Assalamualaikum,
nampaknya nasib bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, semakin 'buruk'. Bacalah akhbar Berita Harian keluaran hari ini (23 Feb. 2010). Sudahlah didakwa oleh JAIS mengajarkan ugama tanpa tauliah, kini beliau disaman malu pula oleh Dato' Mohd Nakha'i Ahmad, KP YADIM RM 1.5 juta. Kalau Nakha'i menang kayalah dia, dan papalah Dr Mohd Asri. Kalau Dr Asri menang, tak tahulah kalau dia juga minta ganti rugi! Yg jelasnya kes ini memalukan Islam dan mereka yg bergelar ulama' dalam Islam di Malaysia!
Katanya Dr Asri memfitnah Nakha'i berhubung denga berita-berita angin bahawa beliau akan dilantik oleh kerajaan untuk mengambil alih jawatan Nakha'i di YADIM dan kononnya Nakha'i, melalui memorandum kpd PM, telah membuat bantahan.
Entahlah. Itulah yg dilapurkan oleh akhbar. Sama ada betul atau tidak wallahu 'alam. hanya Nakha'i dan Dr Asri yg tahu.
Yg jelas adalah hari ini ulama' sendiri tidak percaya atau yakin dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah untuk membuat pengadilan yg terbaik! Mereka sebagaimana orang yg jahil dengan Islam dan yg menjulang dunia, kembali kepada mahkamah - atau kepada manusia - untuk membuat keputusan tentang segala sesuatu yg mereka pertikaikan, terutama tentang ugama. Walhal Allah (a.w) perintahkan kita dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' bahawa jika kita berselisih faham tentang sesuatu kita wajib mendapat ketentuan dengan merujuk kepada Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan merujuk kepada Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah)!
Sedikit masa dulu orang Islam membiarkan pula mahkamah, atau lebih tepat seorang hakim, hakim yg bukan Islam pula membuat keputusan atau ketetapan mengenai sesuatu yg fundamental dalam Islam. Ramai para ulama' dan ilmuwan Islam berdiam diri, takut dicap ingkarkan mahkamah atau menghina mahkamah. Mereka sedia menerima Islam dihina oleh orang bukan Islam atau oleh satu institusi yg tidak Islam dalam segala sesuatu yg diuruskannya, tetapi bersedia membiarkan orang bukan Islam menghina Islam!
Tak tahulah apa nak jadi kepada orang Islam hari ini. Mudah-mudahan Allah (a.w) membalas sesuatu kepada mereka yg meremehkan Islam dan mengutamakan dunia dan menjatuhkan imej Islam dan orang Islam serta membelakangkan akhirat demi menjaga kesejahteraan dunianya ...
Bagi penulis, penulis berpandangan sesiapa yg mengheret isu ugama kpd mahkamah atau keputusan dunia, tidak layak memimpin organisasi Islam dan memimpin jema'ah Islam!
Jazakullahu khairah
Assalam'kom,
ReplyDeleteSaya sokong pendapat penulis sepenuhnya. Mereka ini sebenarnya memang banyak pengetahuan ( itu sebab dapat title "ulama" )dapat berhujah dengan baik tapi dari tingkah laku mereka, mereka ini kurang ilmu. kalau tidak kenapa perkara sebegini bolih berlaku?
Tidakkah mereka terbaca dan paham firman Allah SWT; "Jika sesaorang itu mendapat sesuatu dengan kemarahan manusia tapi mendapat keredhaan Allah, maka Allah penuhi kehendaknya. Jika sesaorang itu mendapat sesuatu dengan penerimaan manusia tapi mendapat kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkan segala2nya perkara kepada manusia"?
Mereka ini sebenrnya telah terperakap kepada strategi pertama syaitan/musuh untuk menghancurkan Islam - dengan menggalakkan ulama'2 bergaduh antara satu sama lain atas sebab2 untuk memenuhi kehendak nafsu atau mempertahankan egonya. Wallahu'alam.