Sunday, February 28, 2010

Mengungkit--ungkit pemberian kepada orang

Assalamualaikum,
Kali ini kita lihat suatu daripada perangai buruk antara kita yg sering berlaku apabila kita melakukan sesuatu yg tidak ikhlas, iaitu mengungkit apa-apa kebaikan atau pemberian kita terhadap orang lain. Menghebah-hebahkan petolongan atau pemberian kita itu juga adalah suatu bentuk ungkitan dan menunjukkan sifat tidak ikhlas kita!

Mengungkit-ungkit Pemberian

Hadith ini menyentuh tentang keikhlasan dalam pemberian. Berdosa seseorang itu apakala memberi sesuatu kepada orang lain kemudian dimintanya kembali atau diungkit-ungkitnya pemberiannya tersebut. Perbuatan meminta dikembalikan pemberian itu atau perbuatan mengungkit-ungkit pemberian kepada seseorang itu tidak berdosa jika berlaku diantara ibubapa dengan anaknya. Maksudnya, apabila memberi kedua ibu bapa kepada anaknya, dia berhak memintanya semula atau berhaq menyebut-nyebut atau mengungkit-ungkit pemberiannya itu. Jelaslah taraf kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya amat tinggi.

Menyentuh tentang mertabat kedua ibubapa terhadap anak-anaknya ini, di dalam sepotong hadith lain disebutkan bahawa kedua ibubapa seseorang anak itu berhak mengambil sebarang sesuatu milik anak-anaknya tanpa mendapat kebenaran anak-nyanya terlebih dahulu. Juga, mengikut sepotong hadith lain, jika kedua ibu bapanya tidak sukakan isteri anaknya, mereka berhak memaksa anaknya menceraikan isterinya, walaupun si anak itu sangat cintakan isterinya maka wajib anaknya menceraikan isterinya jika itulah perintah kedua ibu bapanya atau salah seorang orang tuanya. Maka dengan itu jugalah di dalam Islam keridaan kedua ibu bapa itu penting, dan jika tidak rida keduanya atau salah seorang daripadanya terhadap anaknya kerana apa sebab sekalipun, maka tidak rida Allah (a.w) terhadapnya. Jika Allah (a.w) tidak rida, walau bagaimana tinggi sekalipun amal ibadatnya, tidak akan masuk syurga dia:

Diriwayatkan hadith daripada Taus, daripada Ibnu Abbas (r.a) dan daripada Ibnu Omar (r.a) yang mengangkat hadith sampai kepada Nabi (s.a.w) [Nota: Hadith kategori ini hadith ‘marfu’ = Hadith yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) menjawab sesuatu pertanyaan atau permasalahan secara langsung] dengan sabdanya: ‘Tidak halal[1] bagi seorang lelaki (atau perempuan) apabila memberi dia (sesuatu kepada orang lain) satu pemberian (kemudian) kembali dia dengannya (yakni, dimintanya semula pemberiannya itu dari orang itu) (atau, diungkit-ungkitnya pemberiannya) kecuali (pemberian) kedua orang tua (yakni, ibu bapa) di dalam memberi (sesuatu kepada) anak-anaknya.’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Khiat]

[Nota: Hadith yang paling tinggi mertabatnya adalah Hadith Qudsi iaitu hadith yang menyebut kalimah yang Allah (a.w) sendiri yang berfirman yang disampaikan melalui lisan atau percakapan Rasulallah (s.a.w). Tarafnya seakan-akan kalimah al-Quran (iaitu, kalam atau kalimah Allah (a.w)). Hadith Marfu’ adalah hadith yang dicakapkan secara terus oleh Rasulallah (s.a.w) apakala menjawab pertanyaan atau persoalan atau permasalahan yang dibawa terus kepadanya oleh para sahabat untuk mendapat jawapan atau keputusan. Hadith Sahih adalah hadith yang tidak boleh dipersoalkan kebenarannya. Hadith Daif adalah sahih dari segi isinya tetapi terdapat sedikit permasaalahan dari segi isnadnya kerana mungkin terdapat dalam urutan isnadnya seseorang periwayat yang kewibawaannya dipersoalkan, tetapi sah diamalkan atau diibadatkan mesejnya. Maka dengan itu, terdapat hadith dhaif yang sama mesejnya dengan suatu hadith sahih, hanya yang membezakannya adalah salah seorang daripada isnad perawi hadith tersebut sahaja.]

Jazakallahu khairah

[1] Yakni tidak sekali-kali dibolehkan dalam Islam atau secara pasti berdosa apabila melakukannya

No comments:

Post a Comment