Thursday, January 7, 2010

Ilmu dan Amalan

Assalamualaikum,
Hari ini kita telah lihat bagaimana orang Islam semakin hari semakin mencontohi dan menggunakan sistem nilai orang-orang bukan Islam dalam menilai ugamanya. Suatu masa dulu mereka belajar ilmu di pondok dari tok-tok guru yg juga mendapat ilmunya dari tok gurunya di pondok. Kaedah pengilmuan dan kaedah penyampaian ilmu adalah dari guru kepada murid secara berdepan. Murid akan diuji oleh gurunya sejauh mana mereka faham ilmu yg disampaikan olehnya. Maka dengan itu kuranglah tersilap mentafsirkan sesuatu, kerana sentiasa dibiming oleh gurunya setia pamasa.
Hari ini. ilmu diajarkan secara terbuka, pelajar diuji pencapaiannya melalui pelbagai ujian. Hasilnya, tidak semua pelajar yg lulus dengan cemerlang ataupun tidak bebar-benar telah menguasai ilmu yg telah diajarkan oleh guru-gurunya. Apaila kita lihat lebih jauh pula, masyarakat Islam sekarang begitu memberi pengiktirafan kepada orang yg lulus dari institusi pengajian tinggi di negara-negara Islam, atau lebih tepat, mereka yg lulus dalam bidang atau matapelajaran terkait dengan ugama atau Islam, diakui berilmu. Maka mereka diberi jawatan dalam organisasi ugama dan lain-lain organisasi. Mereka yg mendapat ijazah lanjutan diberi pengiktirafan lebih tinggi. Mereka yg ada ijazah kedoktoran, i.e. Ph D pula, lagi mendapat pengiktirafan yg jauh lebih tinggi.
Tidak hairanlah, hari ini ibu bapa amat berbangga apabila anak-anaknya mempelajari matapelajaran ugama, di institusi pengajian ugama, dan mendapat pula ijazah tertinggi pula. Itulah kejayaan. Masyarakat pula beranggapan bahawa mereka yg ada ijazah Ph D atau bergelar Dr. dalam bidang berkaitan ugama, adalah ornag yg bijak, meluas ilmunya dan dia lebih tahu tentang Islam, malah masyarakat anggap mereka lebih faham dan lebih mampu menyampaikan ilmu kepada masyarakatnya!
Demikianlah metamophorsis masyarakat Islam semakin hampir dan semakin mencontohi sistem nilai dan peradaban masyarakat bukan Islam. Di dalam Islam penyebaran ilmu dan pengajaran ilmu adalah khusus. Ada guru dan ada murid. Guru menerima ilmu dari gurunya dan begitulah seterusnya. Maka murid menerima ilmu dari gurunya. Ilmu yg disampaikan adalah pasti tidak menyimpang dari ketetapan yg haq - ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ilmu tidak akan dicemari dan tercemar, kerana tidak ada tambahan atau pengubahsuaian atau pindaan terhadap ilmu yg asal. Yang ada adalah penjelasan yg dibuat oleh guru-guru ketika menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Murid yg ditauliahkan tidak dibenarkan membuat pantafsiran mengikut kebijaksanaan atau kepintaran otaknya sendiri. Demikian itu jugalah proses pengilmuan dari murid tersebut kepada muridnya pula.
Hari ini, tradisi pengilmuan ala Barat tidak begitu. Tidak ada kepastian bahawa ilmu yg dipelajari atau disampaikan oleh guru difahami sepenuhnya oleh muridnya. Tidak ada penilaian yg dapat mempastikan murid benar-benar faham ilmu yg disampaikan. Kemudian di tahap Ph D pula, ada suatu Dissertation Committee (Jawatankuasa Penilaian) yg dianggotai oleh seorang ketua dengan beberapa orang ahli, termasuk seorang atau dua yg didatangkan dari institusi di luar institusi calu Ph D belajar tersebut. Itulah sistem dan kaedah penilaian ala Barat. Calun akan mendapat Ph D apabila tulisannya (i.e. dissertation = Thesis) di terima oleh Jawatankuasa Penilaian. Terpulanglah kepada kesepakatan penilaian Jawatankuasa dan ini bergantung kepada asas ilmu yg ada pada mereka yg menilai, tanggapan mereka tentang sesuatu, termasuk ide yg ditulis oleh calun Ph D dan lebih penting 'worldviews' mereka. Worldviews sedemikian akan mencorakkan perkara yg hendak dikaji, rumusan yg dicapai serta preskripsi apa yg wajar dijadikan panduan.
Malangnya, masyarakat Melayu hari ini telah mengikuti pengiktirafan ilmu mengikut kaedah Barat. Kita lihat seseorang yg memiliki ijazah MA atau PhD dari al-Azhar, Umul Qura, Madinah, universiti di Jordan, di Iraq, atau di Syria. ADa juga yg mendapat PhD dari universiti 'keugamaan' di Barat yg tersohor seperti Universiti St Andrew di UK dan Temple Universiti di US, dalam jurusan ugama atau falsafah tentang ' revealed knowledge' atau 'religious philisophy' dan seumpamanya. Mereka ini juga diangkat dan dinobatkan sebagai ulama'! Di Malaysia, antara universiti yg tersohor pula adalah UIAM atau dari Jabatan Pengajian Islam di universiti-universiti selainnya spt UM, UiTM, UUM, UKM, USM dan UTM sebagainya. Kini sudah ada pula universiti yg khusus mengajarkan ilmu mengenai Islam.
Tradisi serta kaedah pengilmuan ala Barat mengutamakan pendapat dan pandangan manusia, i.e. profesor atau mahaguru, mengkagumi pendapat dan fikiran mereka tentang segala sesuatu. Masyarakat akademik mengutamakan 'originality of ideas' - iaitu ide-ide yg terbaru yg tidak bergantung kepada penemuan yg lama atau pendekatan yg lama, tetapi menunjukkan suatu pentafsiran yg baru, lebih baik yg mendahului zamannya, ide yg mampu menangkis pendapat orang lain atau dapat mencetuskan idea yg baru.
Ilmu dalam Islam itu tidak boleh dipelajari atau difahami mengikut cara dan kaedah sedemikian. Segala sesuatu mengenai Islam itu sudahun ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Manusia hanya mengetahui perintah dan suruhan serta tegahan Allah (a.w) apabila mereka mengaji ilmu yg terdapat dalam al-Quran atau mendapat penjelasan serta huraiannya melalui ilmu as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ilmu Allah (a.w) tidak siapa yg dapat mengkajinya. Kerana, Allah (a.w) memberitahu kita jikalah kesemua air lautan yg ada dipermukaan bumi ini dijadikan dakwat dan segala pohon yg tumbuh dimuka bumi ini dijadikan pena, untuk menulis ilmu Allah (a.w), pasti tidak akan terhabis ilmu itu dituliskan! Malah, jika digandakan sekali, dua kali ganda sekalipun, tidak mungkin daat dituliskan ilmu Allah (a.w). Oleh itu, mustahil bagi manusia untuk sebenar-benarnya mentafsirkan atau mentakwilkan sesuatu yg 'samar' (i.e. mutasyabihat) dalam al-Quran. Soalnya: mengapakan perlu kita manusia meneliti dan menghalusi sesuatu yg kita pasti tidak akan tahu? Contohnya: mengapakah perlu kita ingin tahu secara pasti sifat Allah (a.w)? Seperti mengapa perlu kita cari kedudukan sebenarnya bagaimana Allah (a.w) bersemayam di atas ArsyNya? Apakah bentuk 'tangan' Allah (a.w)? Bagaimanakah mungkin Allah (a.w) yg satu itu turun ke langit dunia selepas sepertiga terakhir malam untukmelihat hambaNya mengerjakan amalan dan ibadah tambahan, walhal, kata sesetengah ulama', waktu dunia tidak sama, akalau malam di suatu wilayah dunia maka siang disuatu wilayah yg lain? Tidak mungkin manusia dapat memafahami sepenuhnya perkara yg hendak difahami. Inilah salah satu daripada timbulnya pelbagai aliran atau fahaman dalam Islam,yg akhirnya menjadikan perpecahan umat Islam menjadi 73 golongan atau mazhab. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa hanya satu golongan sahaja yg mendapat syurga, manakala 72 golongan atau mazhab yg lain, gagal sebaliknya terjerumus ke dalam neraka.
Allah (a.w) tidak menyuruh kita membuang masa mencara dan memahami apa-apa yg kita tidak mungkin faham, walau bagaimana sekalipun pintarnya kita dan melaut manapun ilmu kita. Yg utama bagi orang Islam yg beriman itu adalah 'dengar' apa yg dikatakan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, jangan banyak soal, yg perlu hanyalah 'terima' atau 'taat' apa yg diberitahu atau yg disuruh.
Apabila Allah (a.w) menyebut nama-nama Allah (a.w) itu amat baik 'Asma'ul husna', dan nama-nama itu adalah zat Allah (a.w), sifat Allah (a.w). Para ulama telah mengupulkan sebanyak 99 nama, tetapi zat dan sifat serta nama Allah (a.w) tidak terhad kepada 99 sahaja. Yg perlu kita sebagai hamba Allah (a.w) terima sahaja apa yg disebutkan oleh Allah (a.w) dan apa yg disampaikan oleh Allah (a.w). Kita tidak perlu bersusah payah cuba membuat analisa dan cerakinkan atau cuba mencari kepastian secara terperinci sesuatu. Yg disurh hanyalah fahami Perintah dalam Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa', i.e. kita taatkan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) dan jauhi apa yg ditegah, dan perintah dalam Ayat 59, Surah an-Nisa', i.e. kita taatkan 'ulil amri', selagi kita tidak disuruh membuat suatu kemaksiatan terhadap Allah (a.w) dan RasulNya, itu sahaja. Kalau semua manusia itu akur dengan ketetapan tersebut, mereka berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga.
Malangnya, hari ini sebagaimana telah berlakunya, semenjak kewafatan Rasulallah (s.a.w) adalah manusia terlalu mengutamakan pendapat dn pandangan manusia, yg mereka katakan orang yg alim, i.e. ulama', walaupun kita tahu bahawa jika kita ikuti pendapat manusia, akan ada 1,001 macam pendapat dan rumusan, semuanya berbeza, dan tidak mungkin sama. Maka kerana itu bercelarulah fikiran serta amalan kita.
Yg utama bagi kita adalah kembali kepada asas, i.e. back to basics. Itu sajalah jalan pintas ke syurga. Hakikatnya, yg basicspun kita belum capai, apatah lagi untuk mencari yg tersirat dalam Islam. Allah (a.w) tidak menyuruh kita lakukan selain dari menetapi perintahnya dan perintah RasulNya. Mengapa kita perlu bersusah payah mencari yg tidak disuruh cari!
Mudah-mudahan coretan ini dapat membetulkan perpektif minda kita tentang Islam. Jika tidak kita akan terpengaruh dengan berbagai cakap-cakap manusia yag seringkali bersandarkan pendapat tanpan sumber yg hak. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu wajib kita pelajari ilmu mengenai al-Quran dan ilmu mengenai as-Sunnah, itulah dua panduan yg haq, selainnya tidak akan menjuruskan kita ke arah yg dituju sebagai umat Islam yg beriman, iaitu 'mencarai kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya) dan takutkan azabNya (i.e. nerakaNya)' - Ayat 57, Surah al-Isra'.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment