Sunday, February 14, 2010

Ketetapan Allah (a.w) - Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,

Ketetapan Rasulallah (s.a.w) di Dalam as-Sunnah

Ibadah haji itu diwajibkan atas semua orang Islam, seperti yang ditetapkan dalam firman Allah (a.w) di atas itu. Ketetapan ini juga diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) seperti di dalam hadith berikut:
1. Diriwayakan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Berkhutbah kepada kami Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aiyunannasu qad faradallahu ‘alaikumul hajja fahajju.' [Maksud: ‘Wahai sekelian manusia! Sungguh-sungguh telah fardhukan oleh Allah (a.w) atas kamu sekelian ibadah haji, maka kerjakanlah haji’. Maka bertanya seorang lelaki (Aqra’ bin Habis): ‘Adakah tiap-tiap tahun, wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga kata-kata itu diulangi (oleh yang bertanya) tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jika aku katakan ‘ya’ nescaya wajiblah, maka pasti tidak mampu kamu mengerjakannya.’ Kemudian bersabda: ‘Zaruni ma taraktukum fainnama halaka man kana qablakum bi kathrati sualihim ‘ala anbiyaihim, faiza amartukum bisyai’in faktu minhu mastota’tim waiza nahaitukum ‘an sysi-in fada’uhu.'[1] [Maksud: Biarkanlah apa-apa yang aku tinggalkan. Bahawa umat sebelum kamu telah celaka kerana banyak pertanyaan dan juga perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Apabila aku perintahkan dengan sesuatu, kerjakan sekuat mampu kamu, dan apabila aku larang tentang sesuatu, maka tingalkanlah!] [Hadith Muslim]
Hadith di at situ mengulangi perintah Allah (a.w) bahawa ibadah haji itu telah difardukan atas manusia sekali seumur hidupnya. Haji itu tidak perlu diulangi. Kerana jika dikerjakan semata-mata kerana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan penuh keikhlasan serta keinsafan dan orang yang mengerjakan haji itu berubah menjadi orang Islam yang soleh – mengerjakan apa yang disuruh (mengikut al-Quran dan as-Sunnah) dan meninggalkan apa-apa yang dilarang (mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) – dia akan dapat haji mabrur. Haji mabrur itu menjamin pelakunya bersih dari dosa seolah-olah dilahirkan dalam keadaan fitrah. Dan , ganjarannya syurga.
Dalam hadith berikut pula ketetapan yang sama disebutkan oleh perawi hadit, Abu Hurairah (r.a), semasa Rasulallah (s.a.w) berkhutbah di hadapat para sahabat:
2. Menceritakan hadith dari Muhammad bin Ziadin hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Rasulallah (s.a.w) atas manusia, bersabda dia: ‘Innallaha ‘aza wajal: ‘Qad farada ‘alaikumul hajja’.[Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Luhur berfirman: Sungguh-sungguh difardukan atas kamu sekelian (ibadah) Haji’. Maka berkata seorang lelaki[2]: ‘Di dalam setiap tahun?’ Maka terdiam (Nabi (s.a.w)) sehingga ditanyakan tiga kali, maka bersabda dia: ‘Lau kultu na’am lawajabat walau wajabat ma qumtum biha zaruni ma taraktukum fainnama halaka man kana qablahum bi kathrati sualuhum wahtilafihim ‘ala ambiaihim faiza amartukum bisyai-in fakhuzuhu mastotahtum wa-iza nahatukum ‘an syai-in fajtanibuhu.' [Maksud: Jika aku katakana ‘ya’ maka wajib apa-apa yang aku tetapkan atas kamu tidak mampu kamu.Biarkanlah apa-apa yang aku tinggalkan. Maka sesungguhnya telah celaka barangsiapa (kaum) sebelum kamu di dalam memperbanyakkan soal terhadap nabi-nabi mereka, maka apabila memerintah aku akan kamu sesuatu maka ambillah sekuat mampu kamu, dan apabila menegah aku akan kamu sesuatu, maka tinggalkanlah.] [Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji]
Hadith di atas memberikan kita nas dan dalil hadith mengenai wajibnya ibadah haji itu. Di dalam hadith kita mendapat tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji hanya sekali (haji ini disebut ‘Haji Wida’) dan beliau mengerjkan umrah hanya empat kali. Ibadah haji itu wajib sekali dan ibadah umrah itu sunat, tetapi tidak disebutkan hadnya. Firman Allah a.w) mengenai umrah itu menunjukkan sekurang-kurangnya sekali umrah adalah sunat yang diberatkan, yakni hampir-hampir wajib.
[Nota-nota: [1] Ketetapan bahagian kedua dalam hadith di atas itu sama dengan ketetapan Allah (a.w) dalam ayat 7 Surah al-Haysr: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang ditegahnya, hendaklah kamu tinggalkan. Umat dahulu telah celaka sama ada disiksa ataupun mendapat bala atau kesusahan yang amat sangat kerana banya soal terhadap nabi mereka, seumpama kaum Yahudi bertanyakan kepada Musa (a.s) apakah bentuk, rupa dan sifat lembu yang hendak dikorbankan bagi menebus dosa-dosa mereka
[2] Mengikut Abu Daud dan an-Nasa’i, lelaki yang bertanya itu namanya Aqra’ bin Habis.]
Mati Tidak Mengerjakan Haji Kafir

Walaupun ibadah haji itu diwajibkan sekali, tetapi kita disuruh menyegerakan berbuat haji atau naik haji kerana dikhuatiri jika mati seseorang yang Islam itu sebelum sempat mengerjakannya, dan dia sudah mampu, seperti yang kita teliti di atas tadi, maka menjadi kafir dia. Oleh itu wajiblah diusahakan menunaikan hajis ecepat mungkin.
3. Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith daripada Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabilan’ [Maksud: Barangsiapa diberi kesempatan dan bekalan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 196, Surah al-Baqarah di atas yang dirujuk itu).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Hadith di atas amat utama semua orang Islam itu waspada. Kerana, jika sudah mampu maka hendaklah mereka segerakan menunaikan haji. Jika ditakdirkan seseorang itu sudah mampu tetapi belum sempat mengerjakannya dan ditakdirkan dia mati, maka mati dia sebagai seorang kafir, sama sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani atau Majusi! Wal iyazubillah. Kalaupun mereka seorang yang warak dan alim dan mengerjakan pelbagai ibadah yang wajib dan sunat dan tidak melakukan maksiat, tetap mereka mati sebagai seorang kafir. Pasti masuk neraka. Begitulah utamanya ibadah haji itu kepada umat Islam. janganlah diremehkan.
Semoga dengan ilmu ini kita lebih faham tentang perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) mengenai ibadah haji dan umrah serta syariatnya mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment