Assalamualaikum,
Dalam post-post yg lalu kita telahpun teliti dua amalan yg wajib kita beri perhatian sentiasa supaya dibuat dengan cara yg betul menepati ketetapan as-Sunnah. Kerana Rasulallah (s.aw) adalah contoh terbaik manusia Islam, kerana dia adalah 'uswatun hasanah'. Umat Islam diwajibkan berpandukan as-Sunnah dalam semua perkara terutama dua perkara yg menentukan kebajikan akhirat kita: iaitu cara dan kaedah berwudu', dan cara dan kaedah bersolat [rujuk Ayat 7, Surah al-Haysr]. Dalam solat Rasulallah (s.a.w) membritahu kita dalam sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu sekelian melihat aku bersolat.][Hadith Bukhari]
Sambil merujuk kembali cara dan kaedah berwudu', dalam post-post yg lalu, kita bandingkan pula dengan apa yg kita lakukan. Adakah sama atau berlainan? kalau sama kita ok kalau tidak wudu' kita dan solat kita terbatal, tidak diterima Allah (a.w). Ini ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam dua Hadith, iaitu:
1. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari].
Maka dengan itu sia-sia sajalah segala amalan kita yg tidak menepati ketetapan as-Sunnah atau tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kita wajib ingat bahawa segala bentuk serta kaedah dan cara beribadah dan beramal adalah segala sesuatu yang diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amalan selainnya, walaupun kelihatan baik, tetapi tetap terkeluar dari amalan dan ibadah Islam dan syariatnya. maka semuanya batil! Dan, ketetapan yang sama disebutkan dalam hadith berikut juga, iaitu:
2. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Hadith-hadith di atas itu jelas lagi terang melarang umat Islam mengamalkan sesuatu yang bid’ah. Diperingatkan pula jika beramal dengan bid’ah tidak diterima amalan dan ibadah kita. Namun, majoriti orang Islam tidak hiraukan hadith-hadith ini, kerana mereka teruskan amalan yang bercirikan bid’ah juga. Malah, bukan sahaja amalan dan ibadah sedemikian tidak diterima, semua amalan dan ibadah baik (amal ma’ruf) lainnyapun tidak diterima. Lebih bahaya, orang yang mengamalkan sesuatu yang bersifat bid’ah tidak diterima taubatnya selagi kekal dia mengamalkan sesuatu yang berbau bid’ah. Di akhirat nanti, tidak diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w).
2. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Hadith-hadith di atas itu jelas lagi terang melarang umat Islam mengamalkan sesuatu yang bid’ah. Diperingatkan pula jika beramal dengan bid’ah tidak diterima amalan dan ibadah kita. Namun, majoriti orang Islam tidak hiraukan hadith-hadith ini, kerana mereka teruskan amalan yang bercirikan bid’ah juga. Malah, bukan sahaja amalan dan ibadah sedemikian tidak diterima, semua amalan dan ibadah baik (amal ma’ruf) lainnyapun tidak diterima. Lebih bahaya, orang yang mengamalkan sesuatu yang bersifat bid’ah tidak diterima taubatnya selagi kekal dia mengamalkan sesuatu yang berbau bid’ah. Di akhirat nanti, tidak diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w).
Justeru itu, jika kita kerjakan sesuatu amalan atau ibadah, seumpama berwudu' dan bersolat, jika kita lakukan - rukun qauli (ucapan atau bacaan dalam solat), rukun fe'li (perbuatan dan perlakuan dalam solat) dan rukun kalbi (kaedah berniat dalam memulakan solat) - yg sama sekali tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka amalan dan ibadah tersebut, walaupun kelihatan perfect, tetapi batal dan tidak diterima Allah (a.w).
Cuba kita senaraikan kelainan atau perbezaan dalam amalan wudu'. Kelainan-kelainan dalam berwudu' dapat kita rumuskan seperti berikut:
1. Melafazkan niat wudu' seumpama kalimah-kalimah 'Nawaitu wudu'i ...' atau 'Nawaitul raf''al hadathil as-ghari ...', tidak pernah dibuat oleh Rasulallah (s.a.w);
2. Tidak membaca kalimah 'Basamalah' (i.e. 'Bismillah') ketika memulakan wudu';
3. Tidak menyapu air wudu' pada seluruh bahagian kepala, i.e. dari atas dahi hingga ke tengkuk, tetapi menyapu atau mengusap sebahagian dari kepala atau rambut, tidak semuanya;
4. Tidak menyempurnakan wudu' dengan mempastikan jari-jari tangan dan kaki mengenai air wudu', dan menyisihkan bauk atau sideburn jika tebal tak mudah mengenai air; dan
5. Tidak membaca Doa Wudu' ketika selesai berwudu'.
Demikianlah perbezaan yg ketara dalam kaedah serta cara mengerjakan wudu'. Segala sesuatu yg tidak sejajar dengan ketetapan as-Sunnah adalah membatalka wudu' kita pada awal-awal lagi. Justeru itu, eloklah berwudu' dengan teliti dan betul. Kerana tanpa wudu' (yg sah), maka segala amalan/ibadah yg bersandarkan wudu' batal dan tidak diterima Allah (a.w).
['Doa Wudu'' ini dibaca ketika sudah selesai wudu', iaitu 'Assyhadualla ilah illah, wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluhu'.]
Apa pula bentuk-bentuk kelainan dalam bersolat fardu? Kita boleh senaraian seperti berikut:
1. Berdiri untuk memulakan solat, kita menzahirkan niat seumpama 'Usalli fardal ... lillahi ta'ala', tidak pernah dibuat oleh Rasulallah (s.a.w); tidak juga diajarkan oleh Imam as-Syafie;
2. Tidak mengangkat kedua-dua tangan ketika membaca Takbiratul Ikhram (i.e. Allahu Akbar) sama ada sampai bersetentangan dengan kedua cuping telinga atau para bahu;
3. Cara meletakkan kedua-dua tangan selepas Takbiratul Ikhram, ketika membaca Doa Iftitah, al-Fatihah dan Surah; sebagaimana Rasulallah (s.a.w) buat iaitu tangan kanan di atas tangan kiri, sambil tangan kanan memegang tangan kiri di pergelangannya dan diletakkan di tengah-tengah perut di ats kawasan pusat;
4. Membaca al-Fatihah dan satu surah al-Quran (bagi rakaat pertama dan kedua) dengan membaca 'Basmalah' dengan 'jahar', i.e. menguatkan suara, Rasulallah (s.a.w) sering membaca al-Fatihah dan surah tanpa mendahulukan membaca 'Basmalah', dan kalaupun dibacanya, dibaca dengan suara yg tidak kedengaran oleh para makmum, i.e. dibaca setakat yg boleh didengar oleh telinga sendiri sahaja;
5. Ketika Rukuk, membaca 'Subhana rabbial 'azimi wa-bihamdihi" (i.e. menambah kepada kalimah 'wa-bihamdihi', yg tidak pernah dibuat oleh Rasulallah (s.a.w);
6. Ketika bangun dari Rukuk, makmum membaca 'samiallahu liman hamidah' sebagaimana Imam, walhal Rasulallah (s.a.w) suruh jika bersolat berjema'ah, Imam bangu untuk Iktidal dengan membaca 'Samiallahu liman hamidah', makmum hendaklah sikuti dengan menyebut 'Rabbana lakal hamdu' sahaja, sambil mengangkat kedua tangan sampai ke para cuping telinga atau paras bahu;
7. Ketika Sujud menambah kepada Tasbih Sujud iaitu 'Subhana rabbial 'ala wa-bihamdihi', kalimah 'wa-bihamdihi' tidak pernah dibaca Rasulallah (s.a.w);
8. Ketika hendak Sujud selepas Rukuk dan Iktidal tidak tunduk meletakkan kedua-dua tangan dahulu, kemudian kedua-dua lutut dan akhirnya barulah kepada dengan mempastikan dahi dan hidung terkena tempat solat;
9. Ketika bangun semula untuk rakaat kemudiannya, tidak mengangkat kedua-dua lutut dahulu, kemudian kepala dan akhirnya baru kedua tangan;
10. Ketika memberi 'Salam' ke kanan dan ke kiri setelah selesai solat, menyapu telapak tangan kanan ke dahi atau muka. Menyapu dahi dan muda selepas 'Salam' tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w); dan
11. Ketika selesai solat membaca wirid, berzikir dan kemudian membaca Doa secara berjema'ah, walhal Rasulallah (s.a.w) setelah selesai solat berpaling memandang ke arah makmum, kemudian berwirid, berzikir dan berdoa sendirian.
[Nota: Doa selepas solat secara berjema'ah hanya dibuat Rasulallah (s.a.w) bagi mengajar para sahabat doa-doa yg beliau anjurkan para sahabat baca dan hafalkan, kemudian beliau tidak melakukannya.
12. Ketika Solat Subuh, membaca Doa Qunut setelah bangun dari Rukuk rakaat kedua, dan dengan makmum mengaminkannya juga, walhal Rasulallah (s.a.w) tidak pernah baca Doa Qunut ketika Solat Subuh.
[Nota: Sila lihat post yg lalu, Rasulallah (s.a.w) ada membaca Doa Qunut (i.e. Qunut Nazilah) yg mendoakan kehancuran kepada penduduk munafiq di empat perkampungan Arab kerana membunuh 69 daripada 70 mubaligh yg dihantar oleh Rasulallah (s.a.w), atas permintan mereka, mengajarkan Islam dan syariatnya. Mendegar berita buruk tersebut, beliau perintahkan semua yg Islam membaca doa Qunut Nazilah setiap solat fardu selama sebulan. Kemudian dihentikan amalan tersebut. Dalam keadaan biasa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Juga, kalimah-kalimah Doa Qunut yg kita baca sekarang adalah kalimah Doa Qunut yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada cucunda beliau, Husin. yg disurruhnya baca ketika Doa Qunut dalam Solat Witir, bermula 15 Ramadhan sehingga malam ke-30 Ramadhan, dan dibaca tanpa dijaharkan. Tiada nas dan dalil as-Sunnah tentang wajarnya dibaca Doa Qunut dalam Solat Subuh!]
13. Ketika bersolat jema'ah dua orang, makmum lelaki hendaklah duduk di sebelah kanan yg menjadi Imam, tapi hanya terkebalang setakat satu telapak kaki sahaja, dan tidaklah jauh terkebelakang.
Demikianlah beberapa kelainan dalam cara dan kaedah kita mengerjakan Wudu' dan Solat Fardu itu. Apabila disemak dengan as-Sunnah, ada beberapa prkara yg tidak diebut dalam as-Sunnah atau tidak dibuat oleh Raulallah (s.a.w). Maka jika berlainan dari apa yg diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka terbatal Wudu' dan Solat kita, i.e. tidak diterima Allah (a.w) solat tersebut.
Harap penjelasan ini boleh difahami oleh pembaca. Ingatlah, jika kesemua solat kita terbatal atau tidak diterima kerana dicemari oleh bid'ah, maka rugilan kita diakhirat. banyak anmalan dan ibadh, tetapi batil, tidak diterima, dan tidak dapat ganjaran pahala sedikitpun. Sila rujuk post-post yg lalu asa ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut. Amin
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment