Assalamualaikum,
Soalan: Jikalah kita masih berjunub, i.e. kita belum mandi junub, kemudian kita berwudu' dan tidak pula mandi junub dan kitapun terus bersolat, kerana terlupa, bagaimana? Yg pasti adalah kita tidak boleh bersolat jika kita berjunub. Hendaklah kita mandi junub dahulu barulah kita dibolehkan bersolat. Kita sudahpun diberitahu dalam post yg lalu, bahawa mandi junub itu merangkumi dua perlakuan; iaitu, mengambil wudu' sebagaimana berwudu' kerana hendak solat; dan, mandi meratakan air ke seluruh anggota badan. Kemudian, setelah mandi junub kita tidak perlu mengambil wudu' untuk solat. Tapi, dalam kes ini kita berwudu', tapi kita dalam keadaan berjenabah, dan kita mula bersolat kerana terlupa. Bagaimana?
Disebutkan dalam hadith berikut bahawa jika kita terlupa mandi junub, dan kita bersolat, maka apabila sedar yg kita masih berjunub, hendaklah kita hentikan solat (i.e. bersurai), kemudian mandi junub dan bersolatlah semula.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah keluar Nabi (s.a.w) kepada satu solat dan mengangkat ‘Takbiratul Ikhram’ (yakni, memulakan solat). (Apabila menyedari sesuatu, beliau memberhentikan solatnya) Kemudian memberi isyarat dia kepada makmum supaya diam mereka (yakni, kekal di saf mereka). Kemudian berangkat Nabi (s.a.w) (keluar) maka pergi mandi junub dia. Dan adapun kepalanya (masih basah kerana) air menitis dari (rambutnya) (ketika masuk semula ke mesjid). Maka bersolat dia bersama-sama mereka (yakni, makmum). Maka apakala selesai (solat) bersabda dia: ‘Sesungguhnya aku keluar atas kamu kerana (aku teringat yang aku) berjanabah. Dan sesungguhnya terlupa aku sehingga berdiri aku di dalam solat.’ [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Penulis berterima kasih kepada saudara Bothman yg komen bahawa beliau confuse apabila membaca baca post ini (tanpa hadith diatas itu). Memanglah beliau confuse kerana hadithnya tertinggal dan diberikan satu hadith lain tanpa dijelaskan pula. Pohon maaf atas kesilapan penulis.]
Kalau kita sedang solat, tanpa disengajai keluar darah dari hidung kita atau kita termuntah atau tak seme-mena keluar mazi apa nak buat? Kita rujuk hadith berikut:
2. Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berjumpa dia akan muntah atau keluar darah dari hidungnya atau keluar mazi (ketika sedang solat), maka hendaklah bersurai (yakni, berhenti bersolat), kemudian (setelah dibersihkan) mula semula bersolat, dan (dengan syarat) bahawa dia sepanjang tempoh itu tidak berkata-kata dia.’ [Hadith Ibnu Majah]
Muntah dan mazi adalah najis. Tetapi, tidaklah membatalkan wudu'. Maka dengan itu jika terasa salah satu daripada ketiga-tiga itu berlaku ketika dalam solat, maka berhentilah dan basuhlah, kemudian teruskan solat itu semula tanpa perlu berwudu’ semula. Dengan syarat dalam tempoh kita bersurai membersihkan muntah, darah atau mazi itu, dia tidak berkata-kata. Jika bercakap-cakap dia, maka batal wudu’nya, dan perlu berwudu’ semula.
Muntah dan mazi adalah najis. Tetapi, tidaklah membatalkan wudu'. Maka dengan itu jika terasa salah satu daripada ketiga-tiga itu berlaku ketika dalam solat, maka berhentilah dan basuhlah, kemudian teruskan solat itu semula tanpa perlu berwudu’ semula. Dengan syarat dalam tempoh kita bersurai membersihkan muntah, darah atau mazi itu, dia tidak berkata-kata. Jika bercakap-cakap dia, maka batal wudu’nya, dan perlu berwudu’ semula.
Jazakallahu khairah
Saya confused. Hadith itu untuk dalil bagi terkeluar najis ( mazi, muntah,darah ) tapi belum mandi junub bagaimana? Bolih ke gunakan hadith itu sebagai dalilnya? Kurang pasti.
ReplyDeleteHarap Uztaz kena jelaskan.
Salam,
ReplyDeleteBagaimana pula jika pagi itu terlupa mandi junub dan teringat setelah keluar bekerja ( hanya boleh mandi setelah balik rumah) adakah boleh solat seperti biasa (dalam keadaan sedar tidak berjunub) dan ganti solat selepas mandi.
Atau tidak bersolat satu hari suntuk kerana tidak sempat mandi?