Mengapakah solat-solat malam, khususnya Solat Tahajjud dan Solat Witir itu digalakkan oleh Islam kita lakukan? Selain manifestasi membuktikan kesyukuran kita kepada Allah (a.w), dan solat dalam bening dan kesunyian malam itu lebih mandatangkan khusyuk, ada sebab yg lebih utama untuk kita benar-benar manfaatkan.Dalam post yg lalu kita sudahpun bayangkan.
Kelebihan Solat Tahajjud
Mungkin saudara sedia maklum, sebelum disyariatkan solat lima waktu, Rasulallah (s.a.w) diwajibkan oleh Allah (a.w) mengerjakan solat Tahajjud. Solat malam yang utama adalah solat Tahajjud. Disebutkan dalam dua hadith yang terdapat di dalam kitab Sunnan at-Termidzi, kelebihan mereka yang bangun malam dan bersolat tahajjud – dividen akhirat yang besar bagi mereka yang mengerjakannya:
1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit: ‘Aku (Allah (a.w)) raja bagi segala raja dan kamu sekelian itu hambaKu, (pertama) sesiapa yang meminta doa akanDaku maka Aku makbulkan akan dia; (kedua) sesiapa yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia; (dan, ketiga) sesiapa minta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’. ‘Maka (sambung sabda Rasulallah (s.a.w)) sentiasalah Dia (Allah) berseru sedemikian itu hingga tiba terbit fajar’.] [Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi]
Mengikut satu riwayat hadith lain daripada Abu Hurairah (r.a) juga disebutkan meriwayatkan hadith berikut:
2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) yang Mahabesar lagi Luhur sifatnya, tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tetap sepertiga terakhir malam, maka berseru Allah (a.w) (kepada manusia): ‘(Pertama) Barangsiapa berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan permintaannya, (kedua) barangsiapa meminta kepadaKu Aku berikan, dan (ketiga) barangsiapa meminta ampun kepadaKu Aku ampunkan orang itu.’] [Hadith sahih riwayat at-Termidzi]
Di dalam kitab hadith Sunan ibnu Majah, disebutkan juga beberapa hadith yang sama maksudnya dengan hadith-hadith ibnu Majah di atas itu, iaitu:
3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurarirah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Turun Tuhan kamu, Tuhan yang Maha Memberkati dan Maha Luhur, ketika tetap sepertiga terakhir malam, pada tiap-tiap malam, maka berfirman Allah (a.w): ‘(Pertama) Barangsiapa meminta padaKu, maka Aku beri. (Kedua) Barangsiapa berdoa kepadaKu (untuk mendapatkan sesuatu), maka Aku kabulkan (permintaan) baginya. (ketiga) Barangsiapa meminta ampun padaKu, maka akan Aku ampunkan baginya (dosanya), sehingga sampai terbit fajr’, (sambung sabda Rasulallah (s.a.w)): ‘Maka demikianlah ada bagi Allah (a.w) yang sukakan solat (umatnya) pada akhir malam berbanding pada awal malam.] [Hadith sahih ibnu Majah]
Hadith ini memberi kita tahu bahawa ada peluang keemasan bagi seseorang Islam yang bangun malam berqiamul-lail dengan mengerjakan solat Tahajjud kerana Allah (a.w) perkenankan tiga perkara apabila dipohonnya dari Allah (a.w). Pertama, diberikan segala sesuatu yang dimintanya. Kedua, dikabulkan doanya. Dan, ketiga, diampunkan dosa-dosanya. Jelaslah begitu tingginya rahmat dan belas kasihan Allah (a.w) terhadap hambanya yang bangun malam dan mengerjakan solat Tahajjud. Tiga permintaan yang amat utama bagi seseorang Islam itu dilunaskan oleh Allah (a.w). Segala-segala ini boleh didapati asalkan dia bersolat tahajjud mulai sepertiga pertengahan malam sehinggalah terbit fajr, yakni tiba waktu Subuh.
Hadith berikut juga menjelaskan perkara yang sama, iaitu Allah (a.w) memperkanankan tiga perkara yang diminta oleh hambanya yang bangun malam berqiamul-lail bersolat tahajjud dia:
4. Diriwayatkan hadith daripada Rafa’ah al-Juhanni (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) menunggu. Sehingga ketika hilang dari waktu malam separuh atau sepertiga separuh malam, berfirman Allah (a.w) (kepada hambaNya yang mengerjakan qiamul-lail): ‘Jangan meminta seseorang hamba kepada selain daripadaNya. (Pertama) Barangsiapa berdoa (untuk sesuatu) dikabulkan olehNya baginya. (Kedua) Barangsiapa meminta (sesuatu) Kami berikan baginya. (Ketiga) Barangsiapa meminta ampun (sesuatu dosanya), Kami ampuni dia.’ (Demikianlah) Sehinggalah terbit fajar.] [Hadith sahih ibnu Majah]
Sesiapa yang bangun dia pada pertengahn malam atau spertiga kedua malam, berkesempatan dia menemui Allah (a.w), kerana Allah (a.w) turun ke langit dunia untuk memberi tiga penganugerahan kepada Hamba-hambaNya. Allah (a.w) berada di langit dunia denganirinagan malaikat-malaikat rahmat, dan kemudian naik semula ke Arasy apabila tiba waktu Subuh.

Semoga kita yg telah mendapat ilmunya mengenai kemanfaatan bangun bersolat malam itu, akan diberikan Allah (a.w) kekuatan untuk mengerjakannya sebagai tanda kesyukuran kita terhadapNya. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment