Assalamualaikum,
hari ini dalam akhbar berlaku lagi polemik kecil tentang hukum sebat terhadap 3 wanita Islam yg dilapurkan oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri baru-baru ini. Contohnya: dalam Berita Harian kita boleh baca 'Hukuman Sebat Perlu diseragam' kata personaliti yg semakin popular sekarang ekoran kontroversi penangkapan Dr Asri, mantan Mufti Perlis suatu masa dulu, iaitu Pengarah JAIS Dato' Mohamed Khusrin. Dan, dibawahnya pula gambar TPM bersama Menteri EPU yg SetPolnya ditangkap memiliki kemewahan luar jangka bekerja denganTS Nor Mohamed Yakcop. Dalam lapuran oleh Zanariah Abu Mutalib itu disentuh pandangan beberapa orang selain Khusrin, Dato' Noor Gadut dan Menteri Ugama Jamil Khir dan wakil 'Sisters in Islam' yg bercakap tentang perlunya keserragamanan dalam hukuman syaria'h.
Penulis hairan orang-orang ugama sedemikian tidakpun ingin merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah tentang hkuman dalam Islam seolah-olah Islam itu masih 'evolve' i.e. belum sempurna seumpama buah yg masih tua, belum mekar dan belum masak dan perlu diperam dulu oleh ilmuwan yg ada untuk mendapatkan versi undang-undang dan hukuman yg sempurna. Jelaslah, betapa jahil orang-orang yg terlibat itu. Atau, kalau mereka tahu dan tidak jahil, mereka sanggup bercakap apa saja asalkan perioknasi tidak terlangkup kalau bercakap benar!
Dalam Islam semuanya sudah disempurnakan, termasuklah hukuman terhadap perkara yg mereka heboh-hebohkan dan jadikan musyawarah, seminar dan sebagaimnya. Kerana itulah yg berlaku pada satu Forum anjuran Institut Islam Hadhari, UKM bersama dengan Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), yg dilapurkan di ms 31 Ruangan Agama Berita Harian, hari ini. Dalam lapuran Hasliza Hasan tersebut dua ilmuwan wanita bercakap dan memberi pendapat: Prof Madya Datin Paizah Ismail, dari Kuliyyah Undang-undang UIAM dan seorang rakannya Prof Madya Dr Nasimah Hussin. Ada seorang ilmuwan lelaki, Pensyarah Undang-undang UKM Dr Jasri Jamal, juga memberi pandangannya. Tapi, yg menghairankan mereka tahu ketetapan Surah an-Nur mengenai hukman, tetapi mereka sebut tetapi tidak jelaskanpun, seolah-olah maca kita set aside seorang bercakap walaupun benar tetapi kita tak ambil endahpun! Rasanya itulah yg berlaku di kalangan para ulama' dan ilmuwan Islam hari ini. Mereka akui mereka Islam. Mereka akui Allah (s.a.w) Tuhan mereka dan mengharapkan keridaanNya untuk ke syurga di akhirat kelak, bbegitu juga mereka tahu ketetapan Rasulallah (s.a.w), tapi ditolak tepi, kerana itu tak relevan pada diskusi mereka, yg relevan pada mereka bercakap menobatkan pendapat dan pandangan sendiri.
Demikianlah segala sesuatu dalam Islam hari ini. Orang Islam tidak berpandukan kehidupan sebagai orang Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, mereka akui Allah (a.w) dan akur bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu Rasulallah (sa.w), tapi mereka lupakan ketetapan Tuhan mereka dan Utusan mereka. Orang Islam lupakan asas Islam sebagaimana seseorang itu lupakan keturunannya...
Tidak hairanlah, semakin pincang masyarakat Islam dan semakin banyaknya bala yg turun apabila ulama' dan ilmuwan mengajar orang Islam lupakan al-Quran dan as-Sunnah, lihat kepada kebijaksanaan manusia...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment