Assalamualaikum,
Kita teruskan perbincangan kita tentang tajuk ini. Setakat ini kita telah teliti kaedah bersolat itu sampai ke tahap membaca Ummul Kitab (i.e. al-Fatihah) dan kemudian satu surah. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa solat tanpa membaca al-Fatihah tidak sah. Kita ada dua pilihan untuk memulakan bacaan al-Fatihah: iaitu, cara pertama, membaca al-Fatihah tanpa mendahului membaca 'Basmalah'; dan cara kedua, mendahului bacaan al-Fatihah (dan surah) dengan membaca 'Basmalah' tetapi tidak dijaharkan (i.e tidak dikuatkan atau dikeraskan bacaan), memadai didengari oleh kita sendiri.
1. Diriwayatkan hadith daripada Wail bin Hujar (r.a) katanya: ‘Telah aku dengar akan Nabi (s.a.w) telah membaca ia 'ghairil makdhubi ‘alaihim walad-dhollin' di dalam solat berjemaah dan aku saorang daripada makmumnya. Kemudian daripada sudah habis Fatihahnya itu iapun mengucap ‘Amin’ maka dikatanya ‘Amin’ oleh makmum.’ [Tambah Wail lagi] ‘Bahawa Rasulallah (s.a.w) menguatkan ucapan ‘Amin’ itu akan suaranya supaya didengar oleh makmumnya kerana manakala makmum mendengar ‘Amin’ imam itu, maka makmumpun turut ikut belaka menyebut ‘Amin’.’ [Hadith Hassan at-Termidzi].
Kita juga mendapat tahu bahawa setiap kali kita baca al-Fatihah, Allah (a.w) menjawab bacaan kita. Tiga ayat pertama al-Fatihah merupakan pujian dan sanjungan kita terhadap Allah (a.w) dan tiga ayat terakhirnya pula adalah permintaan kita kepada Allah (a.w), bilamana Allah (a.w) menunaikan permintaan kita. Maka dengan itu, adalah kurang sopan jika kita, dalam solat, membaca al-Fatihah dengan terburu-buru dan dengan memnyambung ayat-ayatnya membacanya dalam satu nafas.
Mengikut sepotong hadith lain, disebutkan fadilat atau ganjaran pahala menyebut ‘Amin’ itu, iaitu:
2. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) hadith daripada Rasulllah (s.a.w) sabdanya: ‘Apabila Imam menyebut ‘Amin’ kemudian daripada (selesai membaca) al-Fatihahnya, maka hendaklah mengucap sekelian kamu (makmum) ‘Amin’ itu. (Sabda Nabi (s.a.w)): ‘Barangsiapa muafakat mengucap aminnya (yakni serentak) dan para malaikat yang menyahut ‘Amin’ itu serentak pula, maka diampunkan Allah (a.w) baginya (i.e. bagi Imam dan makmum) akan dosanya yang terdahulu.’ [Hadith Sahih at-Termidzi dan an-Nasa’i]

Ada beberapa perkara yg wajib kita ambil ingatan dalam konteks sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat} [Hadith Bukhari]. Antara yg tidak diambil perhatian adalah berapa kalikah kita perlu mengangkat kedua tangan dalam rukun fe'li solat itu. Pertama, ketika memulakan solat membaca Takbiratul Ikhram, kemudian kali kedua ketika bertakbir untuk Ruku' dan ketiga kalinya ketika bangun dari Ruku' untuk Iktidal. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut:
3. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasullah (s.a.w) apabila memulai dia dengan solatnya mengangkat dia akan dua tangannya sambil mengucapkan Takbiratul-ikhram (i.e. Allahu Akbar), angkatannya itu sehingga membetuli dua bahunya. Kemudian iapun membaca [al-Fatihah dan surah al-Quran]. Kemudian apabila dia hendak Ruku’ mengangkat tangan pula dia serta mengucap takbir (yakni, ). Dan apabila bangun daripada Ruku’ pula mengangkat kedua tangannya dan begitu juga mengangkat Nabi (s.a.w) akan dua tangannya apabila mengangkat dia akan kepalanya daripada Sujud (yakni, untuk bangun rakaat berikutnya), maka jadilah jumlah dia mengangkat tangan pada [rakaat] pertama tiga kali angkat kedua tangannya.’ [Hadith Hassan Sahih at-Termidzi].
Oleh yg demikian, kita haruslah ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam perlakuan mengangkat tangan itu.
Setelah kita selesai membaca surah, kita hendaklah Ruku'.
Bagaimana Rasulallah (s.a.w) Ruku'? Kita menyebut Takbir (i.e. 'Allahu Akbar') sambil mengangkat kedua tangan kita sehingga ibu jari sejajar dengan cuping telinga kita (atau, jika kita mulakan Takbiratul Ikhram, sejajar dengan bahu kita, maka hendaklah sejajar dengan bahu juga), kemudian kita Ruku'. Kita baca Tasbih Ruku' iaitu 'Subhana rabbial 'azim' (3x), setelah meletakkan kedua-dua telapak tangan kita di atas lutut kita, dengan memegang lutu kita. Setelah selesai membaca Tasbih Ruku', kitapun bangun semula tegak sambil membaca Tasbih, iaitu 'Sami-ullahi liman hamidah' (sekali saja) untuk Iktidal. Jika kita menjadi imam kita baca Tasbih tersebut, dan ketika sudah tegak berdiri, kita bacalah Tasbih tambahannya, iaitu 'Rabbana lakal-hamdu'.
4. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) (atau disebut: Ibnu Omar) katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan dia akan solat mengangkat dia akan dua tangannya sambil mengucap Takbiratul Ikhram, angkatnya itu hingga membetuli dua bahunya. Kemudian diapun membaca Doa Iftitah. [Nota: Perlakuan selepas dan sebelum tidak disebutkan dalam hadith ini]. Kemudian apabila dia hendak Ruku’ mengangkat (kedua) tangannya pula dia serta mengucap Takbir (yakni, )’. [Hadith sahih at-Termidzi]
[Dalam as--Sunnah ada lagi Tasbih tambahan ketika selesai membaca 'rabbana ...' itu. kalau dibaca baik tidak dibacapun tak apa]. Kalau kita seorang makmum, ketika Imam membaca 'Samiallahu liman hamidah', hendaklah kita ikuti Imam untuk terkemudian sedikit, dan jangan mendahului imam, sambil membaca Tasbihnya, iaitu: 'rabbana lakal hamdu' sahaja tanpa menyebut 'Samiallahu liman hamidah' itu.
Selepas berhenti sekejap semasa I'ktidal (i.e. ketetapan Tomakninah), kitapun membaca Takbir (i.e. 'Allahu Akbar') sambil tunduk untuk Sujud. Rasulallah (s.a.w) mendemokan bagaimana hendak Sujud dengan bertakbir (i.e. baca 'Allahu Akbar') ketika membongkok untuk Sujud.
5. Diriwayatkan hadith daripada Ibn Mas’ud (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersadba: ‘Apabila Ruku’ salah seorang daripada kamu bagi solat, barangmana solat fardu atau sunat, kemudian mengucap dia dalam Ruku’nya akan lafaz ‘Subhana-rabbial–a’zim’ tiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna Ruku’ solatnya. Dan demikian itulah sekurang-kurang sempurna mengucap tasbih didalam Ruku’ itu. ‘[Sabda Nabi (s.a.w) lagi] dan apabila Sujud seseorang akan solatnya maka berkata dia di dalam sujudnya itu akan tasbih ini, iaitu ‘Subhana-rabbial-‘ala’ tiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna sujudnya. [Sabda Nabi (s.a.w) pula] bermula yang demikian itu sekurang-kurangnya.’ [Hadith maqtu’q yang dikeluarkan oleh Imam Shafie]
Mengikut sepotong hadith lain pula, disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) juga membaca sedemikian semasa Ruku’ dan Sujud:
6. Diriwayatkan daripada Khuzaifah (r.a) katanya: ‘Bahawasanya ia telah solat berjemaah beserta Nabi (s.a.w), serta melihat dengan mata kepalanya akan perbuatan Nabi (s.a.w) dan mendengar ia dengan telinganya akan apa yang diucap Rasulallah (s.a.w), (katanya lagi) ‘Maka adalah Nabi (s.a.w) berkata ia di dalam ruku’nya akan ‘Subhana-rabial-‘azim’ dan didalam sujudnya diucapnya ‘Subhana-rabbial a'la’, Katanya lagi, ‘Dan tiada datang ia membaca satu ayat Quran yang dibacanya daripada ayat rahmat melainkan berhenti ia dan meminta ia akan rahmat itu, yakni dengan doanya dan tiada datang ia atas satu ayat Quran yang dibacanya melainkan wakaf pula dan minta berlindung daripada Allah (a.w) seperti yang dikatanya. [Hadith hasan dan sahih, Riwayat at-Termidzi]
[Nota: Kita diajarkan menyebut kalimah yang sama iaitu 'Subhanarabbial ‘azimi , tetapi ditambah dengan kalimah ‘wa-bihamdihi’. Para ulama' mengatakan bahawa ada hadith, tetapi hadith dhaif, yg terdapat kalimah tambahan tersebut. Di dalam menetapkan sesuatu ketetapan dalam Islam, hendaklah diterima hadith yg sahih dan meninggalkan yg dhaif. Ualama' muhadithin sepakat bahawa hanya kalimah 'subhanarabbial 'azim' ketika Ruku' dan kalimah 'subhanarabbial 'ala' sahaja ketika Sujud].

Bagaimana perlakuan Sujud itu? Di dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa setelah selesai Iktidal, dia membongkokkan badannya dan kakinya, kemudian meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada tempat solat dahulu sebelum meletakkan kedua-dua lututnya.
7. Diceritakan kepada aku (kata an-Nasa’i) oleh Ishak bin Mansor (r.a) yang berkata dia diberitahu oleh Yazid bin Haron (r.a) yang berkata telah diberitahu kepadanya oleh Syarik daripada ‘Asim bin Kulaibin (r.a) hadith daripada bapanya hadith daripada Wail bin Hujrin (r.a) berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika Sujud meletakkan kedua-dua lututnya sebelum (meletakkan) kedua tangannya, dan ketika bangun dari Sujudnya mengangkat kedua tangannya dahulu sebelum kedua-dua lututnya.’ Berkata Abu Abdul Rahman (yakni, Imam an-Nasa’i): ‘Tidak mengatakan begini daripada Syarik selain Yazid bin Haron, Wallahu ‘Alam’. [Hadith dhaif an-Nasa’i]

Jika kita memerhatikan saudara-saudara kita yg bersolat - sama ada berseorangan atau berjema'ah - kita dapati jarang sekali mereka lakukan sebagaimana yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), seperti hadith di atas itu. Yg lazim adalah mereka membongkok, meletakkan kedua-dua lututnya dahulu kemudian barulah mereka meletakkan kedua telapak tangan mereka ke tempat Sujud itu. Mengikut as-Sunnah perlakuan yg lebih disukai oleh Rasulallah (s.a.w) adalah kaedah pertama, iaitu meletakkan kedua telapak tangan ke tempat Sujud dahulu kemudian barulah meletakkan kedua-dua lutut.
Apabila kita hendak Sujud hendaklah kita hulurkan kedua tangan kita diletakkan di atas sejadah, terbuka jari-jarinya, melekapkan di atas sejadah, kemudian baru kita letakkan kedua-dua lutut kita, dengan jari-jari kaki ditegakkan. Kita dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) meletakkan lengan kita atas sejadah, sebagaimana anjing tidur meletakkan kedua-dua tangannya selari dengan tempat tidurnya.
8. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika Sujud salah seorang kamu maka janganlah kamu menjatuhkan lutut kamu seperti menjatuhkan unta (menjatuhkan kedua-dua kaki dan lututnya), dan meletakkanlah kedua tangan kamu sebelum meletakkan kedua lutut kamu.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Dan, juga dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan perkara yg sama:9. Diriwayatkan hadith oleh Wail bin Hujri (r.a) dengan katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasulallah (s.a.w) akan solatnya iaitu apabila Sujud ia menghantar ia akan dua lututnya dahulu daripada dua tangannya. Maka apabila sudah turun lutut dahulu maka diapun meletakkan tangannya langsung Sujud dan apabila bangun Rasullah (s.a.w) kerana berdiri, mengangkat dia akan dua tangannya dahulu daripada dua lututnya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Semasa Sujud hendaklah kita pastikan tujuh anggota Sujud kena pada sejadah (i.e. umumnya, tempat solat).
10. Diriwayatkan daripada Abi Humaidi bin al-Saidi (r.a): ‘Bahawasanya adalah Nabi (s.a.w) apabila dia Sujud membolehkan hidung dan dahinya kena bumi (yakni, tempat sujud, seperti tikar atau sejadah), dan kedua-dua tangannya renggang dari dua lembongnya (yakni, bahagian perut atau badannya), dan meletakkan telapak tangannya membetuli (yakni bersetentangan dengan) dua bahunya. Demikianlah kelakuan Nabi (s.a.w) Sujud itu.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Setelah sempurna Sujud kita kita bacalah Tasbihnya, iaitu 'Subhana rabbial 'ala' (3x) (i.e tanpa 'wabihamdihi' itu). Kemudian kitapun bangun sambil membaca Takbir (i.e. 'Allahu Akbar') dan dududuk secara iftirasy (i.e. bahagian pongging kiri diletakkan atas tumit kaki kiri yg dilipatkan sedikit, dan bahagian kanan ponggong kita letakkan ats tempat solat, dengan mendirikan jari-jari kakikanan, ditegakkan. Setelah sempurna Duduk antara Dua Sujud itu, kita baca Tasbihnya, iaitu' yg terpendek, 'Rabbighfirli, rabbighfirli' atau Tasbih yg lebih panjang pun ada. namun, memadai kalimah Tasbih yg disebutkan. Kemudian kita Sujud buat kali kedua, sambil menyebut Takbir (i.e. 'Allahu Akbar', kemudian membaca Tasbih Sujud, iaitu 'Subhana rabbial 'ala' (3x). Setelah selesai kitapun bangkit untuk berdiri bagi rakaat keduanya sambil membaca Takbir (i.e. 'Allahu Akbar'), kemudian kita lakukan sebagaimana rakaat pertama, i.e. membaca 'Basmalah' tanpa didengari oleh orang lain diikuti dengan bacaan al-Fatihah dan satu surah, pada rakaat kedua itu.
Soalnya: Adakah apa-apa perbezaan antara yg diajarkan dan yg kita lakukan berbanding dengan cara Rasulallah (s.a.w) lakukan? Cuba kita teliti semula dan semak dan bandingkan.
1. Cara mengangkat kedua tangan sambil membaca 'Basmalah' semasa hendak Ruku' dan kemudian ketika hendak I'ktidal. Maka dengan itulah di dalam al-Hadith disebutkan perlakuan mengangkat tangan itu tiga kali, iaitu: sekali, ketika Takbiratul Ikhram; kedua, ketika hendak Ruku' dan ketiga, ketika bangun dari Ruku' untuk I'ktidal.
2. Ketika bangun dari Ruku' (i.e. 'Samiallahu liman hamidah'), bacaan kalau Imam dan bacaan kalau makmum (i.e. 'Rabbana lakal hamdu');
3. Rukun Qauli ketika bangun dari Ruku' untuk I'ktidal, dan kemudian selepas I'ktidal untuk Sujud;
4. Kalimah Tasbih untuk Ruku' (i.e. 'Subhana rabbial 'azim'), yg kita tambah dengan 'wabihamdihi' yg tidak disebut oleh Rasulallah (s.a.w);
5. Kalimah Tasbih untuk Sujud (i.e. 'Subhana rabbial 'ala'), yg kita tambah dengan kalimah 'wabihamdihi', yg tidak disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Demikianlah, setakat ini, perbezaan antara rukun fe'li dan rukun qaula dalam solat yg kita amalkan berbanding dengan perlakuan Rasulallah (s.a.w). Jikalah, setiap 'tambahan' atau 'kelainan' itu tergolong sebagai bid'ah, maka rugilah kita. Kita tidak mendapat pahala kerana bersolat berlainan dari cara Rasulallah (s.a.w) bersolat, dan segala pahala amalan dan ibadah kita gugur, dan seolah-olah pula kita tidak bersolat, kerana solat kita tidak diterima Allah (a.w)! Wal iya zubillah.
Jazakalahhu khairah
No comments:
Post a Comment