Saturday, February 6, 2010

Membuktikan pengabdian kepada Allah (a.w) (Samb)

Assalamualaikum,
Antara ibadah dan amalan yg dapat membuktikan kita ini hamba yg bersyukur kepada Allah (a.w) yg memberi kita peluang hidup di dunia dan diberikan rezki berbagai setiap hari, adalah mengerjakan 'Qiamul-lail'. Tambahan, ada suatu solat yg amat menguntungkan kita, jika kita usahkan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita, iaitu Solat Tasbih. Kita lihat nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada sahabatnya, ibnu Abbas (r.a) dalam hadith berikut:
Berikut adalah hadith di mana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita (melalui ibnu Abbas (r.a)) tentang satu daripada pelaburan yang banyak menghasilkan dividen Akhirat (dengan syarat kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang dilaknatNya, terutama mengamalkan sesuatu yang bersifat ‘bid’ah’).
Diriwayatkan hadith daripada Abbas bin Abdul Mutalib (r.a.) (yakni, Ibnu Abbas) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadanya: ‘Ya, Abbas, ya saudaraku, adakah telah memberi pengajaran (oleh) aku? Adakah telah memberitahu aku? Adakah telah mengajar aku akan engkau tentang (apabila engkau mengerjakan suatu amalan dibalas dengan) sepuluh perkara? Apabila engkau mengerjakannya nescaya Allah (a.w) mengampunkan akan engkau sepuluh perkara (iaitu sepuluh jenis dosa-dosa engkau), (pertama) dosa-dosa yang terdahulu, (kedua) dosa-dosa yang terakhir, (ketiga) dosa-dosa yang lama, (keempat) dosa-dosa baru, (kelima) dosa-dosa yang tidak disengajakan, (kenam) dosa-dosa yang disengajakan, (ketujuh) dosa-dosa kecil dan (kedelapan) dosa-dosa besar (selain dosa-dosa yang tertakluk kepada hukum hudud), (kesembilan) dosa-dosa yang samar-samar (yakni, disembunyaikan) dan (kesepuluh) dosa-dosa yang nampak terang (yakni, dilakukan berteran-terangan). Iaitu (terampun) sepuluh perkara itu apabila engkau solat empat rakaat (Solat Tasbih), membaca bagi setiap rakaat al Fatihah dari Kitab (al Quran) dan suatu surah (al Quran). Apabila selesai daripada membaca surah al-Quran (tersebut) pada rakaat pertama dan engkau masih berdiri bacalah ‘Subhanallah', 'walhamdulillah', 'wa laila ha illallah', 'wallahu akbar’ 15 kali, kemudian kamu ruku’ maka baca demikian itu semasa ruku’ 10 kali, kemudian (apabila) kamu angkat kepala (untuk iktidal) (bangkit) daripada ruku’ maka bacalah 10 kali, kemudian turun sujud maka bacalah 10 kali semasa sedang sujud, kemudian angkat kepala daripada sujud (yakni, duduk di antara dua sujud) maka bacalah 10 kali, kemudian (semasa) sujud (pula) 10 kali, kemudian angkat kepala (sebelum berdiri untuk rakaat kedua) (yakni, duduk seketika sebelum bangun untuk rakaat berikutnya) bacalah 10 kali, dan demikianlah 75 kali (kesemuanya) pada tiap-tiap rakaat.[Nota: Solat empat raka’at menghasilkan 300 tasbih semunya]. Kerjakanlah demikian itu pada empat rakaat. Sekiranya mampu engkau kerjakan, maka solatlah engkau pada setiap hari sekali, jika tidak mampu dikerjakan (pada tiap-tiap hari), maka buatlah setiap Jum’at sekali (yakni, seminggu sekali), maka jika tidak mampu dikerjakan (seminggu sekali) maka kerjakanlah setiap bulan sekali (yakni, sekali sebulan), maka jika tidak mampu dikerjakan (sebulan sekali), buatlah setiap tahun sekali (yakni, setahun sekali), maka jika tidak berkuasa juga dilakukan (setahun sekali) maka kerjakanlah sekali seumur hidup kamu.] [Hadith sahih Abu Daud, Bab Kitab Solat]
Jelaslah hadith ini menyebutkan bahawa Solat Tasbih itu adalah empatr rakaat satu salam. Setiap rakaatnya dibaca al-Fatihah dan satu surah selepasnya. Pada setiap pergerakan – rukun fe’linya – ada tasbih yang perlu dibaca. Selepas membaca al-Fatihah dan surah sebelum Rukuk dibaca 15 kali, dan kemudian setiap pergerakan lain 10 kali dan sebelum bangun untuk rakaat kedua, ketiga, dan keempat duduk sebentar seumpama duduk Tahiyat Awal, membaca Tasbihnya 10 kali pula. Jumlah Tasbih setiap rakaat adalah 75 dan jumlahnya untuk solat adalah 75 x 4 = 300 Tasbih semuanya.
[Nota: Ibnu Abbas (r.a) adalah sepupu dan sahabat Rasulallah (s.a.w). Dialah yang didoakan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya diberikan kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran (atau ugama Islam). Solat Tasbih itu empat rakaat dikerjakan terus empat rakaat, bukan dipecah-pecahkan dua-dua rakaat, dan kemudian di sudahi dengan 'Salam'. Bagi setiap rakaat, sebagaimana solat-solat sunat lainnya, hendaklah dibaca satu surah al-Quran selepas membaca al-Fatihah].
Mudah-mudahan kita diberi tenaga dan kekuatan zahir dan batin untuk mencuba kerjakan solat ini sekurang-kurangnya sekali sebelum kita mati, atau sekali setiap tahun, atau sekali setiap bulan atau sekali setiap minggu di waktu malam. Inilah antara ibadah yg ringan tetapi memberi ganjaran pahala (i.e. dividen akhirat) yg amat besar kepada kita, Amin.
Jazakallahu khairh.

No comments:

Post a Comment