Assalamualaikum,
Kita teruskan perbincangan kita tentang tajuk ini sebagai peringatan kita agar sentiasalah kita tidak leka dengan dunia yg membahayakan akhirat kita, insya Allah.
Hisaban Atas Solat Fardu
Dalam banyak-banyak ibadah dan amalan orang Islam yang beriman itu, yang paling utama bagi kebajikan akhiratnya adalah solat fardu. Solat fardulah yang pertama sekali atau yang terawal sekali dihisab di akhirat kelak (apabila Kitab atau Buku Catatan Amalannya dibuka untuk hisaban). Jika hisaban solat fardunya sempurna sebagaimana yang ditetapkan mengikut spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah, maka selamatlah dia kerana hisaban amalan dan ibadah selainnya akan mudah disempurnakan.
Jika hisaban solat fardunya menunjukkan kekurangan dalam brbagai dimensi seperti kekurangan dalam rukun qalbinya (niatnya, seumpama kekhusyukannya), rukun felinya (i.e. perlakuan dan pergerakan dalam solat) dan rukun qaulinya (i.e. bacaan dan sebutan dalam solat), maka susahlah dia. Namun, Allah (a.w) memerintahkan para malaikat yang menjalankan hisaban supaya meneliti apakah dia mengerjakan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan tersebut? Jika ada maka bolehlah dinilai solat-solat sunatnya untuk menghapuskan kekurangan dalam solat fardunya. Jika tiada, maka susahlah dia di akhirat. Kerana dengan itu juga hisaban terhadap amalan dan ibadah selainnya akan menimbulkan banyak kesusahan. Malah solat fardulah yang menentukan nilai amalan dan ibadah selainnya dalam Islam di sisi Allah (a.w).
6. Menceritakan hadith oleh Syuib ibnu Bayan bin Ziad bin Maimun berkata: ‘Telah mengirim surat Ali ibnu Madini (i.e. ibni Abi Talib) darinya.’ Mengkhabarkan Abu Auwam hadith dari Qatadah hadith dari Hasan ibnu Ziad hadith dari Rafi’ hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya pertama-tama (ibadah dan amalan) yang dihisab (i.e. dihitung di akhirat) dengannya (i.e. amalan dan ibadah ketika di dunia) atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya (i.e. solat farduNya), sekiranya didapati sempurna ditulis sempurna, dan jika ada kekurangan darinya sesuatu, maka berfirman Allah (a.w) (kepada malaikat yg menjalankan hisaban): ‘Lihatlah (oleh kamu wahai malaikat yang menghisab) adakah menjumpai kamu baginya dari solat-solat sunat untuk menyempurnakan baginya (i.e. hamba) apa-apa yang mensia-siakannya dari solat fardunya dari solat-solat sunatnya.’ Kemudian seluruh amalannya dihitung atas hisaban sedemikian itu.’ [Hadith an-Nasa’i]
Apabila sempurna solat fardunya, maka dia lulus ‘with flying colours’ (i.e. cemerlang). Maka hisaban amalan dan ibadah lainnya dipermudahkan. Jika sebaliknya, hisaban amalan dan ibadah selainnya akan menyulitkan dia. Maka dalam konteks inilah kita wajib berilmu dalam mengerjakan solat supaya kita tidak alpa dalam menunaikan solat fardu kita setiap hari. Tanpa ilmu, kita akan melakukan banyak kesilapan dan kesalahan, sehinggakan ada kalanya solat kita tidak diterima Allah (a.w) kerana diselubuhi atau dicemari oleh pelbagai amalan bid’ah atau yang membatalkan ibadah kita kerana dikira batil.
Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita dengan sabdanya: ‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat’] [Hadith Bukhari]. Namun bila kita semak solat kita ada banyak perkara yang kita lakukan yg tidak sejajar dengan apa yang dilakukan atau dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w) dari segi rukun qalbinya (seumpama melafazkan niat), dalam rukun fe’linya (seumpama pergerakan, letak tangan ketika Takbiratul Ikhram, ketika berdiri, ketika memberi salam dan sebagainya), dan rukun qaulinya (seumpama menambah kepada kalimah dalam solat, seperti membaca ‘Basmalah’ dengan kuat sebelum membaca al-Fatihah dan surah, menambah kepada Tasbih Rukuk dan Sujud dengan kalimah ‘wa-bihamdihi’ dan sebagainya). Semua itu tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka batallah solat kita kerana membuat pembaharuan kepada cara dan kaedah bersolat. Jika begitu, solat sunat kita, walaupun kita kerjakan, juga batil dan tidak diterima. Maka azablah kita! Justeru itulah dalam blog ini kita dinasihatkan supaya berwaspada segalasesuatu yang bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid’ah, demi kebajikan akhirat kita.
[Nota:

1. ‘Basmalah’ adalah membaca: ‘Bismillahir-rahmanir-rahim’. Rasulallah (s.a.w) tidak memulakan al-Fatihah dan surah dengan ‘Basmalah’ atau jika dibacanyapun, tidak dikuatkan bacaanya
2. Tasbih Rukuk yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) hanyalah kalimah: ‘Subhana rabbial ‘azim’ sahaja dan Tasbih Sujud adalah hanya: ‘Subhana rabbial ‘ala’ tanpa kalimah ‘wa-bihamdihi’. walaupun kalimah itu baik tetapi segala ibadah dan amalan dalam Islam adalah tertakluk kepada spesifikasi Rasulallah (s.a.w) kerana itulah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dan bahawa wajib bagi kita ikuti contoh perbuatan dan kelakuan (i.e. as-Sunnah) Rasulallah (s.a.w) kerana dia adalah ‘uswatun hasanah’ (i.e. contoh atau model terbaik dalam segala sesuatu) dalam Ayat 21, Surah al-Ahzab.]

Malangnya, begitu ramai orang Islam, termasuk ulama' dan ilmuwan sendiri yg taksub dengan sesuatu fahaman, meremehkan perkara ini. Mereka sanggup dan berani menggadaikan akhiratnya demi ketaksuban terhadap personaliti-personaliti ulama' pujaan dan sanjungan mereka! Maka dengan itulah, amat penting dalam Islam kita faham pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' [Hadith] dan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi (s.a.w) bersolat.] [Hadith Bukhari] i.e. contohilah solat Rasulallah (s.a.w). Maka, jika tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) dalam solart, janganlah kita buat, walaupun mungkin kita diajarkan oleh tok-tok guru lakukan! Jika kita ikuti ketetapan as-Sunnah, kita berada di jalan yg betul. Jika Rasulallah (s.a.w) tidak lakukan, maka kita juga tidak lakukan, walaupun tok guru suruh kita lakukan, maka kita yg benar.
Mudah-mudahan kita sentiasa akur dengan as-Sunnah bukan ikuti cakap-cakap atau bertaklid kepada individu walaupun ulama'! Amin
No comments:
Post a Comment