Assalamualaikum,
Ramai diantara kita yg tak tahu bahawa Islam itu bukan semata-mata ugama sebagaimana bangsa lain atau ugama lain ditakrifkan. Islam itu adalah 'ad-Din' i.e. 'an ordained religion with a complete system of guidance governing life for mankind in this world which guarantee success in the hereafter'. Itulah definisi pendek Islam. Kerana, apa yg berlaku di dunia tidak sekali-kali terpisah dengan apa yg akan berlaku di akhirat.
Oleh itu dalam perkara yg kecil seperti pengurusan kebersihan diri (badan) pun Islam mengajar manusia. Cuba kita lihat panduan ringkas berikut mengenai self-grooming dan personal hygiene dalam Islam. Islam perintahkan umatnya supaya lakukan, antara lain, perkara-perkara berikut:
1. Hendaklah rajin mandi setiap hari membersihkan diri;
2. Hendaklah rajin berkumur-kumur dan memberus gigi atau bersiwak;
3. Hendaklah membersihkan kekotoran di mata, hidung, telinga, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak dll;
5. Hendaklah rajin mencuci pakaian.
Demikianlah rapinya Islam mengajarkan umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri supaya tidaklah dipandang orang menjijikkan.
Dalam banyak-banyak perkara itu, cuba kita tanya orang Islam lelaki dan perempuan, terutama muda mudi, adakah pernah mereka mencukur bulu kemaluan mereka? Kalau ada berapa kerap? Dalam Islam kita disuruh mencukurnya paling lama sekali dalam 40 hari.
Islam juga mengajar adab asas dalam hidup bermasyarakat, seperti:
1. Ketika mengcungkil gigi membersihkan dari sisa-sias makan, jangan berdepan dengan orang dengan mulut terbuka, hendaklah ditutup dengan tangan;
2. Hendaklah menutup mulut dan hidung dengan tangan ketika batuk atau bersin;
3. Apabila menguap hendaklah ditutup dengan tangan dan jangan membiarkan mulut ternganga;
4. Apabila bersendawa hendaklah menutup mulut dan jangan dibuka dengan luas;
5. Apabila meludah, terutama dengan berkahak, hendaklah meludah ke sebelah kiri, dan janganlah ditempat-tempat lalulalang orang ramai, begitu juga menghembus hingus dan kentut janganlah di depan orang;
6. Janganlah mengorek tahi hidung depan orang dan jangalah megorek telinga juga depan orang;
7. Janganlah suka menuding tangan kepada orang lain .
Mudah-mudahan kita dapat jadikan perkara sekecil begini amalan harian kita. Kita lakukan, kita mendapat pahala percuma dengan cara mudah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment