Thursday, January 28, 2010

Peringatan Allah (a.w) kpd orang yg kufur

Assalamualaikum,
Hari ini kita teliti peringatan Allah (a.w) kepada orang yg ingkar terhadap ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Dalam al-Quran sering dirujuk kalimah 'kafir' atau 'kufur' atau 'menentang' atau dalam istilah harian sebagai tidak mahu menerima kenyataan.
1. Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg kafir atau kufur atau ingkar itu samalah pada mereka sama ada engkau (Muhammad (s.a.w)) menakut-nakutkan mereka atau tidak engkau menakut-nakutkan mereka mereka tidak akan beriman (i.e. mahu mengikut).' [Ayat 6, Surah al-Baqarah).
Apabila kita teliti ayat ini, para ulama' dan para ilmuwan sering berkata bahawa ayat ini ditujukan kepada orang musyrik (i.e. yg tidak akui kewujudan Tuhan yg Esa) atau orang kafir (i.e. yg akui wujudnya tuhan tetapi tidak mahu menerima Islam dan menerima Rasulallah (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w)) dan mereka yg tidak mahu beriman (i.e. yakin dengan hari pembalasan, tentang syurga dan neraka). Atau ,mereka juga memasukkan golongan ini sebagai orang yg pasiq i.e. mereka yg Islam tetapi tidak mengerjakan segala perintah dan suruhan walaupun mereka berkata mereka beriman. Tapi, jarang-jarang sekali mereka merujuk kepada orang Islam yg beriman tetapi songsang imannya, kerana walaupun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah sesuatu, mereka tetap tidak mahu ikut dan berpandukan ketetapan tersebut secara sepenuhnya. Contoh: orang yg diberitahu bahawa janganlah diada-adakan apa-apa yg tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah, seumpama mengerjakan dan yakin dengan wujudnya apa yg mereka katakan 'bida'ah hasanah' itu. Kerana, Allah (a.w) perintahkan supaya kita yg Islam dan beriman itu taatkan Rasulallah (s.a.w) dan ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e as-Sunnah) dan tinggalkan tegahan atau larangan Rasulallah (s.a.w) seumpama berbuat dan mengamalkan dan mengembang dan menyemarakkan bid'ah, kerana Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa tiap-tiap atau kesemua bid'ah itu kesestan, mereka berdegil dan kekal membuat helah dan berhujjah bahawa ada kategori bid'ah yg baik i.e. 'bida'ah hasanah'. Mereka ini juga termasuk dalam istilah 'kafir' kerana umumnya kafir adalah istilah yg merujuk kepada orang yg ingkar akan ketetapan Allah (a.w). dan RasulNya! Kerana di dalam al-Quran Allah 9a.w) memberitahu seseorang iman itu apakal diberitahu ketetapan Allah (a.w0 dan Rasulallah (s.a.w) mereka 'sami'na wa-ato'na' (i.e. mereka dengar dan taat) bukan mengadakan hujjah tidak menerimanya!
Mereka itu jikapun diberitahu bahawa mereka membuat yg batil dan kerana itu akan disiksa dalam neraka, mereka berhujjah bahawa mereka buat sesuatu yg dibolehkan (i.e. diharuskan)! Kerana mereka berpandukan pandangan dan pendapat para ulama' silam dan berpandukan kitab-kitab karangan mereka! Mereka tidak terasa bahawa mereka 'kufur' yakni ingkar. Sama saja -kita beritahu ataupun kita tidak beritahu bahawa panduan yg haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, mereka kekal dengan pendirian mereka. Malah mereka megadakan program, polemik, forum, seminar dan sebagainya, untuk menegakkan hujjah mereka yg batil. Lihatlah apa yg berlaku apabila golongan majoriti umat Islam yg menyifatkan diri mereka golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' walhal berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah mereka yg berpegang dan berpandukan semata-mata as-Sunnah dan mereka mengamalkan segala sesuatu dalam Islam secara berjema'ah!
2. Firman Allah (a.w): '(oleh kerana itu, i.e oleh kerna kedegiklan mereka menerima sesuatu yg haq) Allah (a.w) telah memeterikan hati-hati mereka dan mengunci pendengaran mereka dan mengunci penglihatan mereka tertutup sepenuhnya (hati, pendengaran dan penglihatan mereka tidak lagi dapat terbuka untuk menerima sesuatu yg haq), dan (kerana itu) bagi mereka adalah (disediakan) 'azab yg amat besar (i.e. amat berat) (yakni dicampakkan ke dalam neraka).' [Ayat 7, Surah al-Baqarah]
Ramai diantara kita yg taksubkan kepintaran manusia apabila kita meneliti kitab-kitab mereka. Maka dengan itu ramailah para ilmuwan di Malaysia ini meneliti tokoh-tokoh ulama' silam dan mahaguru-mahaguru silam apabila mereka mengolah atau mencerakinkan sesuatu yg mereka kononnya faham tentang firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w). Begitu banyak masa yg terluang dihabiskan untuk meneliti pendapat dan pandangan tokoh-tokoh tersebut, sehinggakan sesuatu yg straight forward dan jelas menjadi begitu complicated dan mereka berbangga dengan penggunaan istilah-istilah yg canggih dan esoteric sehinggakan apa yg mereka kata ramai pembaca tidak faham. Mereka pula dengan bangga berkata bahawa kerana tidak faham, maka dengan itulah kita tidak akui 'kebenaran' kata-kata mereka! Orang-orang beginilah yg menjadikan Islam itu suatu ugama yg merumitkan walhal, apabila syariat Islam disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) orang-orang yg tidak sekolah dan tidak pandai membaca dan tidak pandai menulispun faham mesej Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan mesej Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah)! Saudara, hari ini begitu ramai orang Islam yg bergelar ulama' dan ilmuwan buta mata hati mereka dan tertutup akal fikiran mereka sehinggakan mereka tidak mahu mendengar nasihat orang lain, terutama orang yg mereka anggapkan inferior (i.e. tidak berkedudukan tinggi, tidak bergelar atau semata-mata mengaji di pondok tiada ijazah dan sijil berantai dari menara-menara gading ilmu Timur Tengah atapun di Malaysia. Mereka dengan rasa sombong menganggapkan orang-orang sedemikian tidak msampai taraf ilmu dan kepandaian yg dia ada! Mereka sombong. Kalau mereka sampaikan pandngan mereka dalam blog seumpama blog ini, mereka tidak menerima komen secara terbuka, akan tetapi ditapis dahulu, supaya hanya komentar yg sejajar dengan pemikiran mereka ditulis atau dibenarkan! Apakah mereka takut tergugat dengan komen yg membohongi atau menidakkan pendapat mereka?
3. Firman Allah (a.w): 'Dan ada dikalangan manusia orang-orang yg berkata mereka beriman dengan Allah (a.w) dan mereka beriman dengan hari akhirat, dan (akan tetapi sebenarnya) tidaklah mereka sebenarnya beriman.' [Ayat 8, Surah al-Baqarah]
Allah (a.w) mencemuh manusia yg mengatakan dia beriman dengan kewujudan dan keEsaan Allah (a.w) dan mereka juga berkata mereka beriman dengan hari akhirat, tetapi sebenarnya mereka tidak sedemikian. Ramai para ulama' menyebut Allah (a.w) merujuk kepada orang-orang munafiq sahaja. Tetapi, sebenarnya Allah (a.w), dalam ayat ini, mencemuh semua mereka yg tidak menerima sepenuhnya ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Termasuk dalam golongan ini yg menyatakan wujudnya 'bida'ah hasanah' itu. Kerana, Rasulallah (s.a.w) telahpun peringatkan kita bahawa sesuatu ibadah dan amalan atau perbuatan atau perlakuan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) perlaksanaanya adalah batil dan tertolak sebagai amalan orang yg beriman! Tetapi, begitu ramai yg kekal bertegang dengan pendapat mereka bahawa wujud beberapa amalan yg 'baik' walaupun tiada dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)! 'Bida'ah hasanah' adalah kebatilan, tetapi mereka kekal berhujjah bahawa amalan tersebut adalah valid dan tidak menyeleweng!
Kalau mereka benar-benar beriman dengan Allah (a.w) pastilah mereka terima ketetapan Allah (a.w) dalam ayat-ayat yg kita rujuk dia atas itu. Mereka pasti menerima ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, (perintah ikuti as-Sunnah) Ayat 103, Surah ali-Imran (perintah anuti Islam secara berjema'ah), Ayat 31, Surah ali-Imran (perintah ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) untuk dikasihi Allah (a.w)), Ayat 32, Surah ali-Imran (perintah bahawa sesiapa yg menolak ketetapan as-Sunnah adalah kafir) dan banyak lagi. Kalau kita benar-benar beriman kita akan patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa tiada kitab yg lebih baik selain al-Quran dan tiada hidayah (i.e. petunjuk) yg terbaik selain hidayah Rasulallah (s.a.w) yg disampaikan melalui as-Sunnah, tapi mengapakan ramai diantara kita yg tinggalkan atau lupakan al-Quran dan as-Sunnah, dan berpandukan dengan kitab-kitab karangan manusia. Kalau kita yakin dengan akhirat yg akan ada neraka dan syurga, tatapi kita tidak endahkan pesanan Rasulallah (s.a.w) jangan buat dan amalakan 'bid'ah'? [Sila rujuk post-post yg lalu tentang isu-isu yg penulis sebutkan dalam post ini tentang 'bid'ah', 'ahlus sunnah' dan maksud 'berjema'ah' dan sebagainya.]
4. Firman Allah (a.w): '(mereka itu cuba) menipu Allah (a.w) dan (mereka cuba) menipu orang-orang beriman (yg menetapi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan (akan tetapi) tidaklah mereka menipu (Allah (a.w) dan orang-orang yg beriman itu kecuali (mereka menipu) diri mereka sendiri, dan tidaklah mereka terasa (i.e. sedar) (bahawa mereka menipu diri mereka sendiri).' [Ayat 9, Surah al-Baqarah]
Benarlah kata-kata Allah (a.w) dalam ayat ini. Mereka mengolah Islam dan syariatnya berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah, i.e. dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan manusia dan pendapat mereka yg mereka akui ulama' tersohor atau mahaguru yg pintar, tanpa meneliti dan mendalami al-Quran dan as-Sunnah, mereka membuat fatwa dan ketetapan yg menyanggahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atas alasan 'memodenkan Islam', supaya tidak menjumudkan Islam, dan supaya amalan-amalan yg 'baik' seumpama 'bida'ah hasnah' itu dijadikan amalan harian dan sebagainya.Tanpa mereka sedar bahawa mereka menipu diri sendiri. Sesuatu perbuatan yg tiada sandaran atau asas ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah kebatilan, walau apapun istilah canggih digunakan untuk menyerlahkannya. Rugilah apabila Allah (a.w) gam kita sebagai orang yg menipu diri sendiri. Di akhirat esok Kitab Catatan Amalan kita kosong walaupun telah bersusah payah mengerjakan amalan dan walaupun kepelbagaian amalan kita dan kita istiqamah pula mengerjakan amalan dan ibadah!
5. Firman Allah (a.w): 'Di dalam hati mereka (i.e. orang-orang yg disebutkan dalam ayat-ayat sebelum ini) ada penyakit, maka (kerana mereka persis dengan pendapat dan pandangan serta amalan yg batil itu dan tidak mahu mendengar nasihat dan petunjuk) Allah (a.w) menambah kepada penyakit (hati dan iman) yg ada dalam diri mereka, dan (kerana itu) bagi mereka (disediakan) 'azab yg amat pedih (di dalam neraka) dengan apa-apa yg mereka telah dustakan (i.e. mereka kata ada walhal takda dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).' [Ayat 10, Surah al-Baqarah]
Amaran Allah (a.w) ini wajib kita sentiasa ingati dalam melakukan dan berkata sesuatu dengan berpandukan pemikiran dan pendapat. Sesungguhnya di dalam Islam orang yg benar-benar beriman itu apabila diberitahu oleh Allah (a.w) (menurut al-Quran) dan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) (menurut as-Sunnah), tidak mahu berganjak dengan pendirian dan pendapat mereka, dan kemudian apabila diperingatkan oleh orang yg faqih tentang Islam dan syariatnya - berpandukan al-Quran dan as-Sunnah - mereka ketepikan nasihat yg beguna, hukumannya adalah seperti yg disebutkan dalam Ayat di atas itu! Penyakit kekufuran atau keingkaran terhadap yg haq itu, semakin teruklah penyakit hati dan jiwanya, walaupun pada pandangan manusia mereka sungguh 'dalam ilmunya' dan tersohor pula, tetapi segala-gala yg dikatakan oleh mereka tak lebih seumpama debu yg akan beterbangan apabila ditiup oleh angin kebenaran. Hanya, mereka telah butahati, tidak dapat membezakan yg haq dengan yg batil.
Saudara. Berhati-hatilah apabila mendengar cakap-cakap manusia - ulama' ke atau ilmuwan ke - selagi mereka tidak bersandarkan kepada nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, tetap batil! Janganlah kita perdagangkan dunia kita kerana taksub kepada orang yg bergelar ulama' dan ilmuwan tanpa usul periksa. Yg rugi kita, walaupun mereka sememangnya sudah rugi tanpa mereka sedari. Jika kita ikuti mereka, tanpa mempelajari ketetapan Allah (a.w) dan as-Sunnah, risikonya kita tanggung, di akhirat kelak, kita akan berbalah, bukan berbalah dalam bilik seminar atau dewan yg dinyamankan dengan aircon tetapi dalam panas yg membakar dalam neraka ... Justeru itu, berwaspadalah.
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalam'kom,

    Itulah yang dikatakan " PARALYSIS BY ANALYSIS". Yang terang2 nyata tapi nak bersuluh lagi. Perkara yang senang menjadi susah. Mereka yang bijak pandai berhujah menyeru kita sentiasa bertaqwah kepada Allah aw tapi apa itu taqwah? Ikut segala perentah Allah dan jauhkan larangannya - senang sajakan? Perlu ke menghuraiakn tentang perkara bida'ah ( pembaharuan) yg terang ada dalil mengatakan ditolak?

    Biarlah Si Luncai terjun dgn labu2nya, -biarkan..biarkan

    ReplyDelete