Assalamualaikum,
Saudara kita telahpun teliti dalam post yg lalu beberapa perkara penting yg wajib kita sentiasa ingati sebagai seorang Islam yg beriman. Ada orang yg Islam tetapi tidak beriman. Mengapa? kalau orang Islam itu beriman, maka dia akan mengerjakan apa yg diperintah seumpama bersolat, berpuasa, mengeluar zakat, menunai haji dan sebagainya. Dia beriman apabila dia diberitahu ketetapan al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dia akan akur dan patuh dan tidaklah dia berhujjah untuk tidak mengukiti ketetapan Rasulallah (s.a.w). Sebagai contoh kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang kita mengada-adakan sesuatu dalam syariat Islam walhal Rasulallah (s.a.w) melarangnya. Maka kita adalah tergolongan orang yg tidak beriman.
Dalam konteks mengada-adakan sesuatu yg tiada itu, kita boleh rujuk kepada kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim tentang larangan Rasulallah (s.a.w) tentang 'membuat pembaharuan dalam perkara ugama' atau pendeknya bid'ah, apabila Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man 'amala 'amilan laisa minni fahua raddun' [Maksud: Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan yang amalan itu tidak didatangkan dari aku (nabi), maka dia (i.e. amalannya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)', adalah satu contoh yag membuktikan keimanan seseorang yg megakui dirinya Islam dan beriman. Tapi, hari ini berapa ramaikan orang Islam di Malaysia sendiri yg melanggar larangan Rasulallah (s.a.w) tersebut. Kalau pelanggaran tersebut dilakukan oleh orang biasa (the common man) boleh kita fahami, kerana mereka jahil tentang as-Sunnah dan tidak faham ketetapan al-Quran. Tetapi, kalau dilakukan oleh orang yg dikatakan berilmu atau orang alim (i.e. orang yg banyak ilmu, seumpama ulama' dan ilmuwan), maka pastilah dia memang sengaja ingkar. Atau, mungkinkan mereka juga jahil seumpama kita?
Oleh itu eloklah kita mendalami ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah (dengan berguru) supaya kita tahu apakah yg dikategorikan sebagai 'pembaharuan dalam ugama' atau bid'ah itu? Dengan ilmu sedemikian kita terselamat tidak beramal dengan sia-sia pagi dan petang, siang dan malam, berminggu-minggu, berbulan-bulan, malah bertahun - tak mendapat apa-apa. Dalam blog ini banyak post yg telah disampaikan yg memberi kita tahu contoh-contoh amalan-amalan yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah.
Kalau saudara tak tahu lebih lanjut atau saudara ingin tahu di mana nak belajar ilmu yg hak itu saudara bolehlah hubungi blog ini untuk mendapat maklumat di mana ilmu yg haq tersebut boleh dipelajari, insya Allah.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment