Assalamualaikum,
Dalam post ini kita lihat apakah ketetapan Islam tentang perbuatan melambat-lambatkan solat faru, terutama melambat-lambatkan solat-solat fardu yg dijema'ahkan. Kerana di akhira zaman kelak (hari ini sudah bermula), akan menjadi suatu kelaziman imam solat dan makmumnya melambat-lambatkan solat fardu di solatkan.
Mengakhirkan Waktu Solat
Syariat Islam mengkehendaki umatnya bersolat secara berjemaah (maka dengan itulah mereka diberikan ganjaran pahala yang berganda, sampai dua puluh (27) kali gandaan pahala solat berseorangan. Pada umumnya, syariat Islam menyuruh umat Islam bersolat pada awal waktu. Namun, terdapat hadith menyatakan bahawa solat Isya’ itu boleh dilambatkan sehingga ke pertengahan malam.
Akan tiba masanya di akhir zaman nanti, imam yang mengetuai umat Islam akan melambat-lambatkan solat mereka kerana kejahilan mereka tentang syariat Islam ataupun kerana mereka kesebokan maka mereka mendahulukan urusan dunia daripada urusan Akhirat. Jika berlaku sedemikian atau jika umat Islam yang akur dengan syariah Islam menghadapi situasi sedemikian, maka mereka disuruh solat di rumah sama da secara bersendirian atau berjemaah dengan keluarga, dan kemudian datanglah ke mesjid untuk solat berjemaah pula bersama imam:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barang kali akan kamu jumpai beberapa kaum yang solat mereka akan beberapa solat selain daripada waktu yang ditetapkan bagi solat tersebut. Maka apabila menjumpai kamu demikian, maka solatlah kamu di dalam rumah kamu pada waktunya yang mengetahui kamu (akan waktu-waktu yang telah ditetapkan), kemudian bersolatlah kamu berserta mereka dan jadilah solat yang demikian itu (solat) sunat bagi kamu.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas menyuruh umat Islam itu menepati waktu solatnya dalam apa keadaan sekalipun. Jika mereka berada dalam masyarakat Islam yang imamnya (yakni, pemimpinnya) melambat-lambatkan solat (sebagai amalan kebiasaan), maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita bersolatlah bersendirian dahulu di rumah, kemudian pergilah ke masjid untuk bersolat jemaah dengan imam-iamam yang sengaja melambat-lambatkan solat berjemaah tersebut. Walaupun mengulangi solat, Rasulallah (s.a.w) memberi ketetapan bahawa solat dengan jemaah itu menjadi solat sunat, yang fardu telah diselesaikan mengikut waktunya. Ini dijelaskan dalam hadith di atas dan hadith di bawah ini:
2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Bersolatlah kamu dengan solat pada waktunya. Maka jika bertemu kamu dengan imam-imam (yang bersolat tidak mengikut waktunya, bersolatlah bersendirian kemudian) bersolatlah beserta dengan mereka, dan sesungguhnya menjaga engkau akan solat engkau, dan kecuali dengan solat tersebut (yakni, bersama-sama imam) adalah (solat sunat) tambahan bagi kamu.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
3. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) katanya hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Aka ada beberapa amir (pemimpin atau imam) yang dalam kesebokan dengan urusan-urusannya mengakhirkan (yakni, melambatkan) mereka akan solat dari waktu yang ditetapkan bagi solat-solat tersebut. Maka jadikanlah solat kamu beserta mereka (amir atau imam) itu atas kamu solat-solat sunat (yakni, setelah mengerjakan solat-solat kamu di rumah kamu pada waktunya).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas juga memberikan dalil bahawa hendaklah seseorang Islam itu menepati waktu dalam mengerjakan solatnya. Sekiranya para amir atau imam (pemimpin umat Islam) melambat-lambatkan solat fardu pada waktu-waktu yang lewat, maka wajiblah bersolat bersendirian atau bersama keluarga secara berjemaah di rumah, kemudian ke mesjid pula untuk berjemah dengan amir atau imam yang berkuasa.

Jazakallahu khairah
Sesungguhnya tiada alasan sekalipun untuk kita meninggalkan solat, walau dalam keadaan uzur sekalipun... Wallahualam
ReplyDeleteDiwaktu kita hidup kita wajib mengerjakan solat (sembahyang) fardhu (5 waktu setiap hari).
ReplyDeleteDiwaktu kita mati, kita pula disembahyangkan... Tertutup peluang kita untuk mengerjakan solat.
Oleh yang demikian, "Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan".