Monday, January 18, 2010

Tayamum: Bagaimana?

Assalamualaikum,
Kelmarin penulis berkesempatan mendengar ceramah saudara Zahazan Mohamed dalam segmen 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Beliau menjelaskan bab Tayamum. Beliau juga mendemokan bagaimana bertayamum itu. Semasa mendemokannya beliau menunjukkan bahawa hendaklah kita sapu tangan sampai ke situ sebagaimana kita berwudu' dengan air. Sebenarnya itu adalah suatu kesilapan jika kita teliti al-Quran dan as-Sunnah.
Cuba kita lihat firman Allah (a.w) mengenai tayamum ini. Terdapat dua ayat al-Quran tentang bagimana berwudu' dan bagaimana bertayamum serta apakah anggota wudu' dan anggota tayamum, iaitu:
1. Berfirman Allah (a.w): 'Wahai orang yang beriman apabila berdiri kamu untuk bersolat, maka hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan usaplah (yakni, sapulah) kepala kamu dan kaki kamu hingga ke dua mata kaki (yakni, buku lali); dan jika kamu berjunub maka bersucilah kamu (yakni, mandi junublah sebelum mengambil wudu’); dan jika ada kamu sakit atau dalam musafir atau datang salahsatu kamu dari berak atau menyentuh kamu (yakni berjimak atau menyetubuhi) akan perempuan (yakni, isteri kamu) maka tidak didapati (atau tidak ketemu dengan) air, maka bertayamumlah dengan tanah (atau debu) yang baik (yakni, bersih), maka usaplah dengan (debu) muka kamu dan tangan kamu dengannya (yakni, tanah atau debu itu); tidaklah memberati oleh Allah (a.w) untuk dikerjakan oleh sekelian kamu dan akan tetapi berkehendakkan Allah (a.w) membersihkan (yakni, mensucikan kamu daripada dosa jika tidak bersolat) kamu sekelian dan menyempurnakan ni’matNya atas kamu sekelian, mudah-mudahan kamu bersyukur (kepadaNya).’ [Ayat 6, Surah al-Maidah]
Perintah yang hampir-hampir serupa juga didapati dalam firman Allah (a.w) dalam sepotong ayat lain, iaitu Ayat 43, Surah an-Nisa’:
2. Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendekati (yakni, mengerjakan) solat dan sekiranya kamu mabuk sehingga kamu tahu apa-apa yang kamu sebutkan (yakni, bacakan dan kerjakan) dan janganlah berjunub melainkan kamu dalam perjalanan (yakni, musafir) dalam jalan Allah (a.w) hinggalah kamu bersuci; atau jika kamu sakit atau atas perjalanan musafir atau datang atas kamu sekelian daripada berak atau kamu menyentuh perempuan (yakni, berjimak dengan isteri kamu), maka tidak ketemu oleh kamu akan air; maka bertayamumlah kamu (dengan) tanah (atau debu) yang baik (yakni, bersih), maka usaplah muka kamu sekelian dan tangan kamu, sesungguhnya Allah (a.w) adalah Maha Memaaf dan Maha Mengampun akan hambaNya.’ [Ayat 43, Surah an-Nisa’]
[Nota: Dalam ayat tersebut kalamah 'tangan' disebutkan. 'Tangan' dalam definisi syariat Islam adalah bahagian telapak tangan, belakangnya, jari-jarinya sampai ke pergelangannya sahaja.] Dua ayat di atas memberikan kita nas dan dalil al-Quran mengenai, selain berwudu' dengan air, cara dan kaedah serta anggota Tayamum itu. Firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut jelas. Begitu jugalah ketetapan mengenai bersolat dengan bertayamum tatkala tidak menemui air untuk berwudu’. Apakah ketetapan syariat serta cara dan kaedahnya?
Dua ayat di atas memberikan kita nas dan dalil al-Quran mengenai cara dan kaedah serta rukun Tayamum itu. Firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut jelas. Begitu jugalah ketetapan mengenai bersolat dengan bertayamum tatkala tidak menemui air untuk berwudu’. Apakah ketetapan syariat serta cara dan kaedahnya?

· Bersolat hendaklah ada Wudu’, yakni jika tidak sah wudu’ maka tidak sah solat;

· Apabila tidak kedapatan air untuk berwudu’ dibolehkan bertayamum untuk bersolat; dan

· Mereka yang sakit atau dalam musafir atau berjunub (kerana berjima’) dan tidak menemui air untuk berwudu’ dibolehkan bersolat dengan bertayamum.

Dalam kes-kes tersebut tidak kedapatan air untuk berwudu’ dan mandi junub dan waktu solat sudah tiba, maka dibolehkan bertayamum untuk bersolat.
Cara dan kaedah bertayamum adalah dengan debu tanah yang bersih, dan anggota tayamum itu hanyalah dua, iaitu:

· Muka (disapu sekali sahaja); dan
· Kedua tangan (disapu sekali, kanan dahulu kemudian kiri).

Disebutkan bahawa kedua-dua tangan disapu sampai ke pergelangan tangan sahaja, bukan seluruh tangan termasuk lengan!
Di dalam ayat al-Quran dijelaskan bahawa bertayamum itu dengan debu tanah yang bersih dan anggota tayamum itu adalah kedua tangan dan muka. Bagaimana caranya, diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah; iaitu:

· [Membaca kalimah 'Bismillah' dahulu sebelum memulakan tayamum, sebagaimana memulakan wudu' dengan air.]
. Ditepuk kedua telapak tangan ke atas tanah berdebu dengan sekali tepukan;
· Dikibas-kibaskan kedua telapak tangan atau menepuk kedua-dua telapak tangan untuk menghilangkan kerikil atau ketul-ketul tanah yang melekat di telapak tangan atau, menghembus telapak tangan untuk mengghilangkan debu yang banyak melekat;
· Menyapu (anggota tayamum pertama) muka (sekali); dan
· Dengan telapak tangan yang berdebu menyapu belakang tangan hingga ke paras pergelangan tangan (anggota tayamum kedua).

Selesailah bertayamum maka dibolehkan menyikut as-Sunnah mengerjakan solat (walaupun, seseorang itu berjunub masih belum mandi junub, kerana tidak kedapatan air untuk berwudu’).
Kaedah menyapu tangan: telapak tangan kiri menyapu belakang tangan kanan sekali, kemudian telapak tangan kiri menyepu belakang tangan kiri sekali.
Jelasnya, ketika bertayamum itu yg perlu disapu adalah muka kita sekali dan kemudian kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan sahaja sekali didahului dengan tangan kanan. Jadi, bukanlah disapu sampai ke lengan sebagaimana mengambil wudu' dengan air.
Setelah bertayamum, kita boleh mengerjakan solat. [Nota: Setiap solat satu tayamum.] Di dalam as-Sunnah kita diberitahu, sebagai mengulangi perintah Allah (a.w) di atas itu, bahawa jika kita tidak menemui air:
1. Kita boleh bertayamum untuk mengerjakan solat; dan
2. Jika kita dalam junub, dan tidak menemui air untuk mandi junub, kita boleh bertayamum untuk mengerjakan solat walaupun belum mandi junub.
Yg perlu kita lakukan adalah membersihkan kemaluan kita dari bekas-bekas kekotoran air mazi dan sebagainya dengan kerts bersih tiga kali atau dengan batu, kemudian kita sebut kalimah 'Bismillah' dan lakukan sebagaimana di atas itu. Kita akan teliti di lain post beberapa potongan hadith mengenai tayamum ini nanti, insya Allah.
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment