Sunday, January 17, 2010

Buktikan kesyukuran kepada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara kita ini diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk merasai nikmat hidup di dunia semata-mata kerana kerahmatan dan ikhsan Allah (a.w). Namun kita tidaklah dijadikan Allah (a.w) atau diberi peluang hidup di dunia ini tanpa tujuan dan tanpa bersyarat! Allah (a.w) memberi kita tahu dalam Ayat 56, Surah az-Zariat bahawa kita dijadikan Allah (a.w) (i.e. diberi peluang hidup) semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaNya. Apakah yg dimaksudkan dengan pengabdian kepada Allah (a.w) itu? Bagaimana mengabdikan diri kita kepadaNya?
Pengabdian yg dimaksudkan dalam Ayat 56, Surah az-Zariat itu adalah menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa'; iaitu:
1. Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) kerjakan apa-apa yg disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa yg dilarang tanpa pengecualian;
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), yakni kerjakan apa yg disuruh dan diperintah oleh Rasulallah (s.a.w) sekuatmampu dan tinggalkan segala yg ditegah atau dilarang olehnya tanpa pegecualian;
maka pasti dimasukkan ke dalam syurga Allah (a.w). Ini adalah janji yg pasti, maksudnya jika kita berjaya dalam dua ketaatn ini, wajib mendapat syurga.
Kemudian, sebahagian yg utama dalam konsep pengabdian itu adalah manusia itu diberi peringatan tentang ancaman Allah (a.w) jika tidak akur dengan perintah dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, iaitu ancaman dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'; iaitu:
1. Tidak taatkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. tidak ikuti perintah al-Quran); dan/atau;
2. Tidak taatkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. tidak ikuti perintah Rasulallah (s.a.w) di dalam as-Sunnah; dan/atau;
3. Melanggar had atau sempadan perintah yg dilarang (i.e. tidak buat apa yg disuruh dan lakukan apa yg ditegah atau dilarang);
maka pelanggaran ketiga-tiga di atas itu mewajibkan kita dimasukkan ke dalam neraka Allah (a.w).
Walaupun begitu, Allah (a.w) memberi peluang kepada manusia yg berdosa itu bertaubat, dan jika taubatnya diterima Allah (a.w), maka terhapuslah dosanya, maka terlepaslah dia dari terkena ancaman dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu.
Seseorang yg melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sejajar dengan ketetapan Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' itu, merekalah orang yg bersyukur dengan pemberian Allah (a.w). Sejajar dengan itu jugalah wajib bagi seseorang yg Islam mengikuti sekuat mampunya contoh perbuatan Rasulallah (s.a.w), kerana model ikutan terbaik bagi manusia contohi hanyalah Rasulallah (s.a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) didiberi taraf 'uswatun hasanah' oleh Allah (a.w). Tambahan pula, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa sesiapa taatkan Rasulallah (s.a.w), i.e. ikuti perintah dan suruhannya, yakni buat apa yg beliau suruh dan tinggalkan apa yg beliau tegah, maka kita diiktiraf Allah (a.w) sebagai telah mentaati Allah (a.w). Justeru itu, bagi seorang Islam yg beriman itu Rasulallah (s.a.w) adalah guru dan pembimbing ke arah mentaati Allah (a.w). Sesiapa yg ikuti Rasulallah (s.a.w), i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah pastilah seorang Islam yg beriman yg terbaik dan memiliki tahap ketaqwaan yg ulong.
Sehubungan itu, kita yg Islam wajib bersyukur kepada Allah (a.w) dan mensyukuri panduan yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Bagaiman kita boleh menunjukkan kesyukuran kita? Ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah:
1. Diriwayatkan hadith daripada Ziad bin ‘Alaqah (r.a) yang mendengar Mughirah (r.a) berkata: ‘Berdiri Rasulallah (s.a.w) (bersolat) sehingga bengkak telapak kakinya. Maka dikatakan (oleh para sahabat kepadanya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sungguh-sungguh Allah (a.w) telah mengampunkan dosa-dosa engkau apa yang terdahulu daripada dosa-dosamu dan apa-apa yang mengakhirkan oleh engkau akan dosa-dosa engkau.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah tidak ada aku ini seorang hamba yang syukur kepada Allah (a.w)?’ [Hadith Ibnu Majah]
2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Salleh (r.a), hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) bersolat sehingga bengkak telapak kakinya. Maka dikatakan (oleh para sahabat) kepadanya: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) sungguh-sungguh telah mengampunkan dosa-dosa engkau apa-apa dosa kamu yang terdahulu daripada dosa-dosa engkau, dan apa-apa yang mengakhirkan dosa-dosa engkau (yakni, dosa-dosa yang kemudian).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah tidak ada aku ini hamba yang syukur kepada Allah (a.w).’ [Hadith Ibnu Majah]
Kedua-dua hadith di atas itu memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah seorang yg maksum,ie.e tidak berdosa, kerana segala dosa-dosanya sebelum dinagkat menjadi Rasulallah (s.a.w) dan selepas diangkat menjadi Rasulallah (s.a.w) telahpun diampunkan Allah (a.w). Namun beliau mengerjakan segala perintah Allah (a.w). malah ketika bersolat dia, maka dia lama bersolat dengan membaca surah-surah yg panjang serta berzikir dan berwirid dan berdoa dan seumpamanya, sehinggakan kakinya bengkak, sebagai membuktikan atau memanifastasikan kesyukurannya terhadap Allah (a.w). Tanda-tanda kesyukuruan itu adalah mengerjaka segala ibadah dan amalan yg difardukan dan kemudian ditambah dengan amalan dan ibadah yg disunatkan.
Maka dengan itu, sesiapa yg tidak bersolat atau mengerjakan solatnya acuh tak acuh atau tanpa kekyusyukan yg sewajarnya atau sambil lewa atau malu ditegur manusia, adalah orang yg tidak bersyukur. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa solat adalah ibadah yg terutama dalam Islam . Solat adalah ibadah yg menentukan seseorang itu boleh mendapat syurga atau masuk neraka. Solatlah menjadi tiang ugamanya. Solatlah ibadah yg utama dihisab diakhirat kelak. Jika selamat dia dalam hisaban solatnya, maka selamatlah dia dalam hisaban ibdah-ibdah wajib elainnya!
Semoga kita sedar dan disedarkan sentiasa tentang tanggung jawab kita kepada Allah (a.w) dan sentiasa membuktikan kesyukuran kita kepadanya dengan mematuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yg sentiasa bersyukur kepada Allah (a.w) dan RasulNya dan tidaklah kita tergolong dalam kalangan orang yg ingkarkan as-Sunnah kerana Allah (a.w) memerintahkan kita supaya ikuti as-Sunnah, i.e. Ayat 7, Surah al-Haysr, yakni ambillah segala sesuatu yg dibawakan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya. Pendeknya, ikutilah as-Sunnah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment