat atau ketika kita sudahpun memberi 'Salam', i.e. selesai bersolat.
Di dalam hadith berikut diceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat mengimamkan para sahabat, kemudian ketika selesai ada shabat yg mengesyakki bahawa Rasulallah (s.a.w) telah melakukan sesuatu yg tidak lazim bagi solat tersebut. Ketika itu, solat sudahpun diselesaikan. Rasulallah (s.a.w) datang semula ke tempat solat kemudian dia duduk sebagaiman duduk pada Tahiyat Ahir, kemudian dia buat Sujud Sahwi dua Sujud dengan bertakbir (i.e. menyebut 'Allahu Akbar') ketika hendak Sujud.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdillah (r.a) berkata: ‘Bersolat Nabi (s.a.w) solat Zohor lima rakaat. Maka ditanya orang akan dia: ‘Adakah menambah engkau, wahai Rasulallah (s.a.w) di dalam solat (Zohor ini)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah benar demikian (yakni, bertanya kepada para sahabat yang lain untuk mengesahkan pernyataan sahabat yang menegur itu)?’ Maka diberitahu kepadanya (demikian), maka Nabi (s.a.w) menyusun kakinya (duduk seumpama duduk semasa Tahiyat Akhir), maka sujud dia dua sujud (yakni, Sujud Sahwi).’ [Hadith Ibnu Majah]
Sekiranya kita sedang bersolat i.e. solat masih belum selesai, kita terlupa rakaat yg ke berapakah telah kita buat? Maka bagaimana perlu kita lakukan? Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Auf (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika syak (yakni, ragu) salah seorang kamu di dalam dua dan satu (rakaat) maka hendaklah kamu jadikan satu rakaat, dan ketika syak (yakni, ragu kamu) di dalam dua atau tiga (rakaat), maka hendaklah menjadikan dua, dan ketika syak (yakni, ragu kamu) tiga atau empat, maka hendaklah dijadikan tiga (yakni, ambil kira bilangan rakaat yang tersedikit). Kemudian sempurnakanlah bakinya dari solat tersebut sehingga ada kamu ragu-ragu di dalam tambahan kemudian sujudlah dua sujud (yakni, Sujud Sahwi) dan bahawa engkau duduk sebelum apabila memberi ‘salam’. [Hadith Ibnu Majah]
3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika syak (yakni, ragu-ragu) salah seorang kamu di dalam solatnya, maka hilangkanlah keraguan dan menetapkanlah keyakinan. Maka ketika yakin kamu (i.e. rakaat ke berapa) sempurnakanlah (solat itu dengan) sujud dua sujud (yakni, Sujud Sahwi) (sebelum memberi ‘Salam’). Maka apabila solat kamu sempurna, ada rakaat tambahan. Dan apabila ada (solat kamu itu) kurang rakaatnya, ada serakaat maka sempurnakanlah solat itu, dan dan adapun dua sujud itu menjatuhkan (yakni, menghampakan) kesombongan syaitan (hendak mempengaruhi orang beriman yang dilupakannya ketika bersolat).’ [Hadith Ibnu Majah]
Ketika bersolat, kita tidak pasti sama ada kita sudah lakukan rakaat satuke atau rakaat keduake? Atau, kita sudah sempurnakan rkaat keduake atau ketigake? Atau, kita sudah selesai rakaat ketigake atau rakaat keempatke? Dalam kes-kes sedemikian ini, hendaklah kita kira rakaat yag terkurang, yakni jika kita sangsikan sudah buat dua atau tiga, maka hendaklah kita kita dua rakaat sahaja, kemudian kita sempurnakan solat kita dengan membuat rakaat ketiganya. Kemudian di akhir solat, sebelum memberi 'salam', kita buatlah dua Sujud Sahwi.
Jika kita sudah selesai solat, kemudian ada orang yg memberitahu bahawa kita hanya buat dua rakaat walhal solat trsebut empat rakaat. Apa yg perlu kita buat, pada hal kita sudahpun memberi 'Salam'? Di dalam hadith berikut, kita dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) apa yg perlu buat, iaitu kita kembali berdiri untuk menyempurnakan dua rakaat lagi, dan setelah selesai kita buatlah dua Sujud Sahwi dan kemudian memberi 'salam' semula.
4. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) terlupa (rakaat solatnya) maka memberi ‘salam’ dia di dalam dua rakaat. Maka berkata seorang lelaki [Nota: dalam hadith yang sama di dalam kitab hadith lain, namanya Khurbaq] yang digelar ‘tangan panjang’ (menegurnya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah memendek kamu akan solat atau terlupa kamu?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak memendekkan aku dan tidak lupa aku.’ Berkata lelaki itu: ‘Ketika (bersolat), maka bersolat kamu dua rakaat.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah betul seperti yang disebutkan oleh si tangan panjang ini?’ Berkata para sahabat: ‘Ya.’ Maka Nabipun bangun semula maka bersolat dia dua rakaat lagi (menyudahkan solatnya) kemudian memberi ‘salam’. Kemudian sujud dia dua Sujud Sahwi (dan memberi ‘salam’).’[Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Wajar di ingatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah Imam solat, maka apabila beliau berhenti makmum berhenti dan apabila beliau menyambung solatnya maka makmumpun ikut sama, menyambung solat mereka. Makmum wajib ikuti pergerakan Imam.]. Di dalam hadith di bawah ini, situasi yg sama telah diceritakan.
[Nota: Wajar di ingatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah Imam solat, maka apabila beliau berhenti makmum berhenti dan apabila beliau menyambung solatnya maka makmumpun ikut sama, menyambung solat mereka. Makmum wajib ikuti pergerakan Imam.]. Di dalam hadith di bawah ini, situasi yg sama telah diceritakan.
5. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Solat kami berserta Rasulallah (s.a.w) satu solat Isya’ dua rakaat (yakni, terlupa membuat dua rakaat lagi). Kemudian memberi ‘salam’ dia. Kemudian berdiri bersandar dia pada kayu yang ada di dalam masjid, bersandar dia pada kayu itu. Maka keluar dengan cepatnya seorang manusia seraya berkata: ‘Kurang (rakaat) solat.’ Dan, di dalam kaum (yakni, jemaah) yang ada ketika itu ada Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a). Maka takut kedua-duanya berkata-kata sesuatu. Dan di dalam kaum (yakni, makmum yang bersolat) ada seorang lelaki dan digelar ‘panjang tangan’, yakni nama gelarannya ‘tangan panjang’. Maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah memendek engkau akan solat atau terlupa engkau?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak memendekkan aku dan tidak terlupa aku.’ Berkata lelaki itu (menjelaskan): ‘Maka engkau solat dua rakaat!’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) (bertanya kepada para sahabat): ‘Apakah betul sebagaimana kata ‘tangan panjang’ itu?’ Berkata sahabat: ‘Ya.’ Berkata Abi Hurairah (r.a): ‘Maka berdiri Nabi (s.a.w) maka (menyambung) solat dia dua rakaat lagi, kemudian memberi ‘salam’ dia. Kemudian sujud dia dua sujud, kemudian memberi ‘salam’ dia.’ [Hadith Ibnu Majah]
Dalam kes bilamana kita terlupa duduk selepas Sujud pada rakaat kedua, i.e. kita terlupa membaca Tahiyat Awal, Rasulallah (s.a.w) memberikan kita pedoman, iaitu:
1. Jika kita berdiri selepas Sujud kedua pada rakaat kedua itu, tanpa membaca Tahiyat AWal, kita boleh kembali duduk untuk membaca Tahiyat AWal sekiranya kita belum sempurna berdiri; atau,
2. Kalau kita berdiri, dan kita sudah sempurna tegak berdiri, maka dalam situasi ini, kita hendaklah terus berdiri untuk rakaat ketiganya.
Kemudian, setelah selesai membaca Tahiyat Akhir, kita buatlah dua Sujud Sahwi dan kemudian memberi 'Salam'. Inilah panduan dalam tiga hadith berikut:
6. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Bahinah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersolat satu solat, sangka aku adalah dia bersolat Zohor (atau ‘Asar). Maka ketika ada di dalam rakaat kedua berdiri dia sebelum sesungguhnya dia duduk (yakni, duduk untuk membaca Tahiyat Awal, yakni tertinggal). Maka ketika ada sebelum apabila memberi ‘salam’ (yakni, setelah ingat dan sebelum memberi ‘salam’) sujud dia dua sujud (Sujud Sahwi).’ [Hadith Ibnu Majah]
7. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin A’raj (r.a) mengatakan sesungguhnya Ibnu Buhainah (r.a) memberitahu dia: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) berdiri di dalam rakaat kedua solat Zohor terlupa dia duduk (yakni, membaca Tahiyat Awal) sehingga ketika selesai dari solatnya kecuali memberi ‘salam’, sujud dia dua sujud sahwi dan memberi ‘salam’ dia.’ [Hadith Ibnu Majah]
8. Diriwayatkan hadith daripada Mungirah bin Syu’bah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika berdiri salah satu kamu dari dua rakaat maka tidak sempurna (solatnya) berdiri salah seorang kamu dari solat maka duduklah. Maka apakala tidak sempurna kamu berdiri (yakni, terlupa membaca Tahiyat Awal dan baru hendak bangun) maka duduklah (yakni, bacalah Tahiyat Awal). Maka ketika sempurna kamu berdiri jangan duduk dan sujudlah dua Sujud Sahwi. [Hadith ibnu Majah]
Tiga hadith di atas yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat yang berasingan memberitahu kita perlakuan Rasulallah (s.a.w) yang menjadi panduan kita bahawa apakala terlupa membaca Tahiyat Awal pada penghujung rakaat kedua solat kita, maka sebelum member ‘salam’, hendaklah kita membuat Sujud Sahwi dua kali, kemudian barulah memberi ‘salam’.
7. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin A’raj (r.a) mengatakan sesungguhnya Ibnu Buhainah (r.a) memberitahu dia: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) berdiri di dalam rakaat kedua solat Zohor terlupa dia duduk (yakni, membaca Tahiyat Awal) sehingga ketika selesai dari solatnya kecuali memberi ‘salam’, sujud dia dua sujud sahwi dan memberi ‘salam’ dia.’ [Hadith Ibnu Majah]
8. Diriwayatkan hadith daripada Mungirah bin Syu’bah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika berdiri salah satu kamu dari dua rakaat maka tidak sempurna (solatnya) berdiri salah seorang kamu dari solat maka duduklah. Maka apakala tidak sempurna kamu berdiri (yakni, terlupa membaca Tahiyat Awal dan baru hendak bangun) maka duduklah (yakni, bacalah Tahiyat Awal). Maka ketika sempurna kamu berdiri jangan duduk dan sujudlah dua Sujud Sahwi. [Hadith ibnu Majah]
Tiga hadith di atas yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat yang berasingan memberitahu kita perlakuan Rasulallah (s.a.w) yang menjadi panduan kita bahawa apakala terlupa membaca Tahiyat Awal pada penghujung rakaat kedua solat kita, maka sebelum member ‘salam’, hendaklah kita membuat Sujud Sahwi dua kali, kemudian barulah memberi ‘salam’.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah tahu dan faham bagaimana perlu kita bertindak sekiranya kita bertemu dengan situasi-situasi yg disebutkan dalam hadith-hadith tersebut. Dengan membuat dua Sujud Sahwi itu maka tertampunglah kekurang dalam Rukun-rukun solat kita yg kita tertinggal atau terlupa, terkurang atau terlebih. Amin
Jazakallahu khairah
Sekiranya kita lpa prgrakan imam yg strusnya,adakh batal solat kita?
ReplyDeletexfahm la. pergerkn immm mnde
DeleteKalau dah selesai solat, dah salam tapi batu perasan terbuat 3 rakaat tapi sepatutnya 4 rakaat. Kalau solat lagi sekali macam biasa boleh ke?
ReplyDeletemudahkan , jangn susahkan. xperlu solat lagi sekali..
DeleteSaye pon x psti hkum yg tu...
ReplyDeleteSaye pon x psti hkum yg tu...
ReplyDeletesaya nak tanya, kalau macam kita sujud, kemudian bangun untuk tahiyat akhir, tetiba terdetik dalam hati yang saya sujud sekali ke dua kali. tapi saya teruskan je beri salam. sah ke solat saya?
ReplyDelete