Assalamualaikum,
Melanjutkan penelitian serta perbincangan kita tentang 'ilmu' dan 'ulama' itu, kita akan terus teliti ketetapan as-Sunnah.
Siapa dia yg dikatakan 'ulama' atau boleh diakui 'ulama'? Ulama' dalam konteks Islam adalah mereka yg berilmu, bukan sebarang ilmu, tetapi ilmu mengenai Islam dan syariatnya dan ilmu mengenai bagimana mungkin boleh memandu dirinya dan masyarakatnya supaya menepati perintah Allah (a.w) dalam al-Quran seumpama perintah pada Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan supaya menepati perintah Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg terdapat di dalam as-Sunnah. Umat Islam yg beriman, i.e. yg yakin dia tentang apa yg diperingatkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya tentang segala sesuatu yg akan terjadi selepas matinya, faham bahawa jalan pintas mendapat kejayaan akhirat adalah Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Untuk menemui jalan tersebut, umat Islam perlukan bimbingan dan pimpinan dan model contoh, iaitu Rasulallah (s.a.w). Malah kejayaan akhirat itu akan mereka dapati jika mereka taatkan Rasulallah (s.a.w) 100%, kerana Ayat 80, Surah an-Nisa' sebutkan firman Allah (a.w) sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.s). Counterfactualnya, sesiapa yg ingkar atau tidak terima ketetapan as-Sunnah, maka dia pasti ingkarkan atau tidak menerima ketetapan atau perintah Allah (a.w). Precise dan simple. Jika begitu mereka yg tidak menerima beberapa perkara yg diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w), bagaimana? Pastilah dia menolak perintah Allah (a.w)! Kalau dia menolak perintah Allah (a.w) apa akbibatnya? Sebagai contoh: Rasulallah (s.a.w) melarang membuat bid'ah, kerana semua bid'ah adalah kesesatan, dan kita buat atau amalkan bid'ah, maka bererti kita ingkari Rasulallah (s.a.w), dan kerana ingkari Rasulallah (s.a.w) kita juga ingkari Allah (a.w) secara pasti! Maka tidak hairanlah, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), mereka yg membuat dan mengamalkan bid'ah terkeluar dari Islam, dan Allah (a.w) tidak ridha atas mereka yg mengamalkan bid'ah! Kalau Allah (a.w) tidak ridha masakan di akhirat kelak dapat syurga? Oleh itu, wajarlah kita semak amalan dan ibadah kita berdasarkan ilmu, supaya kita pasti kita tidak membuat sesuatu yg merugikan diri sendiri, di akhirat kelak! Bertaubatlah dari melakukan sesuatu perkara yg amat fundamental dalam Islam. Tapi, ramai orang Melayu, termasuk ulama', yg remehkan perkara ini. Maka dengan itulah kita wajib pelajari ilmu al-Quran dan wajib kita mempelajari serta memhamai sepenuhnya tuntutan as-Sunnah, kerana perincian amalan dan ibadah adalah diperjelaskan dalam as-Sunnah.
Hari ini ramai orang Islam yg digelar dan disanjung sebagai 'ulama', tapi sebenarnya, mereka belum boleh diiktiraf sebagai ulama! Mengapa? Mereka tidak faham ilmu dan mereka belum cukup ilmu untuk mendapat taraf sedemikian. Jika mereka faham ilmu masakan mereka lakukan apa yg mereka lakukan sekarang sebagai suatu kelaziman? Kita telah beri contoh. Mengapa ditambah kepada kalimah Tasbih Rukuk dan Sujud dengan kalimah '... wa-bihamdihi.'? Mengapakah di baca Basmalah sebelum membaca al-Fatihah dan Surah dalam solat dengan suara kuat, walhal Rasulallah (s.a.w) tidak lakukan? Kerana tiada nas dan dalil as-Sunnah mengenainya! Manakah sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah tentang membaca Doa Qunut pada Solat Subuh? Mereka akan kata itu ijtihad ulama' mazhab! Jika begitu, manakah asas nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah yg membolehkan para ulama' membuat ijtihad maksiat, i.e. bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah?
Maka dengan itulah kalau kita amalkan Islam secara ikut-ikutan, pasti kita menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah! Tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa di akhir zaman kelak umat Islam berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, semua, kecuali satu golongan yg masuk syurga, yg selainnya dihumban ke dalam neraka! Yg berjaya itu adalah golongan 'ahlus sunnnah wal-jama''ah' = mereka mengikuti as-Sunnah dan mereka anuti Islam secara berjema'ah! Kita teliti speks as-Sunnah seterusnya.
Justeru itulah, wajib kita lakukan sesuatru dalam, Islam hanya dengan sandaran ilmu. Tidak boleh dalam kejahilan. Tidak boleh secara taklid buta. Tak boleh secara ikut-ikutan - orang buat kita buat, kita tak tahu mengapa dan kenapa!
1. Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Orang yg faqih (i.e. faham) (tentang Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah) itu lebih berat atasnya syaitan (mengganggunya) daripada (i.e. berbanding dengan) 1,000 hamba lain (yg tidak faham tentang ugamanya).' [Hadith ibnu Majah]
Orang yg faqih tentang Islam itu adalah orang yg faham tuntutan Islam. Dia faham perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan dia faham tuntutan Rasulallah (s.a.w) yg mencontohkan perlakuan seorang iman dalam realiti kehidupan dunia itu demi mencapai kejayaan dalam akhiratnya. Orang yg faham tentang ugamanya - ugama yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - itu tidak mudah dikalahkan oleh syaitan. Selainnya, pasti akan dikalahkan. kalau tidak dalam konteks meminta upahan tinggi mengajarkan ilmu, dia mungkin menghalang pengajaran ilmu kepada orang lain, atau dia menggunakan ilmunya untuk mengayakan dirinya atau untuk mencari pangkat dan tempat atau kedudukan serta gelaran!
Kalau dia faham tentang Islam dan tutntutannya, tidaklah dia bertindak mengutamakan yg kecil-kecil dan meninggalkan yg haq seperti mengajarkan manusia bagaimana beribadah dengan betul, bukan mengajar tasawuf atau tarikat itu dan ini. Kerana asasnya seseorang yg hidupnya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' sudah pasti dijamin syurganya. Orang yg berpandukan hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti tidak sesat mencari 'siratul mustaqim' itu!
2. Diriwayatkan hadith dari Muhamab b Sirin, hadith dariada Anas b Malik (r.a) berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda:' Mencari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.' [Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas ini memebri kita tahu bahawa mencari atau mempelajari ilmu itu wajib bagi kita yg mengaku diri kita Islam. Kerana hanya dengan ilmu kita trpandu dalam segala sesuatu. Malah Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 36, Surah al-Isra' jangan kita lakukan atau amalkan atau ibadahkan sesuatu selagi kita jahil mengenainya! Kita wajib pelajari dulu apa yg hendak kita amal dan ibadahkan. Kita tidak boleh ikut atau bertaklid sesuatu.
Hari ini berapa ramai orang yg mengakui dirinya Islam menerima dosa tanpa terhenti setiap hari - saat dan ketika, kerana mengabaikan perintah ini! Berapa ramaikah orang Islam yg benar-benar akur mencari ilmu? Ada para ilmuwan yg suka membaca kitab-kitab karangan manusia, menganalisisnya setiap hari, tetapi tidak pula berusaha mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Konon-kononnya mereka mencari jalan pintas tentang ilmu dengan meneliti apa orang lain kata tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Dia sendiri tak mahu belajar al-Quran dan al-Hadith!
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: 'Taraktu fikum 'amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahua kitabullahi wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian (umat Islam) dua hazanah yang sekiranya kamu sekelian berpegang dengannya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaiatu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' Hari ini ramai orang Islam sesat kerana mereka tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah!
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Al-ilmu thalathatun wama siwak zalika fahua fadlun: ayatun mukhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun adilatun' [Maksud: Ilmu yg wajib dipelajari (dan dikuasai oleh orang Iman itu) adalah tiga, adapun dibelakang yg tiga itu berguna juga, (adapun yg wajib itu adalah) Ayat yg menghukum i.e. al-Quran dan sunnah yg tegak i.e. as-Sunnah dan hukum faraid yg adil.] [Hadith ibnu Majah]. Ilmu yg tiga itu untuk akhirat manusia.
3. Diriwayatkan hadith dariada Qasim hadith daripada Abi Umamah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Diwajibkan atas kamu dengan ini ilmu (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) sebelum bahawasanya digenggam (i.e. dicabut oleh Allah (a.w)) dan menggenggamnya pada ilmu (i.e. disimpan oleh Allah (a.w)) apabila diangkat (oleh Allah (a.w) ilmu)' dan mengumpulkan (Rasulallah (s.a.w) antara dua jarinya, yg tengah dan jarinya yg terdekat kepada ibu jarinya (i.e. dengan membuat isyarat 'V' dengan jari telunjuk dan jari hantunya) demikian (seolah-olah mengisyarat), kemudian bersabda: 'Orang yg alim (i.e. yg pandai) dan (orang yg) diajarkan (ilmu) sama-sama kedua-duanya di dalam (mendapat) pahala dan tiada yg lebih baik (dari keduanya) dari seluruh manusia.' [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg mengajarkan ilmu dan orang yyg belaja ilmu itu sama saja taraf dan kedudukan, i.e. mendapat pahala yg sama. Yg membezakan hanya siapa yg lebih banyak mengajarkan ilmu dan lebh banyak menerima ilmu. Mereka yg mengajarkan ilmu dan mempelajari ilmu itu pada Allah (a.w) adalah lebih banik dari manusia lain yg tidak mempelajari atau mengajarkan ilmu. Tapi ingat, bukan sebarang ilmu. Ilmu yg tiga di atas tadi yg diajarkan dan dipelajari sahaja yg mendapat ganjaran pahala kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
4. Diriwayatkan hadith dari al-Makburiyu hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa datang ke masjidku ini (i.e. Masjid Nabawi) tidak datang dia kecuali kerana mencari kebaikan (dengan) mempelajari ilmu atau (dia) mengajarkan ilmu, dan kedua-duanya sama dengan tempatnya (i.e. mertabatnya) dalam (seumpama) berjihad (i.e. berperang) dalam jalan (i.e. ugama) Allah (a.w), dan barangsiapa datang kepadanya kerana selain demikian (tujuan), maka dia seperti tempat seorang lelaki yg melihat kepada kesenangan selainnya.' [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith-hadith lain disebutkan pahalanya. Contoh: sesia[a yg mempelajari satu ayat al-Quran adalah baginya pahala melebihi pahala seorang iman yg mengerjakan 100 rakaat solat sunat. Dan, sesiapa yg mempelajari satu bab al-Hadith mendapat ganjaran pahala lebih banyak dari seorang iman yg bersolat 1,000 rakaat sunat!
5. Diriwayatkan hadith daripada Othman (b Affan (r.a)) berkata hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Sebaik-baik (i.e. orang yg bterbaik dikalangan) kamu adalah orang yg belajar (ilmu) al-Quran dan mengajarkannya (i.e. ilmu al-Quran kepada orang lain).' [Hadith Bukhari, Bab Kefadhalan al-Quran]
Di dalam hadith di atas Othman ibni Affan (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-3, melapurkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg terbaik di sisi Allah (a.w) itu adalah orang yg belajar dan orang yg mengajarkan al-Quran. Maksudnya: pelajarilah atau ajarilah al-Quran itu sebagaimana sewajarnya, iaitu membacanya dengan bacaan yg betul dan dengan tajwid yg baik, kemudian memahami apakah perintah Allah (a.w) dalam firman-firmanNya itu, supaya boleh menjadi peringatan kepada kita yg beriman. Di dalam al-Hadith disebutkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg menbaca al-Quran itu mendapat ganjaran pahala membaca setiap satu huruf sepuluh ganjaran pahala. maka dengan itu membaca 'alif-lam-min' mendapt 30 ganjaran pahala. Kemanfaatan itu tidak termasuk pula kefahaman yg didapati dari al-Quran, termasuklah kefahaman bahawa Allah (a.w) perintah manusia yg beriman tu ambil dan anmalkan segala sesuatu yg diperintah oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu disebutkan bahawa sesiapa yg mempelajari al-Quran dan mengajarkan al-Quran mendapat kefadhalan seumpama amalan 60,000 orang ahli ibadah. Begitu besar pahalanya. Tetapi, mengetahui hakikat ini masih ramai orang Islam termasuk ulama' dan para ilmuwan sendiri tidak menjadikan kelaziman dirinya membaca al-Quran dan mempelajari al-Quran (dan mempelajri as-Sunnah). Sebaliknya mereka bersuash payah meneliti kitab-kitab karangan manusia, dan kemudian berbangga pula mendapat idea atau ketetapan yg secocok dengan keinginannya tentang sesuatu. Dan, kerana kejahilan atau kerana kurang yakin dia tentang hari akhiratnya, maka ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah diremehkan atau sama sekali dipersoalkan. Apabila ada pula pandangan ulam' atau ilmuwan yg termakan olehnya logiknya, maka diketetapikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka diambil dan diterimanya fikiran atau tafsiran manusia! Alangkah ruginya! Sudah lah mempelajari kitab-kitab tidak mendapat pahala apa-apa, malah kemungkinan mencelarukan pula kefahaman tentang Islam dan syariatnya (dan, mungkin aqidahnya dalam Islam terpesong dari landasan yg haq), apabila diterimanya pendapat manusia dan diabaikannya perintah Allah (a.w) dan RasulNya pula, maka rosaklah dia dan bahayalah akhiratnya pula!
Allah (a.w) perintahkan di dalam al-Quran bahawa seseorang yg betul-betul beriman itu adalah apabila diberitahu sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah, riaksi mereka mendegar (ketetapan a-Quran dan as-Sunnah), kemudian mentaatinya, bukan membuat keputusan untuk menerima pandangan pihak lain tentang Islam selain akur dengan as-Sunnah. maka kerana itu tidak hairanlah begitu sedikit orang Islam dan beriman yg berjaya mendapat syurga (dikatakan di dalam al-Hadith hanya seorang daripada 1,000 orang yg Islam itu yag berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Semoga Allah (a.w) terus membimbing kita dan mengokohkan lagi petunjuk yg dikurniakan olehNya kepada kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment