Wednesday, January 6, 2010

Doa - Cara dan Adab (sambungan)

Assalamualaikum,
Kita teliti lagi adab dan tatasusila berdoa itu mengikut panduan as-Sunnah.
(vi) Jangan Telangkupkan Telapak Tangan
(vii) Doa Di Luar Solat

Jikalau kita sering memerhatikan perlakuan orang Melayu berdoa, terutama semasa mengerjakan majlis tahlil pelbagai, termasuk tahlil arwah, kita akan dapati ada kala dan ketikanya kita telangkupkan telapak tangan kita, yakni, telapak tangan terbuka ke bawah pula! Ini adalah bertentangan dengan amalan atau perlakuan Rasulallah (s.a.w). Malah tidak pernah dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Mengapa? Ini menunjukkan satu bentuk amalan atau perlakuan yang kita buat kerana kejahilan mengenai ilmu as-Sunnah, seperti dijelaskan di dalam hadith berikut:
6. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika berdoa kamu kepada Allah (a.w) maka berdoalah dengan telapak tangan kamu ke atas. Dan janganlah kamu berdoa di belakang telapak tangan kamu (yakni, telapak tangan ke bawah). Maka apabila selesai berdoa, maka usapkan (atau sapulah) wajah (atau muka) kamu dengan kedua-dua telapak tangan kamu.’ [Hadith Ibnu Majah]
7. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Janganlah menutupi tembok-tembok. Barangsiapa melihat (atau membaca) surat saudaranya tanpa izinnya, maka melihat ke dalam api neraka. Mintalah (berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan telapak tanganmu, jangan memohon dengan belakang tanganmu. Apabila telah selesai (berdoa), usaplah dengan telapak tanganmu wajahmu (atau mukamu). [Hadith Abu Daud]
Kedua-dua hadith di atas, iaitu hadith Omar al-Khattab (r.a) dan Ibnu Abbas (r.a) itu, dan hadith berikut memberikan kita nas dan dalil as-Sunnah bagaimana kedudukan kedua telapak tangan kita semasa berdoa. Di dalam hadith #7 itu disebutkan larangan atau tegahan Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang Islam itu tidak boleh membuka surat orang lain dan membaca isi kandungannya. Jelaslah, sesuatu yang bersifat peribadi milik seseorang saudara Islam yang lain itu adalah haknya. Orang lain tidak berhak tahu kecuali diberitahu oleh orang yang berhak itu. Islam mengutamakan segala rahsia seseorang itu tidak dihebahkan untuk pengetahuan orang lain. Begitu jugalah Islam melarang seseorang itu bercakap sesuatu dengan tujuan membuka rahsia buruk maupun baik seseorang saudara Islam tanpa izinnya. Mendedahkan rahsia seseorang saudara sesama Islam itu adalah satu pengkhianatan dan melakukan dosa yang besar pula. Mata yang membaca surat orang lain akan dibakar di neraka.
8. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Janganlah kamu meneliti pagar (rumah) orang untuk melihat di dalam kitab saudaranya dengan selain (yakni, tanpa) izinnya, maka sesungguhnya akan melihat neraka kamu (yakni, masuk neraka). Mintalah (yakni, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan perut telapak tangan kamu, dan janganlah kamu minta dengan belakang telapak tangan kamu (yakni, menelangkupkan tangan, permukaannya ke bawah). Maka ketika selesai (yakni, habis berdoa) maka usaplah (atau sapulah) dengan kedua-dua telapak tangan kamu ke muka (atau wajah) kamu.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith di atas menyebut bahawa kita dilarang meninjau atau mengintip rumah orang, untuk mengetahui sesuatu rahsia atau apa saja yang diperbuat oleh penghuni rumah di dalam rumahnya. Malangnyanya, hari ini masyarakat Melayu suka mencari rahsia orang. Maka sehinggakan wujud perumpamaan 'menjaga tepi kain orang', yg menunjukkan adalah menjadi suatu budaya yg tidak baik dalam Islam mencar-cari rahsia orang atau ambil tahu hal orang. Adalah baik kita mengambil tahu perihal saudara kita sesama Islam, tetapi bukanlah dengan mengintip atau menghendap. Malah JAIS, sebagai contoh, suka mencari kejahatan orang dan menghebahkannya pula. Di dalam Islam kita tidak sepatutnya mencari keburukan orang krana kita sendiri ada banyak keburukan. Tambahn pula Islam menyuruh kita merahsiakan keburukan orang dan menggalkkan memberitahu orang lain segala kebaikan orang!
Kemudian hadith tersebut menyebut tentang apa yang kita lakukan ketika berdoa dan setelah selesai berdoa.
9. Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Yassar as-Sakuni al-‘Awfi (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apabila kamu memohon (yakni, berdoa) kepada Allah (a.w), mohonlah dengan perut (i.e. telapak) tanganmu, jangan memohon dengan belakang tangannya. [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith-hadith di atas menjelaskan bagaimana perlakuan berdoa mengikut perlakuan Rasulallah (s.a.w). Siapakah yang menyuruh kita bahawa apabila sampai ke satu bahagian doa kita, maka kita telangkupkan kedua telapak tangan kita? Siapakah model ikutan kita? Rasulallah (s.a.w) ke atau orang lain ke? Wajib kita mengambil peringatan bahawa melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah membelakangkan suruhannya. Maksudnya, kita engkar. Hadith-hadith tersebut jelas melarang menelangkupkan kedua-dua tangan semasa berdoa.
Bagi kita yg sering menghadiri majlis Doa Selamat atau Majlis Tahlil Arwah dan seumpamanya, kita sering melihat para hadirin menelangkupkan tangannya apabila imam berdoa untuk mengelakkan sebarang perkara yg tidak disukai. Perbuatan ini sudah menjadi kelaziman orang Melayu berdoa - di kampong maupun di kota-kota. Siapa yg mengajarkannya wallahu 'alam. Tapi, yg jelas imam yg berdoa dan makmum yg mengaminkan doa itu sama-sama jahi!
[Nota: Wajib diingat bahawa’tahlil’ dalam ertikata amalan orang Melayu itu tidak ada dalam syariat. 'Tahlil' adalah membaca kalimah ‘lailaha illallah’. Tetapi hari ini ‘tahlil’ telah menjadi satu majlis membaca Yaasin, berzikir dan berdoa untuk segala sesuatu beramai-ramai atau secara berejam'ah pula.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment