Ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran-Haji
Ibadah haji adalah rukun Islam kelima, selepas ketetapan mengenai Syahadah, Solat, Puasa, dan Zakat. Diantara lima rukun tersebut, solat diperintahkan Allah (a.w) secara langsung semasa malam Isra’ dan Mi’raj. Maka dengan itu, seseorang yang meninggalkan solat, hilang keimanannya dan gugur Islamnya. Sesiapa yang tidak solat jatuh kafir atau, dalam satu riwayat lain, jatuh syirik. Solat adalah tiang ugama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan ugamanya, yakni keluar dari Islam. Solat adalah ibadah yang paling utama dalam hisaban di akhirat dan ibadah yang terawal dihisab. Jika hisaban solatnya berjaya, maka hisaban amalan yang lainnya mudah baginya.
Ibadah haji itu diwajibkan ke atas orang Islam mengerjakannya sekali seumur hidupnya. Seseorang Islam yang sudah mampu hendaklah dia mengerjakan haji. ‘Mampu’ di sini bermaksud mampu dari segi kewangan. Seseorang yang mendapat rezki yang melebihi keperluan harian baginya dan tanggungannya, dan boleh mengadakan pula peninggalan yang boleh menampung keperluan harian keluarganya sepanjang peninggalannya, adalah dianggap sudah ‘mampu’ untuk menunaikan ibadah haji. Allah 9a.w) mengancam manusia yang Islam bahawa sesiapa yang sudah mampu dalam konteks tersebut, tidak mengerjakan haji, dan mati dia sebelum sempat menunaikan haji, maka matinya sebagaimana matinya orang Yahudi dan Nesrani (Nota: Mati sebagai Yahudi atau Nesrani bererti mati tidak Islam!). Sebaliknya pula, sesiapa yang sudah mempersiapkan diri untuk menunaikan haji, tetapi tidak kesempatan kerana ajalnya sampai, maka dia dikira telah mengerjakan haji yang penuh seumpama orang yang berhaji.
Ketetapan mengenai haji itu terdapat di dalam al-Quran, iaitu Ayat 97, Surah ali-Imran, seperti berikut:
1. Firman Allah (a.w): ‘Wa-lillahi ‘alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabilan waman kafara fainnallaha ghaniyun ‘annil ‘alamina.' [Maksud: Dan Allah (a.w.) mewajibkan atas manusia (mengerjakan) haji di Baitullah bagi barangsiapa yang mampu atasnya (mengadakan) perjalanan (ke Baitullah) dan barangsiapa kufur (yakni, ingkar mengerjakannya) maka sesungguhnya Allah (a.w) zat yang Maha Kaya dari seluruh ‘alam (yakni, sekelian makhluk).] [Ayat 97, Surah ali-Imran]
Firman Allah (a.w) di atas memberitahu kita yang Islam bahawa ibadah haji itu wajib. Yang meringankannya hanyalah kemampuan. Mereka yang tidak mampu kerana tidak memiliki sumber untuk ke Mekah atau mereka dalam keadaan sakit yang tidak membolehkan dia ke Mekah dan mengerjakan perlakuan haji seumpama Tawaf, Sai dan melontar Jamrah (mula-mula Jamrah Aqabah dan kemudian ketiga-tiga jamrah), boleh menunggu sehingga mampu. Selain itu, Allah (a.w) memberitahu bahawa antara syiar Islam[1] itu adalah Bukit Sofa dan Marwah.
2. Firman Allah (a.w): ‘Innas sofa wal marwata min sya’arillahi ... ' [Maksud: Sesungguhnya Bukit Sofa dan Bukit Marwah itu sebahagian daripada syiar Allah (a.w)] [Ayat 157, Surah al-Baqarah]
Peristiwa Sofa dan Marwah adalah perisitiwa yang melibatkan pelarian Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim (a.s), yang cuba mencari air untuk memberi anaknya yang baru lahir, Nabi Ismail, minum. Sehinggalah terbit air zam zam di bawah kaki Nabi Ismail (a.s). Siti Hajar melahirkan anaknya Ismail (a.s), apabila Nabi Ibrahim (a.s) diperintahkan Allah (a.w) untuk meninggalkannya Isteri dan anaknya, Ismail (a.s), di persekitaran Ka’abah, ketika isterinya sarat mengandung. Dia ditinggalkan tanpa apa-apa bekalan dan melahirkan Ismail (a.s) tanpa bekalan apa-apa. Nabi Ibrahim (a.s) hanya menemui Ismail (a.s) kemudian selepas 20 tahun berpisah. Apabila bertemu pula dengan anak kesayangannya, disuruh pula oleh Allah (a.w) untuk menyembelih anaknya. Demikianlah cubaan Allah (a.w) terhadap Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s). Namun kerana ketaatannya kepada Allah (a.w), maka diturutinya. Justeru itulah, Nabi Ibrahim (a.s) mendapat taraf ‘khalillullah’ (i.e. kekasih Allah (a.w)). Selain Nabi Ibrahim (a.s) hanya Nabi Muhammad (s.a.w) yang mendapat gelaran sedemikian. Apabila Allah (a.w) menggantikan penyembelihan nabi Ismail (a.s) dengan seekor kibas, maka sebagai tanda kesyukuran Nabi Ibrahim (a.s) dengan anaknya, membina rumah ibadah pertama di bumi iaitu Baitullah atau Ka’bah.
Di dalam al-Quran Allah (a.w) memerintahkan manusia melalui firman di bawah untuk mengerjakan haji dan umrah semata-mata kerana mentaati perintah Allah (a.w). Justeru itu, mengerjakan haji dan kemudian mengerjakan umrah (sekali) menjadi wajib atas umat Islam.
3. Firman Allah (a.w): ‘Wa-atimmu hajja wal-‘umrata lillahi ...' [Maksud: Dan kerjakanlah haji dan umrah kerana Allah (a.w) ...] [Ayat 196, Surah al-Baqarah]
Di dalam ayat berikut pula diperjelaskan bahawa haji itu pada musim yang sedia maklum oleh manusia (yakni, setelah merujuk as-Sunnah), iaitu dalam bulan Zulhijjah, tanggal 10 Zulhijjah. Bulan haji itu adalah bermula 1 Syawal hinggalah berakhir pada 13 Zulhijjah. maka dengan itu, sesiapa yang mengerjakan umrah dalam bulan haji, maka dia dikenakan ‘dam’ mengorbankan seekor kambing[2].
4. Firman Allah (a.w): ‘Alhajju asy’urun ma’lumataun ...' [Maksud: Bahawasanya haji itu syiar yang diketahui semua ...] [Ayat 197, Surah al-Baqarah]
Demikianlah nas dan dalil al-Quran mengenai ibadah haji dan umrah itu. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji hanya sekali. Haji ini dipanggil haji wida’ (haji peninggalan) kerana tidak lama selepas itu turun ayat al-Quran menyebut tentang kesempurnaan Islam, ugama Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kemudiannya berkhutbah berpesan kepada umat Islam bahawa ditinggalkannya dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang jika mereka berpegang dengannya sebagai panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan, mereka tidak akan sesat mencari siratul mustaqim selama-lamanya, yakni akan menemuinya dan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dengan ganjaran syurga dan selamat dari neraka.
[Nota-nota: [1] Islam itu adalah penutup kepada ugama Allah (a.w). Ugama Allah (a.w) bertumpu kepada pengabdian kepadaNya. Ugama Allah (a.w) itu adalah menyerah diri kepada Allah (a.w) dengan mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah (a.w). [2] Dalam konteks ‘dam’ ini Tabung Haji tersilap mentafsirkan bahawa ‘dam’ itu dikenakan sekali sahaja terhadap mereka yang mengerjakan umrah bagi jema’ah haji Tamattuq. Sebenarnya, dam itu dikenakan setiap kali umrah dikerjakan oleh jema’ah haji dalam bulan haji!]

Demikianlah panduan tentang syariat ibadah haji mengikut ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment