Friday, February 5, 2010

Ilmu: Hidayah dan Kematian

Assalamualaikum,
Kita sering diberitahu dalam blog ini tentang 'ilmu'. Kita juga telah diberitahu bahawa ilmu yg haq itu hanyalah dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Islam tidak melarang umatnya belajar dan mendalami ilmu mengenai Islam dan syariatnya, seumpama mengenai segala bentuk dan kaedah serta cara beramal dan beribdah, berpandukan kitab-kitab karangan manusia, tetapi ditakuti atau di khuatiri adalah pengarang yg menulis sesuatu mengenai Islam dan syariatnya itu mungkin mengasaskan kitabnya kepada rukya atau pemikiran manusia lain dan tidak merujuk kepada sumber yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu, dan kita beramal dengannya, maka kemungkinan besar kita tersilap atau tersalah. Maka dengan itulah penting kita mengambil perhatian supaya merujuk dahulu i.e. belajar dahulu dari guru yg berilmu dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah, lepas itu setelah faham, kita bolehlah lihat kitab-kitab sedemikian. Dengan cara demikian kita akan pasti apakah batasan yg sah tentang sesuatu amalan dan ibadah itu.
Tapi hari ini rata-rata kita lihat begitu ramainya antara kita yg meninggalkan sama sekali al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mencari jalan pintas tentang ilmu ugama dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan manusia. Amalan ini amal bahaya. Kita termungkin, malah lazimnya, diajarkan sesuatu yg sama sekali tidak terdfapat dalam ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu wajib bagi setiap orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman. Apabila tidak ada usaha mencari dan mempelajari ilmu, maka dia berdosa setiap saat. Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah Isra', supaya janganlah kita membuat sesuatu (i.e. beramal dan beribadah, terutamanya) tanpa mengetahui ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut terlebih dahulu. begitu juga pesanan Rasulallah (s.a.w) yg menasihatkan kita supaya berilmu dahlu sebelum mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah, ditakuti kalau-kalau kita beramal dan beribadah dengan sesuatu dalam kejahilan - mungkin betul dan mungkin silap. kalau betulpun tanpailmu kita dikira salah dan kalau salah apa lagi!
Menyentuh tentang ilmu ini, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa al-Quran itu adalah Kitab Allah (a.w) yg benar, darinya ada yg mendapat hidayah atau petunjuk dan ada yg tidak mendapat hidayah, kerana dia tidak berpandukan dengannya dan sebaliknya dia berpandu dengan sumber lain. Maka sesatlah dia, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti dia akan sesat. Bila sesat nerakalah akhirnya, bukan syurga.
1. Firman Allah (a.w): 'Inna anzalna 'alaikal-kitaba linnasi bil-haqqi; famanihtada falinafsihi, waman dolla fainnama yadillu a'alaiha ...' [Maksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan Kitab (i.e. al-Quran) (kepadamu, Muhammad (s.a.w)) untuk manusia dengan kebenaran; maka barangsiapa diberi petunjuk maka (petunjuk itu) untuk dirinya; dan barangsiapa disesatkan maka sesungguhnya kesesatan itu atas dirinya, ...] [Ayat 41, Surah az-Zumar]. Ayat ini memberi kita tahu bahawa al-Quran itu kitab Allah (a.w) yg benar sebagai panduan manusia. Sesiapa yg mahu menerimanya, maka dia pasti akan mendapat hidayah. Dan, barangsiapa tidak mahu berpandu dengannya, maka dia akan sesat, dan menyesatkan dirinya. Justeru itu, untuk mendapat petunjuk dalam Islam hendaklah kita mempelajari al-Quran supaya kita tahu ketetapan Allah (a.w) yg benar kepada kita yg Islam.
2. Firman Allah (a.w): 'Allahu uatawaffal-anfusa hina mautiha wallati lam tamut fi manamiha; faumsikul-lati qada 'alaihal-mauta wa-yursilul ukhra ila ajalim-mussamma; inna fi zalika la-ayatil-liqaumi yataffakakruna.' [Maksud: (Sesungguhnya) Allah (a.w) memati sesuatu diri (i.e. seseorang itu) ketika dimatikan dirinya pada yg tidak mati dalam tidurnya; maka menahan yg menghukumi atasnya kematian dan melepaskan yg selainnya sehingga sampai ajalnya (i.e. tempohnya); sesungguhnya di dalam demikian ayat-ayat (i.e. tanda-tanda keterangan Allah (a.w) itu) bagi kaum yg berfikir mereka (i.e. bertafakkur mereka).] [Ayat 42, Surah az-Zumar].
Ayat ini menjelaskan bahawa ketika tidur seseorang itu dia dimatikan, i.e. malaikal maut akan mengambil nyawa seseorang itu atau dipisahkan nyawa seseorang itu ketika dalam tidurnya di malam hari. Ada yg nyawanya tidak dikembalikan ke jasadnya kerana sudah sampai waktu dia dimatikan, maka matilah dia. Ada yg selainnya dikembalikan semula nyawanya ke jasadnya dan dimatikan ketika sampai tempoh ajalnya. Demikianlah apa yg berlaku setiap hari. Maka dengan itulah kita ketemui seseorang itu mati ketika tidur, dan tidak bangun esok harinya. Ada yg bangun semula esok harinya, kerana ajalnya belum sampai.
Peringatan Allah (a.w) itu adalah supaya kita sebelum tidur hendaklah bersedia untuk mati dengan membaca zikir-zikir yg perlu, berdoa, dan membaca sebanyak mungkin kalimah taubat (Astaghfirullahil 'azim, allazi lailaha illallah hua haiyul qaiyum wa-atubu ilaihi) sehingga terlelap. Mudah-mudahan dengan cara itu, kita sempat bertaubat terhadap dosa-dosa kita yg kita lakukan hari itu dari pagi hingga ke saat tidur kita.
Demikianlah sedikit ilmu yg terdapat dalam dua ayat al-Quran yg telah kita pelajari di atas itu. Ada dua peringatan kepada kita, iaitu: pertama, belajarlah al-Quran supaya kita mendapat hidayah; dan kedua, bersedialah untuk mati setiap kali kita tidur ketika malam hari.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment