Tuesday, February 2, 2010

Komen atas komen!!

Assalamualaikum,

Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang pembaca/pengikut blog ini yg menyebut tentang Imam as-Syafie dan fahaman kemazhaban. Kita akui bahawa Imam as-Syafie adalah seorang ulama' yg antara yg terbaik zamannya. Malah Imam as-Syafie adalah seorang daripada 51 orang ulama' muhadithin, selain enam ulama muhadithin yg terkenal, iaitu Bukhari, Muslim, an-Nasa'i, at-Termidzi, Abu Daud dan ibnu Majah (yg kitab-kitab himpunan hadith mereka dirujuk sebagai 'Kuttubul Sittah' itu. Kuttubul Sittah, atau Kitab yg Enam ini telah disepakati oleh para ulama' muhadithin dan ulama' fiqh sebagai rujukan yg sahih tentang segala sesuatu mengenai Islam dan as-Sunnah.
Oleh yg demikian, mereka itu, termasuk Imam as-Syafie, benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya. Dia pasti seorang yg bukan sahaja alim (i.e. berilmu) tetapi orang yg tinggi tahap keimanannya serta ketaqwaannya. Justeru itu, masakan dia yg sanggup mewujudkan perpecahan dalam Islam, kerana pastilah dia lebih takut tentang ancaman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu! Pastilah juga seorang yg amat akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah!
Kita telahpun lihat dalam post yg lalu tentang kaedah berwudu'. Imam as-Syafie meriwayatkan satu hadith tentang kaedah berwudu' itu dari mula membasuh tangan sehingga kepada membasuh kaki dan kemudian berdoa di akhir wudu'. Beliaulah antara ulama' yg faham bahawa perintah menyapu atau mengusap kepala, i.e. seluruh bahagian kepala. itu adalah sunnah Rasulallah (s.a.w). Sehinggakan beliau melapurkan (i.e. meriwayatkan) bahawa apabila menyapu atau mengusap kepala dengan air wudu' itu dimulakan dengan menjalankan kedua-dua telapak tangan dari bahagian atas dahi dilalukan ke belakang dengan telapak tangan terbuka sehingga ke bahagian tengkuk dan kemudian mengembalikan kedua-dua tangan ke tempat permulaan sapuan, iaitu di bahagian atas dahi.
Tetapi, kita semenjak kecil lagi diberitahu oleh tok-tok guru bahawa menyapu kepala dalam berwudu' itu memadai dengan sebahagian kepala (i.e. rambut) dan tidak perlu keseluruhan bahagian rambut (i.e. kepala)? Katanya inilah yg diajarkan oleh ulama' Mazhab as-Syafie! Soalnya: betulkah begitu? Siapa yg meriwayatkan hadith sedemikian? Imam as-Syafie? Tiada terjumpa hadith dalam mana-mana kitab as-Syafie, termasuk kitab agungnya, 'al-Umm' itu menyebut perlakuan sedemikian. Atau, Imam as-Syafie menyebut memdai menyapu sebahagian kepala sahaja apakala menyapu anggota wudu' kepala! Jadi, siapa yg ajarkan perlakuan sedemikian?
Jelaslah ada sesuatu yg tidak betul yg telah diajarkan kepada kita tentang wudu'. Saudara boleh semak semula perkara ini dalam bab wudu' dalam mana-mana kitab hadith yg 51 itu (Nota: jangan rujuk kitab-kitab karangan ulama' atau ilmuwan, pasti tidak sah ilmunya!). Imam as-Syafie, sebagaimana Imam-imam muhadithin yg lain, tidak meriwayatkan sebarang hadith tentang menyapu beberapa helai rambut sebagai anggota wudu'! malah, Imam as-Syafie memperingatkan muridnya dan pengikut ajarannya, bahawa jika mereka dapati sesuatu yg dikatakan oleh beliau sebagai berlainan dari atau bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, hendaklah buang atau ketepikan pendapatnya, dan ambillah atau ikutilah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Jika begitu, pastilah beliau tidak menganjurkan sesuatu amalan dan ibadah yg sama sekali tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Sebagi ilmuwan yg tinggi dan mendalam ilmunya mengenai as-Sunnah, dia akur dengan sabda Rasulallah (s.a.w): Ilmu yg wajib dipelajari oleh orang islam yg beriman itu adalah tiga, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan faraid. Dan hadith Rasulallah: berpeganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pasti orang-orang yg beriman itu tidak akan sesat dan disesatkan dalam mencari jalan ke syurga (i.e. siratul mustaqim) itu. Dan , umat Islam itu akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, 72 masuk neraka (i.e. gagal dapat syurga), dan hanya satu yg berjaya mendapat syurga, iaitu golonganyg berpegang kepada as-Sunnah (i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan menganuti Islam secara berjema'ah.
Oleh itu penulis ingin peringatkan saudara yg komen dan ingin komen tulis dalam blog ini, belajarlah al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkan kitab-kitab karangan mansuia, termasuk mereka yg taksub dengan fahaman mazhab, kerana kebanyakan mereka menggunakan pendapat dan pandangan ulama' dan ilmuwan silam tentang Islam tanpa terlebh dahulu faqih dan faham tentang al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti mendapat syurga, itulah janji Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Semoga saudara yg mengikuti blog ini faham hakikat ini. Insya Allah. Amin. Tidak ada gunanya kita membuat pelbagai amalan dan ibadah, yg istiqamah, dan semakin eningkat, tetapi semuanya batil dan tidak berguna. Takutilah ancaman bid'ah yg disebutkan dalam post yg lepas. Kalau ada ulama' atau ilmuwan yg terjumpa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yg menidakkan hadith-hadith tersebut, boleh beritahu penulis, boleh kita teliti sama-sama. Namun setakat ini, kesemua yg dimuatkan di dalam blog ini adalah haq, sah dan sahih. Jikalah ada mana-mana ulama' atau ilmuwan yg ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah yg dapat menidahkan nas dan dalil yg dimuatkan dalam post-post dalam blog ini, beritahu kita sama-sama semak dan teliti. Penulis penuh confident, tiada nas dan dalil yg dapat menidakkan apa-apa yg dimuatkan di dalamnya.
Sandaran ilmu as-Sunnah yg menjadi asas nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah dalam blog ini adalah warisan daripada pengajian yg mendalam tentang al-Quran dan al-Hadith dalam 51 kitab-kitab hadith selama 10 tahun di Masjidil Haram dan Mekah dan kemudian disusuli pula oleh pengkaji muda dalam tempoh 60 tahun, semenjak awal 1940an sehingga sekarang.
Yg utamanya penulis nasihatkan pembaca janganlah terima pendapat manusia kecuali mereka bercakap bersandarkan nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Itu yg betul. Janganlah kita menggadaikan akhirat kita demi terpengaruh oleh manusia yg bercakap tanpa sandaran ilmu dan panduan yg haq. Yg rugi kita bukan mereka. Ikutilah pesanan Rasulallah (s.a.w) berpandulah kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti selamat dan berjaya di akhirat. Itu janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w). Amin
Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalam'kom,

    Last paragraph summarise and conclude everything that we need to know for amalan yg Allah terima. This is to remind us all, course for those with open mind to listern. But do many of us listern and do care?

    Sebarkan lah atas dasar " amal makrof nahi mungkar"

    ReplyDelete