Assalamualaikum,
Hendaklah Disegerakan Berhaji
Kita diberitahu bahawa ibadah haji itu adalah Rukun Kelima dalam Rukun Islam. Apabila sudah ada kemampuan wajib kita mengerjakannya. Hari ini kita temui ramai orang Islam yang sudah mampu dan lebih dari mampu dari segi persediaan kewangan dan bekalan untuk menunaikan haji tetapi tidak menunaikannya. Dalam pada itu, kita juga mendapat tahu bahawa seseorang Islamyang, setelah mampu, tidak mengerjakan haji, jika ditakdirkan sampai ajalnya dan mati dia, maka mati dalam keadaan jahiliah, yakti tidak Islam.
1. Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja falyata’ajjal.' [Maksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya.] [Hadith Abu Daud]
Hadith diatas menyebut bahawa seseorang Islam itu hendaklahmenyegerakan mengerjakan ibadah hajinya, kerana ditakuti tidak sempat apabila sampai ajalnya. Ajal kita itu tidak diketahui tibanya, kerana Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran beberapa kali bahawa apabila tiba ajal seseorang, tidak akan dilambatkan atau ditangguh dan tidak pula didahulukan walau sesaat. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh supaya kita menyegerakan mengerjakan ibadah haji kita supaya tidak menempuhi risiko menjadi kafir kerana mati tidak naik haji.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment