Sunday, February 28, 2010

Merahsiakan keaiban orang

Assalamualaikum,
Saudara sejak berzaman manusia itu, termasuk yg mengakui dirinya Islam dan beriman, suka mencari rahsia buruk orang. Apabila diketahui maka suka dia mencanangnya ke seluruh ceruk rantau manusia, supaya manusia tahu. Orang yg paling banyak berbuat sedemikian adalah 'investigative reporter' yg berkerja di akhbar-akhbar, terutama akhbar sensasi! Kedua, orang-orang yg bertugas di organisasi bersifat ugama seumpama Jabatan Ugama Islam Negeri dan lain-lainnya. Kita akan lihat orang-orang yg bertugas dalam organisasi sedemikian itu suka mencari keaipan atau rahsia keburukan orang dengan membuat serbuan, mengambil gambar, dan ada juga yg suka menyaksikan lakonan pesalah maksiat yg mereka temui. Akhir-akhir ini, terdapat juga orang yg sememangnya mencari rahsia tersebut untuk mendapatkan wang ringgit secara 'blackmail'. Mereka ini terlepas dari siksaan dunia (i.e. ditangkap kerana membuat ugutan dan sebagainya), tapi tidak akan terlepas di akhirat.Mereka ini wajib fahami sepotong hadith berikut, supaya ancaman atas mereka di akhirat kelak dapat mereka elakkan. Adalah lebih baik mengajarkan orang ilmu dan menyampaikan dakwah yg menjaminkan gandaan pahala kepadanya.

Merahsiakan Keaiban Orang

Antara adab yang utama dijadikan keperibadian orang yang Islam dan beriman adalah dia tidak menyebarkan keburukan atau keaiban atau kekejian seseorang kepada orang lain. Malah, seringlah dia menyebarkan sesuatu yang baik pada seseorang itu. Hadith ini menyebut sesiapa yang menutupkan keaiban saudaranya sesama Islam, maka dijaga Allah (a.w) mukanya dri dibakar oleh api neraka:

Diriwayatkan hadith daripada Marzukin Abi Bakar at-Taimiyi, daripada Ummi Darda’, hadith daripada Abi Darda’ (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang menolak (yakni, merahsiakan) dari rahsia (yakni, keaipan atau keburukan) saudaranya (sesama Islam, maka), menolak (yakni, menjaga) Allah (a.w) dari wajahnya (yakni, mukanya terkena api) neraka pada hari qiamat (kelak).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Wasilah]

Jelaslah bahawa sesiapa yg mencari keaipan orang kemudian menghebahkannya pula untuk makluman orang ramai, jelaslah perbuatan terlarang dalam Islam yang akan menyebabkan mereka dibakar dalam neraka kelak. Ada pula orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman, tetapi mencari rahsia orang dan kemudian menggunakan rahsia tersebut untuk mencari keuntungan, dengan cara mengugut mangsanya, seumpama 'balackmail', maka lebih banyaklah dosanya. Pertama kerana sengaja mencari rahsia atau keburukan atau keaiban orang,; kedua, menghebahkannya atau mengugut menghebahkannya; ketiga, mendapat bayaran pula kerana orang yg memiliki rahsia tidak mahu rahsianya diketahui orang; keempat, memakan sesuatu dari sumber yg haram, maka daging yg tumbuh dari makanan yg haram, yg pertama berhak ke atasnya adalah api neraka; kelima, perbuatan sedemikian adalah mendapatkan sesuatu dengan cara yg batil, sama sebagaimana orang yg merompak dan mencuri, maka berat siksaannya dalam Islam; keenam, dia berdosa kepada orang lain, maka dosa terhadap orang lain hanya boleh ditaubatkan dan taubatnya diterima Allah (a.w), jika orang yg kita berdosa terhadapnya mengampunkan dosa kita terlebih dahulu. Beratnya, azab yg menunggu.

Sebaliknya, orang iman itu disuruh supaya rahsiakan rahsia saudaranya yg Islam. Itu adalah lebih baik, kerana Allah (a.w) akan menjauhkan dirinya dari bakaran api neraka.

Mudah-mudahan sepotong hadith ini dapat memandu kehidupan kita dan menyedarkan kita tentang sesuatu amalan yg amat buruk dan besar pula siksaannya! Mudah-mudahan, Allah (a.w) selamatkan kita dan ampunkan dosa kita jika kita pernah suatu masa telah melakukannya, Amin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment