Assalamualaikum,
Telah banyak kita pelajari melalui ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. namun sebagai manusia kita lalai atau dilalaikan. Orang yg paling utama melalaikan kita adalah syaitan yg telah berikrar untuk menjerumuskan kesemua anak Adam supaya bersma-samanya masuk neraka, kerana dia tidak dapat masuk syurga setelah dilaknat Allah (a.w) kerana ingkar, angkuh dan sombong.
Justeru itu siapapun kita janganlah angkuh dan sombong, jangan bangga diri kerana apapun, termasuk kerana pangkat dan darjat atau keturunan. janganlah bangga atau ujub diri, kerana kita lebih baik, lebih hebat atau lebih pintar dari orang lain. Kesemua sifat-sfat sedemikian adalah sifat-sifat syaitan.
Kita trlupa mengiran waktu dan masa, kerana kesebokan dunia dan disebokkan oleh banyak orang dan banyak perkara dalam kehidupan harian kita. Sebokanlah sedkit diri kita kerana menyemak ilmu dan amalan, dan membetulkan sesuatu yg silap atau menyeleweng. Hanya panduan al-Quran dan as-Sunnah yg haq. janganlah ikutkan pendapat dan pandangan manusia dalam amalan dan ibadah, kerana mungkin mereka sendiri jahil atau tidak sempurna ilmunya. Dalam ibadah hendaklah kita pastikan yg bercakap itu bersandarkan dua ilmu sahaja, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, bukan ilmu yg diasaskan kepada manusia, walaupun bagaimana alim dan tersohorpun mereka.
ingatlah, kita hidup akan mati. Dan, kematian itu tidak mengiran siapa dan berapa lama sudah kita hidup di dunia. Esok mungkin kita tiada - walaupun kita baru meraikan hari lahir 30 atau 40 atau 50 atau 60 tahun! Malah pagi ini kita bernyawa, mungkin petang nanti kita sudah dipanggil.
Sesiapa yg mempelajari ilmu as-Sunnah diberitahu bahawa malaikal maut itu melawat kita sehari semalam 7 kali! Apabila kita tidur, roh (atau nyawa) kita diambil olehnya, kemudian akan dikembalikannya sekiranya tempoh ajal kita belum sampai. Tapi, malaikat rahmat itu melawat kita sehari semalam 100 kali untuk nmendoakan kesejahteraan kepada kita jika didapatinya mengerjakan amal dan ibadah. Tapi, jika ada benda-benda berupa patung, gambar ukiran timbul atau anjing di dalam rumah, malaikat rahmat tidak masuk ke rumah kita. Rugilah kita. Kerana doa dan lapuran malaikat rahmat itu baik bagi kita. Maka dengan itu, walaupun kita kaya dan ternama, hindarilah menyimpan ukiran yg menyerupai manusia atau benda-benda bernyawa di dalam rumah. Malaikat rahmat juga tidak masuk ke rumah jika di dalamnya ada orang yg masih berjunub belum mandi junub.
Semoga kita sentiasalah terpelihara dari membuat sesuatu yg tidak menguntungkan akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment