Assalamualaikum,
Ibadah haji dan umrah itu adalah salah satu daripada rukun Islam yg lima (i.e. Rukun Islam). Apabila dikerjakan haji maka sempurnalah keIslaman seseorang yg Islam itu.
Walaupun ibadah haji itu diwajibkan sekali seumur hidup, kita disuruh menyegerakan berbuat haji atau naik haji kerana dikhuatiri jika mati seseorang yang Islam itu sebelum sempat mengerjakannya, dan dia sudah mampu, maka jika mati dia maka matinya seumpama matinya seorang Yahudi atau Nesrani, i.e. menjadi kafir dia. Oleh itu wajiblah diusahakan menunaikan haji secepat mungkin.
Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru ibni Muslim al-Bahiliu satu hadith, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith daripada Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila’.' [Maksud: Barangsiapa diberi kesempatan dengan bekalan (bagi tanggungannya yg ditinggalkan dan baginya semasa di Mekah) dan kenderaan (mampu membeli tiket penerbangan ke Mekah) untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya hujjah (atau alasan) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 97, Surah ali-Imran di atas yang dirujuk).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Hadith di atas amat utama semua orang Islam itu waspada. Kerana, jika sudah mampu maka hendaklah mereka segerakan menunaikan haji. Jika ditakdirkan seseorang itu sudah mampu tetapi belum sempat mengerjakannya dan ditakdirkan dia mati, maka mati dia sebagai seorang kafir, sama sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani! Wal iyazubillah. Kalaupun mereka seorang yang warak dan alim dan mengerjakan pelbagai ibadah yang wajib dan sunat dan tidak melakukan maksiat, tetapi mereka mati tanpa menunaikan haji, maka matinya sebagai seorang kafir. Pasti masuk neraka. Begitulah utamanya ibadah haji itu kepada umat Islam. Janganlah diremehkan.
[Nota: Apakala Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) menjadi Rasul dan Islam ditegakkan dan al-Quran dijadikan kitab panduan hidup orang Islam yg beriman, maka orang-orang Yahudi yang berpandukan Kitab Taurat dan orang Nesrani (Kristian) yang berpegang kepada Kitab Injil, yg tidak masuk Islam setelah diturunkan al-Quran dan diutuskan Rasulallah (s.a.w), maka mereka jatuh kafir. Maka dengan itulah disebutkan sesiapa yang mati setelah mampu berhaji, tetapi tidak mengerjakan haji, jika mati mereka maka mereka mati sebagai seorang kafir! Maka dengan itu berwaspadalah. Dalam Islam kemampuan yg mensyaratkan menunaikan haji hanyalah ada peruntukan untuk dirinya semasa di tanah suci dan ada cukup ala kadar meninggalan bekalan bagi keluarganya dan dia mampu membeli tiket kapalterbang, sudah dikira mampu untuk menunaikan haji.]

Hari ini, begitu ramai orang Islam yg mampu, malah lebih dari mampu, jika dibandingkan dengan criteria kemampuan dalam Islam untuk menunaikan haji, tetapi enggan naik haji. Alasannya berbagai. Antaranya belum bersedia. Kerana mereka berpandangan kerana haji itu wajibnya sekali sahaja dan ganjaran haji mabrur itu menghapuskan segala dosa, mereka ingin pastikan bahawa mereka tidak lagi melakukan dosa selepas berhaji! Ketika tua kemungkinan melakukan dosa akan tipis maka kemabruran hajinya kekal sampai dia mati. Orang-orang yg sedemikian itu menanggung risiko yg besar kerana tidak menunaikan haji. Kerana, mati kita sewaktu-waktu, tidak dapat kita ketahui. Alangkah ruginya kita jika setelah dikira mampu dalam Islam untuk menunaikan haji, kita melambat-lambatkannya. Oleh itu bagi kita yg mampu, janganlah kita ambil mudah menunggu dan melengah-lengahkannya.
Semoga kita diberi kesempatan untuk menunaikan haji ketika kita sudahpun mampu. Mereka yg mampu membeli rumah dan membeli kenderaan dikira sudah lebih dari mampu untuk menunaikan haji.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment