Saturday, February 6, 2010

Membuktikan pengabdian kepada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara setiap yang Islam itu jika benar-benar beriman pasti inginkan ganjaran syurga setelah mereka mati. Setiap kita akan mati. Itu adalah suatu yg pasti. Ramai diantara kita yg sedar tentang kematian setelah lanjut umur, i.e. setelah menempuhi kesenjaan hidup! Semasa muda kita lalai dan leka. kalau kita seorang yg berjaya dalam hidup pula, kemungkinan kita lalai dan leka atau dilekakan oleh kehidupan kita yg diselubungi dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan - rumah besar, kereta besar, harta berbagi dan pengaruhpun besar, kedudukan yg tinggi, pengaruh yg kuat dan seumpamanya. Namun, kita akan mati. Apabila mati kita banyak perkara kita akan disoal dalam kubur dan di alam akhirat kelak. Lagi kaya, lagi berharta, lagi berpengaruh, lagi berkedudukan kita semasa hidup, lagi banyaklah soal-soalan yg wajib kita jawab dab berikan justifikasi terhadap tanggungjawab kita terhadap perintah Allah (a.w): 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa lkiya'buduni' [Maksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Aku (Allah (a.w))] [Ayat 56, Surah az-Zariat]. Mengabdikan diri itu melaksanakan segala ketetapan Allah (a.w) dalam hidup.
Di dalam post yg lalu kita telah teliti tentang pesanan atau wasiat atau nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada sahabat ibnu Abbas (r.a) dan abi Hurairah (r.a), tentang amalan harian yg memanfaatkan mereka, i.e. kita sebagai hamba Allah (a.w). Kalau kita usahakan melaksanakan wasiat-wasiat tersebut, kita juga mendapat manfaat, kerana segala perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) itu walaupun ditujukan kepada seseorang yg khusus, tetap suruhan kepada umat manusia sejagat, terutama kita yg Islam.
Sesungguhnya saudara belum dapat dikira kita ini hamba yg telah benar-benar memperhambakan diri kita kepada Allah (a.w) semata-mata dengan mengerjakan segala perintah yg wajib! Itu adalah pra-syarat sebagai seorang yg diberi peluang hidup di dunia. Kita wajar membuktikan kepada Allah (a.w) bahawa kita benar-benar berusaha memenuhi perintah dalam ayat tersebut dengan mengerjkan sesuatu yg extra. Yg extra ini adalah ibadah-ibadah dan amalan-amalan sunat. Dalam konteks solat, selain solat fardu yg wajib dikerjakan, sekurang-kurangnya kita solatkan kesemua Solat Rawatib i.e. solat-solat sunat mengikuti atau sebelum solat-solat fardu, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum Solat Subuh
2. Empat rakaat sebelum Solat Zohor
3. Dua rakaat selepas Solat Zohor
4. Dua rakaat selepas Solat Maghrib
5. Dua rakaat seleps Solat Isya'
menjadikan jumlah Solat Rawatib itu duabelas rakaat semuanya.
Dalam pesanan Rasulallah (s.a.w) kepada abu Hurairah (r.a) supaya beliau kerjakan Solat Witir sebelum tidur [Nota: Solat Witir itu lebih afdhal dijadikan solat malam yg terakhir sebelum masuk waktu Subuh, dan ganjil rakaatnya: sama ada 1 atau 3 atau 5 atau 7 rakaat satu 'Salam'. Solat Witir adalah solat yg disukai oleh Allah (a.w)] dan Solat Duha ketika siang (i.e. selepas jam 8.30 opagi hinggalah jam 11.00 pagi) [Nota: Solat Duha itu sama ada dua atau empat rakaat satu 'Salam' dan dibuat oleh Rasulallah (s.aw) tidak lebih dari 12 rakaat i.e. 6 solat dua-dua rakaat atau 3 solat empat-empat rakaat disudahi dengan 'Salam'].
Selain itu, kita boleh juga usahakan 'Qiamaul-lail' i.e. bangun selepas tidur malam hari untuk mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan sunat - selepas seperdua atau sepertiga terakhir malam. Amalan atau ibadah 'Qiamul-lail' itu merangkumi amalan-amalan berikut:
1. Solat Tahajjud, dua-dua rakaat satu 'Salam'
2. Lain-lain solat sunat
3. Berzikir dan wirid
4. Membaca al-Quran
5. Diakhiri dengan Solat Witir (sekurang-kurangnya satu rakaat).
Solat-solat malam itu (i.e. Solat Tahajjud) adalah dua-dua rakaat satu salam sebanyak yg termampu, namun Rasulallah (s.a.w) buat Solat Tahajjud itu 10 rakaat (i.e. lima solat dua-dua rakaat yg setiap satunya disudahi dengan 'Salam') dan kemudian ditutup dengan Solat Witir satu rakaat, menjadikan solat malam beliau 11 rakaat [Hadith Aisyah (r.ah)]
Di dalam post yg lalu ada disebutkan bahawa mengikut as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) diiringi oleh Jibrail (a.s) dan para malaikat rahmat turun ke langit dunia dari Arasy Allah (a.w) setiap malam bermula sepertiga terakhir malam untuk melihat hamba-hambaNya yg bangun malam untuk membesarkan dan memuji kebesaran serta keagungan Allah (a.w). Sesiapa yg berqiamul-lail dan memhon tiga perkara akan diperkenankan oleh Allah (a.w), iaitu:
1. Dosa pohon diampunkan, diampunkan
2. Doa, akan diberikan apa yang diminta
3. Apa-apa yg diminta, diberikan
Demikianlah keuntungan yg boleh kita dapati jika kita berusaha mencarinya. Maka dengan itulah ibu kepada Nabi Sulaiman (a.s) (i.e. isteri Nabi Daud (a.s)) menasihatkan anaknya, Nabi Sulaiman (a.s), supaya jangan memperbanyakkan tidur, kerana orang yg memperbanyakkan tidur akan faqir (i.e. lebih dari miskin) di akhirat kelak [Hadith]
Semoga kita diberi Allah (a.w) kekuatan untuk berusaha membuktikan bahawa kita adalah hamba Allah (a.w) yg sentiasa bersyukur dengan nikmat yg kita terima, nikmat hidup dan nikmat mendapat hidayah sebagai seorang Islam, Amin.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment