Assalamualaikum,
Hari ini begitu sukar untuk menasihatkan seseorang yg iman itu suatu perkara iaitu amalan bid'ah. Ada banyak bid'ah yg diajarkan kepada kita tanpa kita sedari. Kita amalkan seolah-olah perbuatan tersebut adalah kebaikan atau amal makruf. Mungkin kita jahil tentang Islam dan syariatnya, lebih-lebih lagi kita jahil tentang as-Sunnah. Atau, lebih bahaya lagi kita menolak petunjuk apakala diberitahu oleh orang yg tahu.
Mengapakah kita perlu lakukan sesuatu yg bersifat bid'ah? Kita terima hujjah orang alim, i.e. ulama' atau ilmuwan Islam, mengenainya kerana kita sendiri jahil dan ulama' dan para ilmuwan itu kita sanjung sebagai 'pewaris para nabi'. Mereka berilmu, maka manakah mungkin mereka buat atau ajarkan sesuatu yg batil? Itu kata kita.
Tapi, sesiapa yg mempelajari Islam dan syariatnya berpandukan ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah pasti menemui berbagai-bagai perlakuan bid'ah dalam pelbagai ibadah dan amalan, terutama dalam solat. Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya takutilah 'pembaharuan dalam perkara ugama', kerana semua pembaharuan sedemian adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua kesesatan menjerumuskan kita, dengan pasti, ke neraka! Walaupun Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu, walaupun kita diperingatkan bahawa setiap satu pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah, kita berdegil? Hairan, mengapa manusia begitu buta mata!
Kalaulah kita ingin menjadi seorang Islam yg tinggi ketaqwaannya, banyak dan berbagai ibadahnya serta istiqamah dalam beramal, baik segala-galanya, maka kita perlu hanya contohi segala perlakuan Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik bagi orang iman). Kerana, mustahil bagi seseorangIslam itu dapat menyamai Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah dan dalam menjalani kehidupan di dunia. maka, justeru itu, tidak ada hujjah yg membolehkan kita menjadikan orang lain sebagai model ikutan kita dalam apapun.
Kalaulah kita masih inginkan model selain Rasulallah (s.a.w), beliau sendiri syorkan supaya kita contohi perlakuan Nabi Daud (a.s) dalam mengerjakan ibadah dan dalam merangka jadual ibadahnya dan dalam menguruskan dirinya. Kita rujuk hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya (cara atau amalan) bersolat yang paling disukai Allah (a.w) adalah cara (atau amalan) solat Nabi Daud (a.s). Adapun dia tidur separuh malam, berdiri (yakni, bersolat) dia sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Dan, (cara) puasa yang paling disukai Allah (a.w) adalah puasa Nabi Daud (a.s), dia berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan dia tidak lari apabila menghadapi musuh’. [Hadith Bukhari dan Muslim]
[Nota: Disebutkan juga di dalam sepotong hadith lain bahawa Nabi Daud (r.a) tidak mengambil wang kerajaannya (yakni, perbendaharaan Negara) untuk menyara dirinya dan keluarganya, walhal dia berhak sebagai raja yang memerintah. Tetapi, Nabi Daud (a.s) dengan usahanya sendiri menyara hidupnya dan keluarganya dengan bekerja dan mendapat upah dan menjual hasil titik peluhnya, termasuklah membuat dan menjual baju besi. Walaupun dia adalah seorang raja, maka berhak mendapat saraan perbendaharaan negerinya, dia tidak mengambilnya sedikitpun. Hari ini berapa ramai pemimpin atau raja yg mengambil hampir kesemua kekayaan negeri atau negaranya selain membuat pelbagai helah untuk mendapat tambahan bayaran dari kerajaan pula!]
[Nota: Disebutkan juga di dalam sepotong hadith lain bahawa Nabi Daud (r.a) tidak mengambil wang kerajaannya (yakni, perbendaharaan Negara) untuk menyara dirinya dan keluarganya, walhal dia berhak sebagai raja yang memerintah. Tetapi, Nabi Daud (a.s) dengan usahanya sendiri menyara hidupnya dan keluarganya dengan bekerja dan mendapat upah dan menjual hasil titik peluhnya, termasuklah membuat dan menjual baju besi. Walaupun dia adalah seorang raja, maka berhak mendapat saraan perbendaharaan negerinya, dia tidak mengambilnya sedikitpun. Hari ini berapa ramai pemimpin atau raja yg mengambil hampir kesemua kekayaan negeri atau negaranya selain membuat pelbagai helah untuk mendapat tambahan bayaran dari kerajaan pula!]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu model Nabi Daud (a.s) sebagai ikutan kerana:
1. Cara Nabi Daud (a.s) mengatur program ibadah dan amalan malamnya, terutama solat malam, yg amat disukai oleh Allah (a.w), iaitu dia bangun malam mengerjakan solat-solat sunat dan lain-lain amalan selama 4 jam; dan
2. Cara Nabi Daud (a.s) mengerjakan puasa sunatnya, iaitu dia berpuasa sehari kemudian tidak puasa sehari, i.e. dia berpuasa selang hari (Puasa Nabi Daud (a.s))
Daripada kita melakukan pelbagai 'amalan tambahan' yg bersifat bid'ah, lebih baik dan lebih disukai Allah (a.w) kita tiru Nabi Daud (a.s), maka kita lebih diredhai Allah (a.w) dan mendapat ganjaran pahala yg tertinggi. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu takda apa yg disebutkan 'bida'ah hasanah'. Telitilah as-Sunnah, tiada nas dan dalil yg menyebut bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah'. Yg pasti adalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita seperti berikut:
1. Sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan yg tidak didatangkan olehnya, maka amalan atau ibadah tersebut ditolak atau tidak diterima;
2. Sesiapa yg mengamalkan sesuatu yg bid'ah maka segala amalannya - yg wajib dan yg sunat - tidak diterima Allah (a.w);
3. Sesiapa yg mengerjakan bid'ah, maka tanpa disedarinya dia keluar dari Islam;
4. Sesiapa yg mengerjakan bid'ah jatuh syirik tanpa disedari kerana seolah-olah kita akui ada kuasa ketuhanan yg lebih besar, jikapun tidak sama dengan Allah (a.w). [Kerana, Allah (a.w) perintah dalam Ayat 7, Surah al-Hasyr, jangan buat apa-apa yg ditegah Rasulallah (s.a.w)].
5. Sesiapa yg mengajar dan mengembangkan bid'ah telah mengajarkan sesuatu yg batil. Perlakuan sedemikian adalah mengajarkan manusia menentang Allah (a.w). Dia berdosa mengajarkannya. Maka apabila diamalkan oleh orang lain, orang itu mengirim dosa kepadanya, sampai kiamat dunia, selagi ada orang yg mengerjakan apa yg kita ajarkan.
Mudah-mudahan kita mengambil ingatan nasihat ini. Semoga kita menyemak segala amalan dan ibadah kita, supaya tidak dicemari oleh unsur bid'ah. Adalah merugikan kita jikalah kita tergolong dari kalangan mereka yg mengerjakan atau menyebarkan suatu yg batil, dan menghalang pula penyebaran sesuatu yg haq. Mengapakah kita tidak mulakan anjakan paradigma, supaya beniru perlakuan Nabi Daud (a.s) itu, dan tinggalkan yg bid'ah? Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment