Assalamualaikum,
Dalam keseronokan kita menikmati kehidupan dunia saban hari, ada baiknya kita berpandu dengan ketetapan dalam hadith berikut, supaya hidup kita terpandu dan selamat kita di dunia dan di akhirat.
Golongan Orang yang Allah (a.w) Murka
Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa ada empat golongan manusia yang dimurkai Allah (a.w). Apabila murka Allah (a.w) maka tidak dimasukkan ke dalam syurga, melainkan diampunkan oleh Allah (a.w) dosa-dosanya. Mereka itu adalah:
Pertama, orang yang berjual beli maka dia bersumpah terhadap kebaikan barangan yang dijualnya, walaupun barangannya itu tidak sebaik mana;
Kedua, seorang yang fakir (Nota: Di dalam Islam orang yang ‘fakir’ itu lebih rendah daripada orang ‘miskin’) tetapi bersifat sombong kepada Allah (a.w) dan kepada manusia;
Ketiga, orang tua yang berzina, terutama orang yang sudah berumah tangga; dan keempat, seorang pemimpin yang menyeleweng apabila dia memerintah menyalahgunakan kuasanya dan mementingkan pertimbangan-pertimbangan selain daripada menyempurnakan amanahnya (i.e. tanggungjawabnya sebagai pemimpin), termasuklah pemimpin (dan para ulama' serta ilmuwan) yang menyelewengkan syariat Islam (i.e. mengajarkan jema'ah Islam sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya, seumpama berbuat, mengajar dan mengamalkan bid'ah) dan menyesatkan rakyatnya, atau tidak berlaku adil dia , atau memilih kasih dia dalam urusannya:
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiyi hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Empat golongan manusia yang murka Allah (a.w) Tuhan yang maha luhur (terhadap mereka, iaitu pertama) orang yang berjual beli (melakukan barangnya) dengan bersumpah (bohong terhadap jualannya), (kedua) orang fakir (yakni, miskin) yang sombong, (ketiga) orang tua (yakni, orang yang sudah berkahwin) berzina, (dan keempat) imam yang menyimpang (yakni, pemimpin yang tidak menunaikan amanahnya dan mementingkan dirinya sendiri).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Zakat]
Bagi kita yg telah melakukan satu atau kesemua empat perkara tersebut, wajarlah bersegera memohon keampunan dariNya, mudah-mudahan diampunNya kita akan kesilapan dan kesalahan kita. Allah (a.w) kerapkali dalam al-Quran menyebut bahawa Dia sentiasalah sukakan hambaNya yg memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya dan Dia adalah Zat yg Maha Menerima taubat dari hambaNya. [Nota: Di dalam Islam orang yg paling dhaif dari segi kehidupan harian adalah 'fakir'. Mereka adalah berkedudukan terkebawah dalam ranking ekonomi dan taraf hidup manusia. Jelasnya fakir lebih renbdah dari miskin.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment