Assalamualaikum,
Hari ini insya Allah kita teliti satu lagi kemurahan Allah (a.w) kepada umatNya, iaitu menjama'kan (i.e. mengumpulkan dua solat pada satu masa) solat dan mengqasarkan (i.e. memendekkan) solat ketika bermusafir atau dalam perjalanan melebihi 89 kM dari tempat kediaman (i.e. qariah) kita. Apabila kita bermusafir atau dalam perjalanan untuk sesuatu tujuan yg tidak maksiat, kita dibolehkan:
1. Memendekkan solat, yakni solat-solat yg empat rakaat, i.e. Zohor, 'Asar dan Isya' dibuat dua rakaat sahaja [Nota: Solat yg dua atau tiga rakaat tidak boleh dipendekkan];
2. Mengumpulkan atau membuat dua solat pada suatu waktu, i.e. Zohor dan 'Asar dibuat pada waktu Zohor atau waktu 'Asar atau Maghrib dan Isya' dibuat pada waktu Maghrib atau pada waktu Isya' [Nota: Solat Subuh tidak boleh dijama'kan, hendaklah dikerjakan dalam waktunya].
[Nota: Para ulama' menyebut istilah 'Jama' Takdim' = mengumpulkan dua solat dan dikerjakan kedua-duanya dalam waktu solat yg awal, contoh: Solat Zohor dan Solat 'Asar dijama'kan dan dikerjakan dalam waktu Zohor; dan istilah 'Jama' Takhir' = mengumpulkan dua solat dan dikerkan kedua-duanya pada waktu solat yg kemudian, contoh: Solat Zohor dan Solat 'Asar dibuat dalam waktu 'Asar.]
Semenjak kecil lagi kita telahpun diajarkan perkara ini, hanya mungkin sandaran nas dan dalilnya kita belum pasti dan temui. Insya Allah dalam post hari ini kita akan teliti potongan-potongan hadith yg menjadi sandaran kepada amalan ini.
Sebelum kita lihat potongan-potongan hadithnya, elok kita peringatkan diri kita bahawa segala sesuatu amalan dan ibadah dalam Islam hendaklah bersandarkan ilmu. Dan, ilmu yg haq bagi umat Islam itu adalah seperti yg disebutkan dalam hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu (yang wajib dituntut) itu tiga. Maka barang apa yang kemudiannya (yakni, selepas tiga) demikian itu adalah tambahan: (iaitu, pertama) Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran, iaitu ilmu al-Quran), dan (kedua) Sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah, atau al-Hadith), dan (ketiga) ilmu faraid (yakni, hukum (atau undang-undang) faraid, i.e. pembahagian harta warith) yang adil.’ [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa ilmu yg diwajibkan atas umat Islam yg beriman itu pelkajari dan fahami adalah:
1. Ilmu al-Quran;
2. Ilmu as-Sunnah.
Ilmu yg ketiga i.e. Ilmu Faraid itu secara otomatis akan diketahui apabila seseorang itu khattam mempelajari al-Quran dan as-Sunnah.
(a) Mengqasarkan (Memendekkan) Solat
2. Diriwayatkan hadith daripada Omar (ibni Khattab) (r.a) berkata:‘Solat musafir itu dua rakaat, solat Jum’at itu dua rakaat, solat hari raya (yakni, Aidil Fitri dan Aidil Adha) itu dua rakaat, sempurna tidak diringankan (yakni, bukanlah sengaja dipendekkan, tetapi sememangnya disyariatkan), atas ucapan Muhammad (s.a.w) (yakni, atas ketetapan Rasulallah (s.a.w) i.e. as-Sunnah).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa as-Sunnah melalui ucapan Rasulallah (s.a.w) menetapkan bahawa solat-solat Aid (Fitri dan Adha), Solat Jum'at dan solat-solat ketika musafir itu adalah dibuat dua rakaat. Dalam dua hadith di atas dan hadith di bawah ini, daripada Omar bin al-Khattab (r.a), dijelaskan bahawa syariat solat musafir itu diajarkan kepada umat Islam melalui lisan Nabi (s.a.w), yakni disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w).
Mengqasarkan solat, dan menjama'kan solat-solat fardu ketika dalam musafir itu, adalah ruksyah Allah (a.w) untuk memudahkan hambaNya menunaikan tanggung jawab mereka dalam bersolat ketika ada urusan di luar qariah yg melebihi jarak perjalanan 89kM.
2. Diriwayatkan hadith daripada Ya’la bin Umaiyah (r.a) berkata: ‘Bertanya aku kepada Omar bin Khatab (r.a), berkata aku: ‘Tidak kamu sekelian berdosa apabila memendekkan dari solat jika khuatir kerosakan berlaku atas mereka oleh orang kafir (yakni, jika dibunuh oleh orang kafir, maka mati tak sempat membanyakkan amalan). Dan sesungguhnya apabila dalam keadaan aman (bagaimana boleh)?’ Maka berkata aku (perawi): ‘Hairan aku pada apa-apa yang menghairankan daripadanya.’ Maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w) atas demikian, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Terimalah sedekah daripada sedekah Allah (a.w) dengannya (yakni, kemudahan dan kesenangan yang dikurniakan Allah (a.w) dengan memendekkan solat atas kamu sekelian). Maka terimalah dari Allah (a.w) sedekahNya itu.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Oleh yg demikian, apabila kita kerjakannya, kita mendapat pahala tambahan kerana menghormati serta menghargai pemberian (i.e. keringanan) Allah (a.w) tersebut.
3. Diriwayatkan hadith daripada Umaiyah bin Abdullah bin Khalid, berkata: ‘Sesunguhnya telah berkata aku kepada Abdullah bin Omar (r.a): ‘Sesungguhnya aku berjumpa dengan solat (fardu) di rumah (yakni, mengerjakan solat fardu di rumah), dan solat huf (yakni, solat semasa darurat atau peperangan) dalam al-Quran. Maka tidak berjumpa aku dengan solat musafir?’ Maka berkata bagi aku Abdullah (r.a) (kata Umaiyah memberitahu): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) telah mengutuskan atas kita Rasulallah (s.a.w) dan kita tidak tahu sesuatupun (yakni, kita jahil mengenai ugama kita) sebelum itu. Maka sesungguhnya apa-apa yang dikerjakan (oleh aku) seperti mana aku melihat Muhammad (s.a.w) mengerjakannya.’ [Hadith sahih # 1066, Ibnu Majah]
Hadith di atas adalah sebagai tambahan kepada ketetapan as-Sunnah tentang keringanan mengqasarkan solat. Umat Islam sebelum datangnya Islam i.e. sebelum Rasulallah (s.a.w) diutuskan adalah dalam zaman jahiliah. Maka Islam mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran zaman jahiliah kepada zaman Islam yg membawakan cahaya (nur) iman kepada manusia untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) [i.e. Ayat 57, Surah az-Zariat].
4. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Mewajibkan Allah (a.w) (solat fardu) atas ucapan Nabi kamu (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) di dalam rumah empat rakaat, dan di dalam (i.e. apabila) musafir dua rakaat.’ [Hadith Ibnu Majah]
(b) Menjama’kan Solat
Hadith Ibnu Abas (r.a) di bawah ini menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) menjamakkan (yakni, mengumpulkan) solatnya semasa bermusafir.
5. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) telah memberitahu beberapa orang sahabat Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ada menjamakkan antara (solat) Maghrib dan Isya’ di dalam musafir, bukan kerana tergesa-gesa (yakni, memendekkannya dengan sengaja atas sebab-sebab tertentu), dan bukan (kerana) mengkhuatiri akan musuh, dan bukan takutkan sesuatu (yakni, sememangnya telah disyariatkan oleh Allah (a.w) supaya dijamakkan).’ [Hadith Ibnu Majah].

Hadith di atas itu memberitahu kita beberapa perkara, iaitu: menjamakkan solat Maghrib dan Isya’, dan perbuatan menjama’kan solat itu bukanlah kerana apa-apa sebab, tetapi adalah syariat atau ketentuan Allah (a.w), yakni bukan kerana sengaja dipendekkan atau dijama’kan, atau kerana dalam ketakutan diserang musuh, atau kerana takutkan sesuatu. Di dalam Islam, sesuatu perintah itu tidak boleh dirasionalisasikan dengan logik, tetapi ketetapan yang diperintahkan oleh Allah (a.w) semata-mata. Dan, yang lebih utama tidak siapa yang boleh megadakan sesuatu amalan atau ibadah dalam apa jua bentuk sekiranya tidak ada di dalam al-Quran ataupun al-Hadith, yakni as-Sunnah.
(c) Solat Sunat Dalam Musafir
Soal? Bagaimana dengan solat-solat sunat kita ketika kita bermusafir? Adakah boleh kita buat solat-solat rawatib (i.e. solat mengiringi solat fardu), contohnya? Atau, Solat Tahajjud, Solat Witir, Solat Tasbih, dll ketika kita bermusafir?
Semasa musafir, kita boleh menjamak dan mengqasarkan solat-solat fardu, iaitu Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan Isya’. Bagaimana pula dengan solat-sunat sunat sebelum dan selepas solat-solat fardu, terutama solat rawatib, perlukah atau bolehkah dibuat? Terdapat dua pilihan mengikut hadith-hadith berikut. Hadith pertama mengatakan tak payah dibuat, manakala hadith kedua mengatakan boleh dibuat.
6. Diriwayatkan hadith daripada Isa bin Hafsin, anak lelaki ‘Asim bin Omar bin Khatab (r.a), menceritakan bapanya (yakni, Hafsin) dengan berkata: ‘Ada aku bersama-sama dengan Ibnu Omar (i.e. bapanya) di dalam musafir, maka bersolat aku beserta dia kemudian setelah selesai solat aku dan solatnya selesai, berkata Abi (bapanya): ‘Maka menoleh aku maka melihat aku beberapa manusia (yakni, orang) sedang bersolat.’ Maka berkata Ibnu Omar: ‘Apa yang berbuat demikian solat ini?’ Maka berkata aku: ‘Solat sunat aku’. Maka berkata Abi (Ibnu Omar): ‘Seandaikan ada (lagi) solat nescaya aku sempurnakan solat itu. Wahai Abi Akhi! Sesungguhnya aku menemani Rasulallah (s.a.w), maka (Rasulallah (s.a.w)) tidak menambah atas dua rakaat di dalam musafir (yakni tidak mengerjakan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardu itu) sehinggalah diwafatkan dia oleh Allah (a.w). Kemudian aku menemani Abu Bakar (as-Siddiq) (r.a), maka tidak menambah dia solat dua rakaat itu, sehinggalah mematikan dia oleh Allah (a.w). Kemudian aku menemani solat Othman (ibni Affan) (r.a), maka tidak ditambahnya atas dua rakaat itu, sehinggalah mematikan Allah (a.w) akan dia. Dan (dibacanya ayat al-Quran, iaitu) Allah (a.w) berfirman: ‘laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanah.’ [Ayat 21, Surah al-Ahzab] [Maksud ayat: Sungguh ada bagi kamu sekelian itu di dalam (sifat-sifat, perlakuan dan perbuatan-perbuatan) Rasulallah (s.a.w) itu contoh yang terbaik (untuk ikutan orang Islam yang beriman)] [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menjelaskan, selain perbuatan Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar (r.a), Omar (r.a) dan Othman (r.a) yg tidak membuat solat sunat semasa bermusafir, juga menunjukkan sebab turunnya ayat al-Quran yang dirujuk itu (i.e. Ayat 21, Surah al-Ahzab]. Hadith di bawah ini pula menyebutkan bahawa Ibnu Abbas (r.a) dalam musafir bersama-sama Rasulallah (s.a.w) mengerjakan juga solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardu.
7. Diceritakan kepada aku (i.e. berkata Ibnu Majah, oleh) Abu Bakar bin Khulad, diceritakan oleh Waki’, diceritakan oleh Umamah bin Zaid, berkata: ‘Bertanya aku akan (yakni, kepada) Tausan dari seorang sahabat di dalam musafir, dan Hassan bin Muslim bin Yannaq yang duduk di sisinya (yakni, sisi Umamah). Maka berkata Umamah: ‘Menceritakan kepadaku oleh Tausan: ‘Sesungguhnya mendengar aku Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah difardukan oleh Rasulallah (s.a.w) solat (Fardu) di rumah (i.e. semasa berada dalam qariah) dan solat semasa musafir. Maka adapun aku bersolat di rumah sebelumnya (solat sunat sebelum fardu) dan sesudahnya (solat sunat selepas solat fardu). Dan adapun aku bersolat musafir sebelumnya (solat sunat sebelum solat fardu) dan sesudahnya (solat sunat selepas solat fardu).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Jelaslah daripada dua hadith di atas itu, kita diberi tahu nas dan dalil al-Hadith bahawa:
· Solat fardu itu hendaklah dibuat di mesjid;
· Solat musafir itu difardukan, yakni wajib dibuat ketika musafir; dan
· Semasa bermusafir, kita boleh membuat solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (yakni, solat rawatib); atau
· Mengikut hadith sebelum ini, semasa musafir kita juga boleh tinggalkan solat-solat mengiring waktu itu.
Pendeknya, syariat Islam sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu memberikan kita dua pilihan,; sama ada kita kerjakan solat-solat sunat mengiringi waktu solat-solat fardu atau meninggalkannya, yakni tidak membuatnya.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment