Sunday, January 10, 2010

Solat - Rumusan pergerakannya

Assalamualaikum,
Kita telah teliti dalam beberapa post blog ini kaedah bersolat bersandarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usallai' [Maksud: Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.] [Hadith Bukhari] itu. Kita dapati ada benayk kelainan cara rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qauli dalam solat kita apabila kita bandingkan dengan perlakuan Rasulallah (s.a.w). Sebelum kita ulangi kelainan tersebut, cuba kita rengkaskan perlakuan solat tersebut:
1. Berwudu' mengikut ketetapan as-Sunnah dengan betul (Kita telahpun fahami cara dan kaedah berwudu' mengikut as-Sunnah, terutama memulakan wudu' dengan menyebut 'Bismillah');
2. Berdiri untuk bersolat dengan mengadap kiblat dan berniat untuk solat (Nota: Sebenarnya tidak perlupun mengingatkan niat kita kerana apabila kita berdiri untuk bersolat secara otomatis kita sudah 'memasang niat' untuk mengerjakan solat tersebut), maka dengan itu tidak dilafazkan niat seumpama 'Usalli ...' itu [Perhatian: Jangan lafazkan ' Usalli ...'];
3. Memulakan solat dengan Takbiratul Ikhram dengan menyebut Takbir ('Allahu Akbar') sambil mengangkat kedua-dua tangan sehingga hujung-hujung jari bersetentang dengan kedua cuping telinga atau ke paras bahu, kemudian;
4. Meletakkan kedua-dua tangan di atas bahagian pusat dengan tangan kanan memegang tangan kiri di pergelangan tangan kiri, dan membaca Doa Iftitah (i.e paling pendek 'Allahu akbar kabira wal-hamdulillahi kathira, wa-subhanallahi bukratau wa-asila');
5. Membaca Surah al-Fatihah (i.e Ummul Kitab) tanpa membaca 'Basmalah' atau membaca 'Basmalah' sebelum al-Fatihah tanpa menguatkan bacaan 'Basmalah' , yakni setakat boleh didengar oleh telinga kita sendiri sahaja (Nota: Jika Solat Subuh dan Maghrib dan Isya' dikuatkan bacaan al-Fatihah dan surah pada dua rakaat pertama, dan jika untuk solat-solat siang hari tidak dikuatkan bacaan, memadai boleh didengar oleh telinga kita sendiri.) [Nota: Jika menjadi makmum bacalah setakat yg boleh didengar oleh telinga sendiri sahaja];
6. Membaca satu Surah al-Quran tanpa mendahulukan bacaan 'Basmalah' atau membaca 'Basmalah' tanpa dikuatkan (i.e. dijaharkan);
7. Setelah selesai membaca surah, membaca Takbir (i.e. 'Allahu Akbar') sambil mengangkat kedua-dua tangan sampai jarai-jari tangan ke paras cuping telinga atau ke paras bahu, kemudian Ruku', dan ketika Ruku' membaca Tasbih Ruku' (i.e. 'Subhana rabbial 'azim') tiga kali [Perhatikan: Tanpa menyebut kalimah tambahan 'wa-bihamdihi'];
8. Bangkit dari Ruku' untuk Iktidal dengan mengangkat kedua-dua tangan sambil membaca Tasbih (i.e. 'Sami-allahu liman hamidah') sampai hujung jari-jari tangan bersetentang dengan cuping telinga atau bersetentangan paras bahu, dan ketika sudah tegak berdiri bacalah Tasbih (i.e. 'Rabbana lakal hamdu'). [Nota: Jika kita berjemaah, dan kita adalah makmum, apabila Imam membaca Tasbih 'Samiallahu liman hamidah' itu, kita sambut dengan membaca 'Rabbana lakal hamdu' sahaja, sambil bangun untuk Iktidal tanpa mendahului pergerakan Imam;
9. Kemudian membaca Takbir dan tunduk untuk Sujud dengan meletakkan telapak tangan secara terbuka dahulu di atas sejadah, kemudian kedua-dua lutut, dan kemudian dahi dengan memastikan tujuh anggota Sujud di atas sejadah. Apabila sempurna Sujud bacalah Tasbih Sujud ('Subhana rabbial 'ala') tiga kali [Perhatian: Tanpa menambah kalimah 'wa-bihamdihi'];
10. Selesai membaca Tasbih Sujud bangun sambil bertakbir untuk Duduk diantara Dua Sujud dan membaca Tasbihnya (i.e. yg pendek: 'Rabbighfirli, rabbghfirli');
11. Kemudian Sujud semula (kali keduanya) sambil bertakbir, dan setetlah sempurna Sujud bacalah Tasbih Sujud (i.e. 'Subhana rabbial 'ala') tiga kali [Perhatian: jangan baca 'wa-bihamdihi'];
12. Selesai Sujud kedua itu, bagi rakaat pertama itu, kita bangun untuk rakaat kedua (atau rakaat seterusnya) sambil bertakbir (i.e. sebut 'Allahu Akbar') dengan mengangkat kepala dahulu kemudian lutut dan akhirnya kedua-dua tangan kita;
13. Ketika selesai Sujud kedua pada rakaat kedua, kita duduk terus untuk membaca Tahiyat Awal (bagi solat yg tiga atau empat rakaat). Duduk hendaklah duduk 'iftirasy'. [Nota: Sila rujuk cara dan kaedah duduk 'iftirasy' itu dan bacaan Tahiyat Awal yg diberikan dalam post yg terdahulu itu). Jika kita bersolat Solat Subuh, kita duduk terus membaca Tahiyat Akhir. Jika kita selesai Sujud kedua bagi rakaat ketiga, ketika bangun hendaklah kita mengangkat kedua-dua tangan sambil bertakbir sampai hujung jari-jari yg tegah bersetentangan dengan cuping telinga atau sehingga paras bahu, untuk rakaat ketiga solat [Nota: Bagi rakaat kedua atau keempat, tidak perlu bangun dari Sujud dengan mengangkat kedua-dua tangan, memadai membaca Takbir (i.e. 'Allahu Akbar') sahaja];
14. Setelah sempurna kita berdiri untuk rakaat ketiga dan kempat, kita hanya perlu baca al-Fatihah sahaja (i.e. semasa berdiri pada rakaat ketiga dan keempat). Jika Solat Subuh yg hanya dua rakaat, setelah selesai membaca Tahiyat Akhir, kitapun memberi 'Salam' dengan memalingkan muka kita ke kanan dengan menyebut kalimah 'Salam' (i.e. 'Assalamualaikum warahmatullah') dan kemudian ke kiri dengan menyebut kalamah 'Salam' yg sama;
15. Pergerakan yg sama ketika Ruku', Iktidal, Sujud dan Duduk diantara Dua Sujud adalah sama seperti di atas.
Jelaslah bahawa kita pasti ketahui bahawa ada perbezaan antara solat Rasulallah (s.a.w) berbanding dengan solat yg kita kerjakan selama ini. Bacaan tambahan atau kelakuan tambahan yg kita buat sekarang ini tidak ada sandaran as-Sunnah, i.e. tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). maka dengan itu termasuk dalam istilah 'pembaharuan dalam perkara solat' atau 'bid'ah'! Rosaklah solat kita selama ini, tidak diterima Allah (a.w).
Selepas memberi 'Salam' apa yg harus kita buat atau apakah amalan yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita kerjakan? Kita disuruh untuk kerjakan perkara-perkara berikut:
1. Berwirid;
2. Berzikir
3. Bertasbih tambahan
4. Membaca Doa
semuanya bersendirian tanpa Imam membaca kuat dan makmum mengaminkannya. Kita akan teliti dalam post yg akan datang perlakuan selepas selesai solat. Yg utama diingatkan adalah jangan sekali-kali setelah selesai solat kita tidak berdoa, nanti kita disenaraikan sebagai orang yg sombong terhadap Allah (a.w) dan akan mendapat siksaannya!
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment