Monday, January 11, 2010

Berbuat baik kepada kedua ibubapa

Assalamualaikum,
Tidak ada ugama lain yg lebih mengutamakan kedudukan ibubapa dalam masyarakatnya. Hanya Islam yg meletakkan kedudukan kedua ibubapa dalam sesebuah keluarga itu lebih mulia dan lebih tinggi. Maka dengan itu di dalam Islam peraturan tentang ketaatan itu adalah:
1. Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran);
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah);
3. Taatkan 'ulil amri' (atau Imam atau Amir) jema'ah (selagi perintahnya tidak maksiat terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w);
4. Taatkan kedua ibubapa dan berbuat baik kepada kedua-duanya setiap masa; dan
5. Bagi seorang isteri, taatkan suaminya (melainkan suaminya menyuruh berbuat maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan kedua ibubapanya).
[Nota: Istilah 'maksiat' dalam Islam adalah melakukan sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah]. Disebutkan dalam Islam dan syariatnya, seseorang anak yg kedua ibubapanya tidak redha terhadapnya, tidak akan mendapat syurga. Malah walaupun dia mentaati Allah (a.w) dan RasulNya (i.e. ikuti as-Sunnah). Allah (a.w) dan RasulNya tidak redha terhadapnya sekiranya kedua ibubapanya tidak redha terhadapnya!
Cuba kita teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran tentang mentaati dan mengutamakan kedua ibubapa itu, sebagai panduan kita:
1. Firman Allah (a.w): ' ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka) ...' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]
Orang Islam (malah manusia) diperintah Allah (a.w) supaya berbuat baik kepada kledua ibubapa mereka. Bezanya, jika tidak Islam, selain kesusilaan hidup berkeluarga di dunia, tidaklah dapat sebarang kebaikan di akhirat, walaupun berbaik kepada kedua ibubapanya di dunia. Kesejahteraan akhirat, i.e. selamat dari neraka, hanya diperolehih jika Islam dan patuhi Ayat 13, Surah an-Nisa', antara kepatuhan selainnya.
2. Firman Allah (a.w): ‘Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik terhadap Allah (a.w) (i.e. menduakanNya, yakni mengakui ada tuhan lain atau ada beberapa tuhan selainNya) dengan sesuatupun, dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...] [Ayat 36, Surah an-Nisa’]
Perintah yg sama dengan perintah dalam Ayat di atas itu.
3. Firman Allah (a.w): ‘Katakan olehmu (wahai Muhammad)! Marilah (yakni, dengarlah dan ingatlah) supaya aku bacakan kepada kamu apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu atas kamu sekelian: iaitu jangan kamu syirik terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan ... ] [Ayat 151, Surah al-An’am]
Di dalam ayat di atas itu, Allah (a.w) perintahkan RasulNya, Muhammad (s.a.w), supaya memberitahu manusia tiga perkara: iaitu, pertama, jangan syirik terhadap Allah (a.w); kedua, berbuat baik kepada kedua ibubapa; dan ketiga, janganlah membunuh anak kamu. Hari ini, sudah pula menjadi suatu kelaziman apabila anak-anak tidak berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. Malah, lebih teruk lagi. Kerana ada anak yg langsung tidak hormat atau menzaimi kedua bapanya atau menganianya kedua ibubapanya dan akhir-akhir ini membunh kedua ibubapanya pula! Begitulah tenggelamnya keimaman serta keIslaman umat Islam hari ini. Ramai ula remaja yg melahirkan anak diluar nikah dan kemudian membunh bayi mereka ke dalam jamban, ke dalam tong sampah atau ke dalam sungai dan sebagainya.
Orang Melayu membunuh anak bukan kerana kemiskinan, i.e. tidak mampu menyara mereka, tetapi membunuh anak kerana malu setelah terjebak melakukan seks bebasa dengan rakan kenalan kerana berseronok!
4. Firman Allah (a.w): ‘Dan Kami (yakni, Allah (a.w)) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).] [Ayat 14, Surah Luqman]
Allah (a.w) mengingatkan manusia dalam firmanNya di atas itu bagaimana kedua ibubapa bersusah payah menjaga, mendidik dan bersusahpayah memelihara anaka-anak mereka ketika kecil sehingga besar dewasa dan mampu berdikari. Maka dengan itu Allah (a.w) mewajibkan anak-anak berbuat baik kepada kedua ibubapa mereka dan hendaklah kita, sebagai anak. bersyukur kepadaNya kerana memberikan kita peluang hidup di dunia dan bersyukur kepada kedua ibubapa kita kerana merekalah yg telah menjaga kita sehingga dewasa. Lebih utama lagi bu yg bersusah payak mengandung, menyusukan kita, kemudian memberi makan, mendidik dan sebaaginya hingga kita boleh berdikari.
5. Firman Allah (a.w): ‘Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah (sebagai Tuhanmu) melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu; maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar atau kesat dan meninggikan suara) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (i.e. suara yang lembut serta bersopan santun dan kata-kata yg baik-baik).] [Ayat 23, Surah al-Isyrak]
[Nota: Islam mewajibkan anak-anak menjaga ibubapa mereka ketika mereka tua sebagai balasan kepada budi baik serta susah payak mereka membesarkan anak-anak tersebut. Di dalam as-Sunnah tugas utama menjaga itu diletakkan kepada anak-anak lelaki lebih dari anak-anak perempuan. Walaupun seorang perempuan itu, setelah berkahwin’ diwajibkan mentaati suami asalkan suruhan dan perintah suami tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika suami menyuruh isteri maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulNya seumpama melakukan sesuatu yg tidak sejajar dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNya tentang berbuat baik kepada kedua ibubapa, isteri boleh ingakri suaminya. Anak perempuan tetap diwajibkan berbuat baik dan berhubungan baik dengan kedua ibubapanya. Jika tidak rida seorang bapa dan ibu terhadap anaknya, walaupun dia mentaati suaminya yang baik, tetapi Allah (a.w) tidak rida atasnya. Allah (a.w) rida terhadap seseorang atas keridaan ibubapanya terhadapnya.]
Apakah pula bimbingan Rasulallah (s.a.w) tentang hubungan antara anak dengan kedua-dua ibubapa mereka?
6. Menceritakan hadith Walid bin ‘Aizari berkata: ‘Aku mendengar Aba ‘Amrin as-Saibani berkata menceritakan hadith oleh pemilik ini rumah dan menginsyarat dia akan rumah (yakni, menunjuk kepada rumah yang dimaksudkan olehnya), kepada rumah Abdullah (r.a) berkata: ‘Aku bertanya kepada Nabi (s.a.w): ‘Apakah amalan yang sangat disukai oleh Allah (a.w)’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘As-solatu ‘ala waqtiha.' [Maksud: Bersolat ketika masuk waktunya.]. Kemudian bertanya aku lagi: ‘Kemudian apa?’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘Thumma birru walidaini.' [Maksud: Kemudian berbuat baik atas kedua ibubapa.] Bertanya aku lagi: 'Kemudian apa?’, bersabda Nabi (s.a.w): 'Al-Jihadu fi sabilillah.' [Maksud: Kemudian berjihad pada jalan Allah (a.w).] Berkata Abdullah (a.w): ‘Menceritakan kepadaku dengan apa-apa kesemuanya seandainya meminta tambah akan daku apa-apa.’ [Hadith Bukhari, Kitab Waktu Solat]
Hadith di atas menyebutkan bahawa Abdullah bin Omar (r.a) ketika bertanyakan kepada Rasulallah (s.a.w) tentang amalan terbaik yang sangat disukai oleh Allah (a.w), diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa amalan terbaik itu adalah:
1. Bersolat ketika masuk waktunya (i.e. bersolat di awal waktu);
2. Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu mangalahi ganjaran pahala berjihad pada jalan Allah (a.w). Begitulah kedudukan kedua-dua ibubapa terhadap anak-anaknya.
Fikirkanlah, sekiranya mati seseorang itu kerana berbuat kebaikan untuk kedua-dua ibubapanya, maka dia mendapat syurga.
Malangnya, hari ini kerana kejahilan dan kerana tiada bimbingan yg sistematis dan konsisten dari banyak pihak, termasuk mereka yg bertugas tentang mengiimarahkan Islam dan syariatnya, membimbing masyarakat umat Islam, tidak berfungsi, maka timbullah pelbagai kejahilan dan kemaksiatan, termasuklah kemaksiatan trhadap kedua ibubapa. Hari ini anak-anak yg kaya lebih suka menghantar kedua ibubapa mereka ke rumah orang tua-tua, suatu amalan yg langsung bertentangan dengan syariat Islam. Anak-anak yg menghantar ibubapanya untuk dijaga oleh orang lain, tidak terlepas dari tanggungjawabnya terhadap ibubapanya!
Mudah-mudahan kita akan kembali kepada Islam dan syariatnya supaya umat Islam meletakkan kedua ibubapanya ditempat yg sewajarnya dalam Islam, Amin.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment