Wednesday, January 13, 2010

Dunia tidak berharga pada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara kita sebagai manusia, khususnya manusia Muslim, amat sukar untuk tidak menyukai dunia. Ada diantara kita yg terlalu cintakan dunia maka kita lupakan akhirat, walhal bagi orang Islam dan beriman, kita sering diperingatkan bahawa dunia ini tidak kekal, kerana kita akan mati apabila sampai ajal kita. Kemudian, setelah mati akan bermulalah kehidupan yg sebenarnya, iaitu kehidupan dalam alam barzah, kemudian apabila kiamat dunia, kehidupan di padang makhsyar dimana kita menerima 'tauliah' dalam bentuk Kitab Catatan Amalan kita. Apakah kita sebenarnya telah berjaya dalam hidup? Apabila diserahkan Kitab Catatan Amalan dari arah tangan kanan kita, maka kita telah berjaya. Jika diserahkan dari arah kiri, kita telah gagal! Bukan kita menerima ijazah seumpama PhD atau seumpamanya. 'Ijazah' yg kita terima hanyalah sama ada kita 'lulus' atau kita 'gagal'. Lulus atau gagal, kita akan melalui kehidupan yg terakhir yg kekal, yg tidak ada waktu penamatnya, iaitu alam akhirat yg sebenarnya. Bagi mereka yg tidak Islam mereka percaya dengan 're-incarnation', jika mereka seorang yg baik di dunia mereka akan di 're-incarnated' dalam bentuk-bentuk yg baik pula, jika tidak akan dijelmakan dalam bentuk yg buruk pula.
Kita yg mempelajari al-Quran dan as-Sunnah akan tahu bahawa sesiapa yg tidak Islam akan diazab dalam kuburnya kemudian apabila kiamat dunia, mereka akan terus dihalau ke neraka, manakala orang yg Islam, i.e. bersyahadah, akan berkumpul di padang makhsyar menunggu 'ijazah' mereka. Semua yg Islam akan menerima 'ijazah' (i.e. Kitab). Yg mendapat 'ijazah gagal' akan dimasukkan ke neraka dan yg menerima 'ijazah lulus' akan masuk syurga. Di dalam al-Quran dan as-Sunnah disebutkan keadaan hidup dalam neraka dan dalam syurga itu. Disyurga itu terdapat kesemuanya yg tidak pernah terlihat oleh mata manusia, terdengar oleh telinga, tercium oleh hidung dan terfikir oleh otak manusia! Di neraka itu terdapat siksaan yg tidak terbayang oleh manusia, bentuk dan kesakitan azabnya. Fikirkanlah bahawa sekiranya segala api yg membakar di dunia ini disepadukan, bagaimanakah kepansananya? Kepanasan api sedemikian itu, hanya 1/70 kepanasan api di neraka!! Di dunia jika kita terbakar, kita merasai sakitnya, tetapi kita boleh melarikan diri jika berkesempatan. Di akhiran, kita tidak dapat lari kemana. Api yg membakar itu akan datang dari semua sudut tempat kita berada! Yg lebih deritanya, kita akan mrasai sakitnya seumpama di dunia (i.e. digandakan 70 kali lagi), namun kita tidak mati! badan kita mungkin hangus terbakar, mungkin cair segala tulang, tapi tulang akan wujud semula dan daging serta urat akan tumbuh semula sebagaimana sediakala, hanya siksaan pedih bakarannya yg tidak luput. Setiap azab akan menyebabkan kematian yg instant, tetapi manusia tidak mati lagi.
Sekiranyalah orang-orang Islam itu benar-benar takutkan azab, mereka akan jadi orang baik. Kalaulah orang yg tidak Islam itu yakin dengan kehidupan selepas matinya, mereka pasti akan memeluk Islam, kerana itu sajalah pilihan yg terbaik dan terselamat. Kerana, jika katalah, mereka memeluk Islam pada umur 60 tahun, kemudian sehari selepas masuk Islam mereka ditakdirkan mati, beruntunglah mereka, kerana mendapat syurga tanpa bersusah payah, dan dosanya selama 60 tahun (tolak umur baligh) terhapus dan Kitab Catatan Amalannya bersih tanpa dosa! Kalaulah, mereka yakin dengan dunia akhirat ... mereka akan memeluk Islam. Dalam konteks ini orang India seperti Mohd Farid Ravi Abdullah dan orang Cina seperti Mohd Ridhuan Tee adalah orang yg bijak mengurus dunia selepas matinya.
Sebaliknya, jika orang kafir itu kekal kafir, kita telahpun teliti dalam al-Quran, bahawa segala amal ibadahnya dan segala kebaikan yg dilakukannya semasa hidupnya, tidak ada nilai pada Allah (a.w), dia hanya akan dapat masuk syurga, firman Allah (a.w), jikalah boleh seekor unta memasuki lubang jarum! Mustahil (Ayat 40, Surah al-'Araf). Orang yg kafir tidak ada Kitab Catatan Amalannya, kerana tiada pahala untuk dicatitkan, yg ada hanyalah dosa. Sebesar-besar dosa adalah dosa syirik - tidak mengakui Allah (a.w) tuhan mereka dan tidak menerima Rasulallah (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w) kepada manusia!
Bagi orang Islam, seumpama kita, walaupun mungkin dosa kita menggunung, atau sebesar dunia ini atau sebanyak pasir-pasir di bumi atau sebanyak biuh di lautan atau sebanyak hitungan kaun-daun kayu, Allah (a.w) memberi peluang kepada kita untuk bertaubat, dan oleh kerana itu terampunlah dosa kita! kalaupun, tidak ditaubatkan, sekiranya ada sebesar habuk atau debu atau biji sawi atau sebsar zarah, keimanan kita, akhiranya kta akan juga mersa kehidupan dalam syurga. Di dalam hadith disebutkan tentang orang yg terakhir masuk syurga, setelah sekian lama di'basuh dosanya; dalam neraka! namun, dia mendapat kekayaan atau harta sebesar 8 kali dunia dan isinya! Itulah kerahmatan Allah (a.w) semata-mata kerana kita Islam dan beriman. Namun, bukanlah bererti kita harus harungi kehidupan dalam neraka kerana pahala yg kita bekalkan tidak seberap dan banyaknya pula dosa kita dan kita tidak bertobat meminta keampunan. Kerana kehidupan ahkhirat itu kekal. Kalaulah kita perlu dibasuh segala dosa kita dalam neraka, lamanya kita dalam neraka itu dikatakan 'berakhkab', satu 'akhkab' itu lamanya 100,000 tahun kiraan tahun dunia! Justeru itu, adalah keputusan yg amat bodoh jika kita berdosa, kita tidak bertaubat!
Pada Allah (a.w) dunia ini tidak ada nilainya, yg ada nilai hanyalah akhirat, sebagaimana disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Lau kanatid dunya tazinu ‘indallahi janaha ba’udatin ma saqa minha kafiran syurbata main abadan) [Maksud; Seandainya kehidupan di dunia dan kesenangannya seimbang beratnya (yakni, sama nilainya dengan) sayap seekor lalat di hadapan Tuhan, maka tidak seorang kafirpun akan diberiNya seteguk airpun (untuk diminum oleh mereka) selama-lamanya.][Hadith at-Termidzi]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalaulah dunia ini dan segala isinya sama nilainya dengan nilai kepak atau sayap seekor lalat yg ada di dunia ini, pastilah Allah (a.w) tidak akan memberi minum seteguk airpun kepada orang kafir (i.e. yg tidak Islam) (kerana begitu murkanya Allah (a.w) terhadap mereka yg tidak mahu mengakui Allah (a.w) tuhan mereka yg telah memberi peluang mereka hidup didunia dan diberi rezki yg banyak pula)! Begitulah tidak bernilainya dunia pada hakikatnya. Maka dengan itulah disebutkan bahawa orang yg melapangkan masanya sepagi mempelajari sedikit ilmu al-Quran dan as-Sunnah mendapat ganjaran pahala sebesar dunia dan isinya! Itulah yg mereka dapati di akhirat. Dan, serendah-rendah taraf syurga seorang yg Islam yg mendapat syurga paling rendah di akhirat kelak, adalah dia memiliki harta dan kekayaaan serta kemewahan sebanyak 8 kali ganda dunia dan segala isinya! Kita akan teliti dalam post akan datang insya Allah (a.w) apakah ganjaran syuirga itu, mengikut yg disebutkan di dalam al-Quran dan yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Walaupun begitu, berapa ramaikah manusia yg Islam itu yg memberi nilai yg tinggi kepada akhiratnya? Dan, berapa ramai pula manusia yg mencari dunia untuk mendapat kekayaan dan kemewaan sehingga tidak menunaikan tanggungjawab solatnya atau menginfaq sebahagian hartanya demi fi sabilillah?? memang ada orang yg terkaya di kalangan kita yg menderma kerana diheabhkan dalam ahbar dengan upacara yg elaborate pula dengan disaksikan oleh menteri dan pembesar seumpamnya. Tapi, apakah mereka ikhlas? Adakah mereka riak? Orang yg riak dan bangga diri kerana apa sekalipun tidak masuk syurga! Sedekah terbaik adalah dikeluarkan secara diam-diam seperti yg diumpamakan oleh Rasulallah (s.a.w) pemberian tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya.
Bagi kita yg tiada wang dan harta berlebihan untuk meraih pahala yg besar, Islam memberikan kita peluang untuk menandingi amalan orang yg kaya dengan menyebut beberapa kalimah wirid dan tasbih setiap hari yg memberikan ganjaran paghala yg sama banyaknya dengan sedekah wang ringgit yg banyak. Insya Allah, kita akan teliti perkara ini dilain pertemuan kita.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment