Assalamualaikum,
Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu Solat Subuh dan Solat 'Asar. Di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu Subuh dan ketika masuk waktu 'Asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'Asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu Subuh, dan ketika masuk waktu Subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah (a.w) ketika masuk waktu 'Asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa Solat Subuh dan Solat 'Asar itu 'dipersaksikan'.
Kenapakah Solat Subuh dan Solat ‘Asar itu mudah diabaikan atau tertinggal? Solat Subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat Asar itu pula adalah ketika manusia sebok dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat Subuh dan Asar itu begitu pendek pula. Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya. Maka dengan itulah mengikut sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq. Di dalam hadith berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam Solat Fajar (Subuh) dan Solat ‘Asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah (a.w) dan Dia (Allah (a.w) adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ [Hadith an-Nasa’i]
Malaikat ditugaskan oleh Allah (a.w) meneliti perlakuan manusia setiap hari. Mereka bertugas mengikut dua ‘syif’ (giliran), iaitu syif siang dan syif malam. Malaikat syif malam turun ke dunia waktu ‘Asar dan naik ke langit waktu Subuh; manakala malaikat siang turun ke dunia waktu Subuh dan naik ke langit waktu ‘Asar. Pada kedua-dua waktu tersebut malaikat kedua-dua ‘syif’ berkumpul di dunia. Apabila naik ke langit mereka akan ditanya oleh Allah (a.w) (walaupun Allah (a.w) apa maha tahu apa yang berlaku) dan mereka melapurkan kepada Allah (a.w) sama ada manusia mengerjakan solat mereka atau tidak. Justeru itu, bagi mereka yang mengerjakan kedua-dua solat ibadah mereka diperhatikan atau disaksikan oleh dua kumpulan malaikat tersebut. Maka beruntunglah mereka kerana bukan sahaja dicatitkan telah bersolat tetapi dicatitkan oleh dua kumpulan malaikat pula. Oleh kerana malaikat itu sentiasalah mendoakan manusia yang mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), maka banyaklah kefadhalannya mereka yang tidak meninggalkan kedua-dua solat tersebut. Itulah yang dimaksudkan oleh hadith di atas itu.
Maka demikian itulah disebutkan di dalam hadith menjelaskan apakah maksud firman Allah (a.w) dalam Ayat 77, Surah al-Isyra’, iaitu:
2. Diriwayatkan hadith oleh Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lebih utama kepada umat Islam solat berjemaah atas solat bersendirian kamu (yakni, solat secara bersendirian) dengan dua puluh lima (25) (gandaan) pahala. Dan, berkumpul para malaikat ‘syif’ malam dan ‘syif’ siang di dalam Solat Fajar (Subuh) dan membacalah jika kamu mahu (ayat-ayat al-Quran): ‘Wa-quranal fajri inna quaranal fajri kana masyhuda.' [Maksud: Dan kerjakanlah solat Fajar (yakni, solat Subuh) itu bahawasanya solat Fajar itu adalah dipersaksikan (oleh para malaikat)][Ayat 77, Surah al-Isyrak][Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas menyebut tentang pertukaran giliran kerja malaikat. Maka dengan itulah Allah (a.w) menyuruh manusia supaya manusia jangan leka dari bersolat solat Subuh dan solat ‘Asar, kerana semasa kedua-dua solat tersebut, dua kumpulan malaikat memerhatikan manusia yang mengerjakan solat-solat tersebut. Solat Subuh itu, sabda Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh dua kumpulan malaikat, iaitu malaikat yang bertugas siang dan malaikat yang bertugas malam. Bagi mereka yang beriman dan ingin pula meraih pahala sebanyak mungkin dengan amalan atau ibadah yang sedikit, wajarlah memberi tumpuan kepada mengerjakan kedua-dua solat tersebut untuk mendapat manfaat penyaksian tersebut. Dua golongan malaikat akan melapurkan kepada Allah (a.w), ketika ditanya, bahawa mereka mengerjakan solat Subuh dan solat Asar.
Di dalam sepotong hadith lain, kita diberitahu bahawa Allah (a.w) dengan diriringi oleh para malaikat, termasuk Jibrail (a.w), akan turun ke langit dunia mulai masuk waktu sepertiga malam setiap malam untuk memberi anugerah pahala, pengampunan dan perkenankan permintaan hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta semasa mereka membuat solat-soat dan lain-lain amalan waktu malam. Maka banyaklah pahala bagi mereka yang inginkan pelbagai ganjaran pahala serta keampunan jika bangun sepertiga akhir malam membuat qiamul-lail. Ini berlaku setiap malam. Maka beruntunglah mereka yang dapat menyedikitkan tidur dan memperbanyakkan berjaga malam untuk membuat amalan tambahan.
[Nota: Maka dengan itulah di dalam sepotong hadith, Rasulallah s.a.w) memberitahu kita tentang nasihat ibu kepada Nabi Sulaiman (a.s) bahawa sesiapa yang membanyakkan tidur, maka mereka menyedikitkan pahala dan akan menjadi faqir (yakni, miskin) di akhirat kelak. Faqir kerana tidak membawa banyak pahala untuk timbangan pahalanya.]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment