Sunday, February 14, 2010

Mesej Allah (a.w) dalam Surah at-Taghabun

Assalamualaikum,
hari ini kita lihat sedikit tafsiran beberapa ayat dalam Surah at-Taghabun, bermula dngan Ayat 11 hingga Ayat 16.
Ayat 11: Firman Allah (a.w): (Maksudnya:)'Tidak menimpa dari sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah (a.w), dan barangsiapa yang beriman dengan Allah (a.w) Dia (Allah (a.w)) memberi petunjuk dalam hatinya; dan sesungguhnya Allah (a.w) dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.'
Manusia itu akan menghadapi berbagai dugaan dan ujian berbentuk musibah, i.e. sesuatu kejadian yg menimpa dirinya atau keluarganya, dalam hidupnya yg tidak disukainya dan yg menyayat hati atau yg menyedihkannya dan yg memilukannya, yg menjadi kenangan sepanjang hidupnya. Namun, semua musibah itu datangkan dengan izin Allah (a.w) kerana telah diqadarkan oleh Allah (a.w) pada setiap seorang kita segala sesuatu. Qadar terhadap setiap kita itu telah ditentukan Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum langit dan bumi dijadikan. manusia dijadikan lebih kemudian. Malah jinn dijadikan lebih awal dari manusia pertama, ie. Adam (a.s). Justeru itu qada' dan qadar kita akan berjalan sebagaimana yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam kitab catatanNya, sudah tertulis. Namun, sebagai orang Islam dan beriman kita diberitahu bahawa tiada siapa yg boleh menukar qadar, kecualilah kita berdoa dengan mengharapkan Allah (a.w) ubah qada' dan qadar kita. Yakinlah qada' dan qadar hanya boleh berubah dengan doa [Hadith].
Ayat 12: Firman Allah (a.w): (Maksud) Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikutilah ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah ketetapan as-Sunnah); maka sesungguhnya jika berpaling (i.e. ingkar) kamu, maka sesungguhnya di atas beberapa utusan Kami (Allah (a.w)) menyampaikan (perintah Kami (Allah (a.w)) dengan terang/nyata (kepada manusia).'
Kesemua peraturan di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah disampaikan oleh Rasul dan dalam jema'ah umat Islam pula setiap ijtihad yg tidak maksiat itu disampaikan Imam atau Amir, yg memimpin jema'ah, untuk menjadi panduan dan ditaati oleh manusia. Tanggung jawab para Rasul adalah menyampaikan perintah dan suruhan dan menjelaskan dan mendemokan bagaimana perintah-perintah tersebut harus dilaksanakan. Itu tanggung jawab para Rasul. Manusia bertanggungjawab untuk 'tepuk dada tanya hati' - mau mengikut atau ingkar atau enggan mengkutinya. Mereka diberitahu bahawa jika ikut balasannya syurga, jika ingkar balasannya neraka. Oleh itu mereka boleh pilih. Tidak ada pilihan ketiga!
Ayat 13: Firman Allah (a.w): (Maksud) 'Allah (a.w) itu (Tuhan) tiada tuhan kecuali Allah (a.w), dan atas Allah (a.w) lah maka hendaklah bertawakal orang-orang yg beriman.'
Allah (a.w) itu sahaja tuhan yg layah disembah manusia, Tuhan yg Esa, tiada tuhan yg lain. Orang yg beriman itu sentiasalah dia bertawakal atau pasrah dalam segala sesuatu kepadaNya. Allah (a.w) itu berkuasa atas segala sesuatu. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita yg Islam dan beriman bahawa hendaklah kita terima hakikat bahawa Allah (a.w) itu memiliki 99 nama yg juga merupakan kekuasaannya sebagaimana direfleks oleh nama-nama terebut ('Asma'ul husna'). Kita hanya dikehendaki yakin 100% tentang wujudnya Allah (a.w) dan segala sesuatu yg diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran mengenai sifat-sifatya dan sebagaimana yg diperjelaskan atau diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) sifat-sifat tertentu selainnya (atas wahyu), orang iman itu tidaklah dia ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Allah (a.w) dan sifat-sifatnya. Manusia yg iman itu dikehendaki renungkan dan fikirkan segala sesuatu yg dijadikan Allah (a.w) bukan renungkan sifat-sifat Allah (a.w)! Tidak mungkin manusia tahu selain yg diberitahu olehNya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Namun hari ini begitu banyak para ulama' yg silam dan para ilmuwan yg hidup sekarang ini, suka mendebatkan sesuatu tentang zat Allah (a.w), seolah-olah mereka lebih tahu! Itulah kesilapan ramai para ilmuwan, mnghabiskan masa dengan kerja-kerja yg sia-sia yg tidak mendatangkan manfaat, malah memungkinkan tergelincirnya aqidah Islam mereka! Mengapakah pentingnya kita tahu tentang 'tangan Allah (a.w)' apabila Allah (a.w) menyebut tangan Allah (a.w) bersama-sama tangan manusia yg berjema'ah? Apakah pentingnya kita tahu bagaimana Allah (a.w) 'bersemayam di atas ArasyNya'? Apakah kita ingin debatkan bagaimana Allah (a.w) itu turun ke langit dunia setiap malam selepas sepetiga terakhuir malam untuk memberi keampunan kepada kita dan memberikan segala permintaan kita yg berqiamul-lail? Orang yg beriman itu sikapnya: apakala diberitahu sesuatu oleh Allah (a.w) dan RasulNya, dia tdengar dan dia terima tanpa banyak soal.
Ayat 14: Firman Allah (a.w): (Maksud) ' Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu sekelian, maka berhati-hatilah terhadap mereka; dan jika (berlaku sesuatu yg kamu tidak senangi, justeru itu jika) memaafkan kamu (i.e. dalam diam-diam atau secara senyap) sekelian dan memperbaiki kamu (i.e. terima sesuatu dengan lapang dada dan menasihatkan mereka) dan jika memaafkan kamu (secara kata-kata yg dizahirkan); maka sesungguhnya Allah (a.w) itu Zat yg Maha Pengampun lagi Penyayang.'
Ayat ini dan ayat yg kemudiannya penting menjadi panduan kita dalam membentuk sebuah keluarga yg bahagia dalam Islam. Isteri dan anak-anak kita adalah musuh yg membahayakan kehidupan dunia kita dan lebih-lebih lagi kehidupan akhirat kita, juikalah sebagai suami dan sebagai bapa kita tidak dapat mengurus dan membentuk mereka. Berapa ramaikah isteri yg menhancurkan rumah tangga seseorang itu apabila dia bertindak tidak menghormati suami, ibu dan bapa mertua, adik beradik sebelah suami; kemudian bebas pula, tidak lagi dapat dikawal oleh suaminya, boros berbelanja, tidak mengerjakan ibadah, tidak mau menuntut ilmu untuk meghilangkan kejahilan mereka tentang Islam, syariatnya dan batasannya? Begitu juga anak. Berapa ramaikah bapa yg sengsara kerana anak? Anak yg tidak mendengar cakap, yg berpoya-poya, anak gadis yg membiarkan dirinya diratah oleh lelaki jalanan yg tidak terdidik, anak-anak yg menghabiskan masa mereka di kelab-kelab atau melepak dengan rakan-rakan lelaki di CoffeeBeans, Starbucks, dan KTV dan seumpamanya tidak bersolat, dan ada pula yg bebas mengadakan permainan seks dengan rakan lelaki dengan berbelanja wang ringgit kemewahan ayah dan ibunya? Merekalah musuh. Kerana mereka akan menjerumuskan suami atau bapa ke dalam neraka apabila isteri dan anak melakukan pelbagai kebatilan dan kemaksiatan kerana sayang suami dan bapa terhap isteri atau anak-anak mereka. Inilah lumrah kehidupaan ornag-orang yg berada, yg kaya berharta, berwang, mewah dan tidak ada masa untuk mendidik isteri dan anak dan suami atau bapa sendiri kerana terlalu mengutamakan dunia sehinggakan lupakan akhiratnya!
Ayat ini menyebutkan bahawa jika pelanggaran isteri itu dimaafkan dan mereka dibentuk menjadi isteri dan anak yg baik, maka hilanglah hakikat 'musuh' itu. Isteri dan anak yg solehah itu akan membawa suaminya atau bapanya ke syurga. Itulah kejayaan yg sebenarnya. Maka bapa dan suami yg berjaya dalam usahanya menjadikan isteri dan anak-anaknya rakan-rakan perjuangan mencari keredhaan Allah (a.w) adalah orang yg berjaya dan akan bahgialah rumah tangganya, dan lebih penting selamatlah dia di akhirat.
Matlamat seorang suami yg beriman itu adalah mewujudkan keluarga yg mempunyai sifat sakinah (i.e. sentiasa rukun, damai dan tenang dalam ketenangan), mawaddah (sentiasa mengalir rasa cinta dan kasih sayang serta rukun) dan kerahmatan (i.e. mendapat keridhaan Allah (a.w).
Ayat 15: Firman Allah (a.w): (Maksud) ' Sesungguhnya hartamu dan anakmu adalah fitnah (i.e. cubaan), dan Allah (a.w) di sisinya pahala yg besar (i.e. syurga).'
Ayat ini mengingatkan kita yg beriman bahawa harta itu dan anak-anak itu adalah cubaan yg getir bagi seorang ketua keluarga (bapa). Jika bapa memperolehi sumber yg haram untuk menampung kehidupan rumah tangganya, membahayakan dia dan keluarganya. Semua sumber makan minum yg didapati dari sumber yg batil (i.e. haram) oleh diri dan anak bini akan menumbuhkan daging-daging yg haram yg paling utama dibakar oleh api nereka kelak. Sumber yg halal menyelamatkan kita buat sementara. Namun, kerana kita diberi rezki melebihi keperluan kita dan keluarga seharian, ada hak orang lain terhadap harta kita itu. Harta menjadi fitnah jika tidak dizakatkan atau diinfaqkan pada jalan Allah (a.w) atau dibelanja dengan boros atau tanpa manfaat. Harta yg kita miliki adalah milik Allah (a.w) dan kita memegangnya sebagai amanah Allah (a.w) kepada kita. Tidaklah kita bebasa menggunakannya untuk kebatilan, seumpama boros mengurskannya.Ramai orang yg kaya gagal dalam konteks amanah ini. Mereka enggan berbelanja untuk fi sabilillah dan untuk membantu saudara sesama Islam yg daif yg memerleukan bantuan! Sebaliknya, mereka menghabiskan hartanya dengan mengumpul lebih banyak harta, membazirkannya dengan perbelanjaan yg batil pula, kemudian anak-anaknya akan membazirkannya pula ke arah maksiat. Kesemuanya akan dihitung dan dipersoalkan di akhirat. Begitu juga anak adalah cubaan atau fitnah bagi kita golongan bapa. Bapa akan ditanya pengurusannya terhadap anak-anaknya kerana dalam Surah at-Tahrim Allah (a.w) peringatkan kita: 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikum nara' [Maksud: Wahai orang yg beriman, jagalah diri kamu dan ahli (i.e. keluarga) kamu dari api neraka.'] [Ayat 6, Surah at-Tahrim]. Kita bertanggung jawab terhadap orang-orang yg dibawah urusan kita. Sebaliknya, jika isteri kita itu dapat menjadi rakan kongsi yg sebenarnya dalam kehidupan kita, memainkan peranannya dan sama-sama membina keluarga bahagia, maka selamatlah kita si suami dan si bapa. Hari ini begitu ramainya anak-anak yg tidak dapat dikawal ibu bapa lagi. Bebas bergaul sampai larut malam, berpoya-poya dengan bebas tanpa batas, membawa pakaian keluar malam dan balik pagi, melakukan seks bebas, sehingga terjadinya hamil tanpa nikah dan kemudian membuang anak pula. Maka dalam kes ini ibubapa, terutama bapalah, yg akan menanggung akibatnya dicampakkan ke dalam neraka kerana tidak menjalankan tanggung jawabnya membimbing dan mendidik anak-anaknya. Orang yg mengurus keluarganya akan dipersoalkan akan apa yg diuruskannya kelak.
Sebailknya, jika kita berjaya membina keluarga bahagian dengan anak lelaki yg soleh dan anak perempuan yg solehah, merekalah yg akan membantu kita mendapat syurga di akhirat kelak. Mereka akan berdoa sepanjang hidupnya demi kebajikan akhirat kedua ibu bapanya, jika mereka adalah anak-anak yg soleh. Orang-orang sedemikian akan mendapat syurga Allah (a.w), itulah kejayaan yg terbesar bagi manusia.
Ayat 16: Firman Allah (a.w): (Maksud) 'Maka bertqwalah kamu sekelian kepada Allah (a.w) apa-apa sekuat-mampu kamu sekelian dan mendengarlah dan taatlah dan berinfaqlah (sesungguhnya melakukan sedemikian itu) baik bagi kamu; dan barangsiapa dijaga (i.e. dipelihara) dari sifat-sifat bakhil (i.e. kedekut atau kikir) dalam dirnya, maka mereka itulah orang-orang yg beruntung.'
Sehubungan itu, setelah diberitahu dan diperingatkan bahawa isteri dan anak-anak itu 'mungkin menjadi musuh' jika tidak diurusi dengan baik, dan harta dan anak itu adalah cubaan yg amat berat dan besar bagi kita, maka jikalah kita berjaya urusi kesemuanya dengan baik, sekuat mampu kita, dan kta setelah berusaha bertawakal kepada Allah (a.w), kemungkinan kita selamat. Untuk itu kita perlu menjadi orang iman. Orang beriman itu apabila diberitahu sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia sedia mendengarkan dan mentaati ketetapannya. Orang yg beriman itu disuruh berinfaq, i.e. membelajakan sebahagian dari rezki yg dicurahkan Allah (a.w) ke dalam ribanya, untuk fi sabilillah, termasuklah membela umat Islam yg memerlukan. Firman Allah (a.w) di atas memberitahu bahawa sesiaopa yg dapat menghindakan dirinya dari bersifat kikir atau kedekut, i.e. tidak rela berinfaq, adalah orang yg amat beruntung, kerana di akhirat mendapat ganjaran syurga. Ada jutawan dan hartawan Muslim menginfaq, tetapi bersifat riak - menghebahkan kepada manusia betapa dermawannya mereka. Mereka ini tidak mendapat ganjaran apa-apa. Malahan dijanjikan neraka kerana orang yg bersifat riak itu hampir kepada syirik!. Justeru itu, jadilah orang yg sedia mendengar nasihat, sentiasa ingin meningkatkan ketaatan dan sentiasa menjadi orang yg dermawan dan tidak kedekut dan kikir, tidak membelanjakan harta kekayaan secara membazir, maka selamatklah mereka dalam menguruskan harta dan anak-anak, demi mencari kejayaan akhirat.
Semoga kita mendapat manfaat dari pesanan-pesanan dalam firman Allah (a.w) di atas itu dan semoga Allah (a.w) memberikan kita kesempatan untuk berusaha memperbaiki diri dan keluarga kita, insya Allah. Amin
Jazkallahu khairah

1 comment: