Assalamualaikum,
Kita telah diberitahu keutamaan Hari Jum'at itu kerana ianya adalah 'Pengghulu Hari' dalam Islam dan pada hari Jum'at itu kesemua makhluk ciptaan Allah (a.w) akan merasagerus kerana jikalah berlaku kiamatnya dunia, kerana kiamat itu berlaku pada hari Jum'at. Kita telahpun teliti beberapa peristiwa penting dalam Islam berlaku pada hari Jum'at. Malah kaum-kaum yg durhaka zaman silam kesemuanya dihapuskan apabila turunnya bala Allah (a.w) pada hari Jum'at - Kaum Lot (Sodom dan Gomorah), Kaun Ad (kaum Nabi Saleh (a.s), Kaum Thamud (kaum Nabi Noh (a.s), firaun ditenggelamkan di laut Merah - kesemuanya hancur pada hari Jum'at. Tapi, Rasulallah (s.a.w) bersabda hanya manusia yg tidak gentar dengan kedatangan Hari Jum'at itu. Sehinggakan pada malam Jum'at (i.e. Khamis malam) ramai umat islam yg menghabiskan masanya dikelab-kelab eksklusif membuat pelbagai maksiat!
Apakah kefadhalan atau ganjaran pahala kepada mereka yg bersegera ke masjid untuk solat Jum'at? Kita teliti hadith-hadith berikut.
Bersegera Pergi ke masjid untuk Solat Jumat
Hadith di bawah ini pula menjelaskan fadilat seseorang yang bersegera ke mesjid untuk solat Jum’at. Disebutkan dalam hadith ini oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa para malaikat menunggu-nunggu kedatangan jemaah ke mesjid di kesemua pintu mesjid dengan mencatit kedatangan mereka. Mereka yang datang awal ke mesjid ditulis oleh para malaikat pahala yang lebih.
Diumpamakan dalam hadith ini (dan hadith berikutnya) mereka yang mendahului jemaah di masjid itu seolah-olah berqurban seekor unta, kemudian sedikit berqurban seekor lembu dan sehinggalah, fadhilat yang terkecil sekali seumpama, sebutir telur. Apabila imam mula berkhutbah ditutup buku catitan oleh malaikat yang mencatit, dan mereka turut sama mendengar khutbah imam, jemaah yang dating dianggap hadir untuk solat Jum’at seolah-olah memenuhi syaratnya sahaja (yakni, syarat minima) untuk bersolat. Tidak ada pahala atau ganjaran tambahan bagi mereka.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada hari Jumat, ada atas tiap-tiap pintu dari beberapa pintu mesjid (ada hadhir) malaikat yang menulis mereka pada manusia (yang datang ke mesjid) atas kadar tempat (yakni, kedudukan) mereka. Yang awal ditulis (oleh malaikat) orang yang awal. Maka ketika keluar imam (untuk berkhutbah) ditutupnya buku (atau kitab) catitan mereka, dan mendengar mereka (yakni, malaikat bersama-sama makmum dari kalangan manusia) khutbah. Maka orang yang datang awal ke mesjid (untuk solat) seumpama membawa hadiah (sedekah) seekor unta. Kemudian orang mengikutnya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor lembu. Kemudian mereka yang mengikutinya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor kibas (kambing). [Sehinggalah disebutkan oleh perawi hadith ini seekor ayam jantan, dan ditambah oleh Sahli (perawi lain) pada hadith ini sebiji telur ayam] Maka barangsiapa yang datang (ke masjid) selepas itu (yakni, apabila imam atau khatib memulakan khutbahnya), maka sesungguhnya datang dia dalam haq untuk bersolat (yakni, semata-mata hadhir sahaja untuk bersolat, tiada pahala tambahan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Maka dengan itulah para ulama’ menyuruh kita menyegerakan diri kita ke mesjid supaya mendapat ganjaran pahala seumpama mensedekahkan seekor unta dan jangan melambatkan datang ke mesjid. Apabila khutbah bermula mereka yang sampai hanya mendapat cuku syarat hadir (yakni, in attendance) untuk bersolat Jum’at, tanpa mendapat pahala tambahan.
2. Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) membuat misalan pada solat Jum’at kemudian (yang datang awal) berpagi-pagi (mereka ke mesjid untuk bersolat) sebagaimana menyembelih (qurban) seekor unta, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor lembu, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor kambing, sehinggalah disebutkan (seumpama menyembelih) kurban seekor ayam jantan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Jelaslah betapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh mereka yang bersegera menghadirkan diri di mesjid untuk solat Jum’at itu. Walapun begitu, ramai umat Islam yang menunggu di saat-saat akhir, apakala imam/khatib hampir hendak berkhutbah atau hampir hendak memulakan solat, baru bergerak ke mesjid kerana mereka tidak tahu kefadhalan mendengar khutbah dan datang awal ke mesjid. Ada juga yang datang awal, tetapi menghabiskan masa berbual-bual kosong, terkadang mengata orang pula. Jadi sudahlah tidak mendapat pahala tambahan yang disediakan, mendapat dosa tambahan pula!

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment