Monday, February 8, 2010

Solat Fardu: Jangan abaikan

Assalamualaikum,
Hari ini penulis ingin perngatkan semua semua pengikut dan pembaca blog ini supaya jangan lupa tentang tanggungjawab mengerjakan solat fardu itu. Lazimnya ramai di antara kita yg tertinggal Solat Subuh tadi pagi kerena tertidur atau terjaga dari tidur lewat dan terpaksa ke pejabat menjalankan tugas-tugs harian, demi maisya dunia kita. Sering juga kita terlupa kerjakan Solat 'Asar ketika kita sibuk dengan tugs-tugas di pejabat, terutama kerena mesyuarat yg sering diadakan mulai jam 2.30 petang habis lewat pula. Peringatan ini penting berpandukan beberapa hadith berikut:
Janji Allah (a.w) Kepada HambaNya

Oleh kerana pentingnya ibadat solat itu, di dalam sebuah hadith qudsi disebutkan bahawa Allah (a.w) berjanji sesiapa yang mengerjakan solat fardunya tetap pada waktunya, maka dimasukkan dia ke dalam syurga. Ingatlah firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberi pengakuan bahawa segala janjiNya itu pasti ditunaikan:
1. Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]
Hadith yang sama perawinya sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Kita turunkan berikut sekadar untuk rujukan tambahan:
2. Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menceritakan kepadakdengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku (Allah (a.w)) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud]
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) (Hadith Qudsi) bahawa ada perjanjian Allah (a.w) dengan manusia yang Islam dan beriman. Apakah janji Allah (a.w) itu? Jika mereka bersolat lima solat fardu dalam waktunya, maka mereka dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika mereka tidak bersolat dalam waktunya, maka tiada janji tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mengerjakan solat lima waktu dalam waktu-waktu yang ditetapkan, maka Allah (a.w) berikan ganjaran syurga, dan jika sebaliknya, masuk neraka. Satu perjanjian yang mudah bagi manusia.
Janji Allah (a.w) mengikut hadith ini jelas. Sesiapa yang dibangkitkan diakhirat kelak dan dia, semasa hidupnya, mengerjakan solat fardunya tetap pada waktunya, maka Allah (a.w) memberikan ganjaran syurga. Dan, barangsiapa yang dibangkitkan dan semasa hidupnya tidak menjaga solat fardunya, maka tiadalah janji tersebut terhadapnya. Maksudnya, maka masuk nerakalah dia! Daripada hadith ini jelas sesiapa yang Islam tetapi tidak mengerjakan solatnya, sudah pasti dia masuk neraka, kecuali Allah (a.w) mengampunkan dosanya dan memberi kerhamatanNya. Mengikut sepotong hadith yang lain pula, dijelaskan perkara yang sama. Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan janji Allah (a.w) kepada mereka yang menjaga sepenuhnya solat fardunya. Orang yang tetap mengerjakan solat fardunya, apabila dibangkitkan di akhirat kelak akan diberikan Allah (a.w) syurgaNya. Sesiapa yang dibangkitkan di akhirat kelak, apabila dihisab solat fardunya, maka didapati ada kekurangan atau kecacatan, maka adalah terpulang kepada ketentuan Allah (a.w) sama ada mengazabnya atau mengampunkan dosa-dosanya kerana tidak mengerjakan solat mereka atau mengerjakan solat tetapi tidak sempurna atau cacat atau ada yang tertinggal. Di dalam sepotong hadith lain dijelaskan pula ketika dihisb manusia di akhirat kelak, Allah (a.w) memerintahkan malaikat yang menghisabnya untuk meneliti sama ada dia telah mengerjakan solat-solat sunat yang boleh diambil kira untuk menampong kekurangan atau kecacatan solat fardunya. Jelasnya, sesiapa yang terfikir bahawa solat fardunya kurang sempurna, maka hendaklah dia mempastikan dia mengerjakan sebanyak mungkin solat sunat, untuk menampong kekurangan-kekurangan tersebut.
Kita akan sambung tajuk ini dalam post yg akan datang, insya Allah

No comments:

Post a Comment