Assalamualaikum,
Penulis, walaupun agak terlewat, ingin menarik perhatian saudara kepada tajuk di atas yg dijadikan satu tulisan pendek oleh saudari Siti Fatimah Abdul Rahman, seorang pegawai IKIM yg menulis atas tajuk tersebut (i.e. 'meme;ihara aib orang') dalam ruangan Rencana akhbar Utusan Malaysia keluaran 12 Februari 2010.
Beliau merujuk kepada ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 11, Surah al-Hujrat serta dua hadith nabi (s.a.w) yg melarang umat Islam, i.e. orang-orang Islam yg benar-benar beriman, tentang larangan supaya jangan hebahkan keabiab orang dan pandangan Abdullah Yusuf Ali yg dalam pengenalannya kepada surah tersebut menyebut tentang larangan sedemikian itu. bagi mereka yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup Muslim serta panduan amalan dan ibadah dalam Islam, pasti tahu bahawa Islam melarang sesiapa saja menghebah-0hebahkan atau membuka keaiban ornag lain untuk pengetahuan manusia. Orang yg membuka keaiban orang itu termasuklah mereka yg melapurkannya walaupun alas alasan sebagai pemberita dia melapurkan sesuatu berita yg didengarnya atau dibacanya dari mana-mana sumber. Islam juga menyebutkan bahawa seseorang yg membukakan keaiban orang lain di dunia Allah (a.w) membukakan keaibannya di akhirat kelak semasa manusia berkumpul di perhimpunan agung terbesar dunia di padang makhsyar. Sesiapa yang merahsiakan keaiban orang lain, maka Allah (a.w) akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Umat Islam hanya dibnarkan menghebah-hebahkan kebaikan seseorang itu walaupun kecil, tetapi melarang mendedahkannya. Malangnya hari ini kita lihat begitu meluaskan keaiban seseornag Islam itu dihebahkan oleh pemberita dalam media masa. Contohnya: dalam prosiding mahkamh sekarang dilapurkan secara detail apa yg berlaku dalam mahkamah tentang perbicaraan mengenai Anwar Ibrahim. Orang yg menulis dan orang yg membacanya sama-sama mendapat dosa, kerana sebarang larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg tidak dipatuhi adalah suatu dosa di sisi Allah (a.w), kerana dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, kita diperintahkan untuk patuhi perintah Rasulallah (s.a.w) , antaranya supaya jangan kita lakukan apa yg ditegah oleh beliau.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment